Dalil Tentang Manusia Yang Seperti Binatang Ternakan

Manusia-Yang-Seperti-Binatang-Ternakan-Malaya-Journal

Segala Puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,

Alhamdulillah selepas hadir ke kuliah magrib Dr Mohd Ali Saripan Al Hafiz, saya telah dapat beberapa input dan dalil-dalil yang sangat berguna untuk kita fahamkan. Saya akan cuba menerangkan dan share kepada anda semudah mungkin.

Mula-mula sekali, terdapat dua persoalan utama yang kita akan bicangkan pada kali ini. Pertama, adakah anda atau saya tergolong di dalam kalangan manusia yang seperti binatang ternakan? Kedua, apakah cara untuk mengelakkan diri daripada tergolong dari kalangan manusia yang seperti binatang ternakan ini?

Semasa kuliah tersebut berjalan Dr Mohd Ali Saripan Al Hafiz telah menerangkan 3 dalil al-Quran. Di mana Allah menyamakan manusia dan jin yang tidak memahami al-Quran seperti binatang ternakan. Bahkan lebih sesat lagi. Dalil-Nya adalah seperti di bawah.

Firman Allah Ta’ala yang pertama:

Al-Araf-7-179-Malaya-Journal

 

Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (al-Quran atau bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (al-Quran, ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

(Al-A’raf 7: 179)

Firman Allah yang kedua:

Al-Furqaan-25-44-Malaya-Journal

Maksudnya: Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (apa yang engkau sampaikan kepada mereka)? Mereka itu hanyalah seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi.

(Al-Furqan 25: 44)

Juga Firman Allah S.W.T. yang ketiga:

Muhammad-47-12-Malaya-Journal

Maksudnya: Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal-amal yang soleh – ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka.

(Muhammad 47: 12)

Jawapan soalan pertama.

Sekiranya anda membaca dalil-dalil al-Quran di atas, anda akan membaca perkataan “kal An’am” yang bermaksud seperti binatang ternakan. Dan itulah gelaran yang diberikan oleh Allah Ta’ala kepada orang-orang yang tidak mahu belajar memhami al-Quran. Tempat mereka kesemuanya itu adalah neraka Jahannam seperti yang diberitahu pada ayat 179 di dalam surah al-A’raf di atas.

Tambahan pula, punca utama mereka digelar binatang ternakan adalah kerana:

  1. Mereka yang mempunyai hati tetapi tidak digunakan untuk memahami al-Quran.
  2. Mereka yang mempunyai mata tetapi tidak digunakan untuk melihat al-Quran.
  3. Mereka yang mempunyai telinga tetapi tidak digunakan untuk mendengar al-Quran.

Justeru, tiga perkara di atas inilah yang menyebabkan kita digelar manusia yang seperti binatang ternakan oleh Tuhan Sekelian Alam sendiri.

Jawapan soalan kedua.

Berdasarkan jawapan soalan pertama di atas, sekarang sudah tentu anda sudah mengetahui kepentingan menuntut ilmu al-Quran. Iaitu menggunakan nikmat yang Allah Ta’ala beri kepada kita seperti mata,tangan dan telinga untuk memahami al-Quran. Jadi, marilah kita sedar betapa pentingnya menuntut ilmu al-Quran dan kembalilah kepada Allah. Peringatan kepada anda dan saya terutamanya. Cara untuk tidak tergolong daripada kalangan manusia yang seperti binatang ternakan adalah dengan memahami al-Quran.

 

Tentang Dr Mohd Ali Saripan Al Hafiz

Ilmu di atas ini adalah sedikit sebanyak input yang sangat berguna untuk kita semua diamalkan daripada Dr Mohd Ali Saripan Al Hafiz sendiri. Sebagai tanda terima kasih, saya mahu memberitahu anda sedikit sebanyak tentang Dr Mohd Ali Saripan Al Hafiz.

Pada mulanya, secara jujurnya saya kurang berkenan dengan cara teguran Dr Mohd Ali Saripan Al Hafiz yang suka memarahi para pelajarnya yang malas menuntut ilmu al-Quran (saya salah seorang daripadanya). Dr Mohd Ali Saripan Al Hafiz suka berkata “kal An’am” kepada sesiapa sahaja yang malas memahami al-Quran semasa kuliahnya berjalan.

Namun, dengan kekerasan dan sikap yang suka memarahi itulah yang telah berjaya melembutkan dan menakutkan hati saya untuk terus memahami dan belajar ayat-ayat al-Quran dengan bersungguh-sungguh. Disebabkan itu juga, hati saya terbuka untuk menghafal ayat-ayat di atas apabila disuruh oleh beliau sendiri. Secara tidak langsung, Dr Mohd Ali Saripan Al Hafiz telah menjadi salah satu ustaz favourite saya. Setiap bulan saya tertunggu-tunggu untuk menanti kuliah beliau untuk menuntut ilmu al-Quran dan menghafal dalil-dalil yang lain.

Sebagai penutup silibus bulan ini, Dr Mohd Ali Saripan Al Hafiz juga berkata sebelum habis kuliah maghrib yang lalu, pastikan anda hafal ayat-ayat di atas ini sebelum kuliah yang akan datang. Kerana pada kuliah akan datang, akan ada ayat-ayat al-Quran yang baru untuk anda perlu menghafal. Jangan ditangguh hingga ke hari esok katanya. Hafalkan secepat mungkin.

Alhamdulillah, saya sudah menghafal dua ayat pertama di atas. InsyaAllah saya akan menghafal ayat ketiga pada minggu ini juga jika diberi kesempatan. Jika anda juga mahu melakukan perubahan dan mengelakkan diri daripada tergolong dari kalangan manusia yang seperti binatang ternakan, hafalkan ayat-ayat di atas dan teruskan menuntut ilmu al-Quran. Pergilah ke kuliah agama atau majlis ilmu di masjid.

Jangan harapkan video atau artikel saya sahaja kerana, teknologi ini hanyalah alat bantuan belajar bukan cara menuntut ilmu yang beradab. Belajar secara direct daripada ustaz atau sheikh adalah yang terbaik selama-lamanya. Semoga Allah Ta’ala tempatkan kita dikalangan orang yang bertakwa sentiasa. Aamin.

P.S. Comment di bawah untuk bertanya sangat dialu-alukan.

Comments

comments

Related Post

Orang-orang Yang Paling Rugi Di Dunia ﷽ Segala Puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana, Hari ini kita akan bincangkan siapakah dia orang-orang yang paling rugi itu? Iaitu orang-oran...
Sifat-sifat Manusia yang Lalai Menurut Al-Quran Da... Di mana kita berada pada saat ini? Adakah fokus pemikiran kita masih untuk taat kepada Allah? Atau adakah kita terleka dangan dunia ini sehingga menye...
Jom Hafal Al-Quran ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
Nabi Muhammad SAW dan Al-Quran Berpisah Tiada! ﷽ Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Sekelian Alam. Selawat dan Salam untuk Rasulullah S.A.W. dan Tiada Nabi lagi selepasnya, Pembawa Rahmat Keselur...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.