Doa Para Malaikat Kepada Orang Beriman

Doa-Para-Malaikat-Kepada-Orang-Beriman-Malaya-Journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda selepasnya.

Baru-baru ini, penulis baru sahaja join kuliah yang disampaikan oleh Prof Hasnan Kasan di Masjid Jamek Rahimiah Klang. Dan tajuk yang disampaikan oleh beliau adalah tentang doa para malaikat kepada orang beriman. Tetapi sudah tentu ada syaratnya untuk menerima doa malaikat tersebut. Sebelum itu, penulis akan share dahulu apakah isi kandungan doa para malaikat itu.



Apakah isi kandungan doa para malaikat itu?

Ada banyak sebenarnya doa malaikat itu menurut dalil seperti di bawah:

A007

Malaikat yang memikul Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji TuhanNya; dan beriman kepadaNya; serta mereka memohon ampun bagi orang-orang yang beriman (dengan berdoa merayu): “Wahai Tuhan kami! RahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta menurut jalanMu, dan peliharalah mereka dari azab neraka.

(Ghaafir 40:7)

Menurut dalil di atas, para malaikat yang memikul Arasy sentiasa mendoakan orang-orang yang beriman agar:

  • Orang beriman sentiasa dirahmati dengan rahmat Allah SWT.
  • Orang beriman sentiasa  dirahmati dengan ilmu Allah SWT.
  • Supaya orang beriman diampunkan dosanya bagi mereka yang bertaubat.
  • Meminta orang beriman dilepaskan daripada azab api neraka.

 

A008

“Wahai Tuhan kami! Dan masukkanlah mereka ke dalam Syurga “Adn” yang Engkau telah janjikan kepada mereka; dan (masukkanlah bersama-sama mereka): orang-orang yang layak di antara ibu bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, serta keturunan mereka. Sesungguhnya Engkaulah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

(Ghaafir 40:8)



Tidak cukup dengan itu, malaikat meneruskan doanya dengan meminta kepada Allah SWT agar orang beriman:

  • Dimasukkan ke dalam syurga Adn bersama anak pinak kita, isteri-isteri kita dan ibubapa kita.

Tambahan pula, walaunpun sudah 5 isi kandungan doa malaikat yang tertulis di atas, doa tersebut masih belum habis kerana para malaikat berdoa pula kepada Allah SWT pula supaya:

  • Orang-orang beriman terpelihara daripada balasan kejahatan. Yang bermaksud supaya orang beriman terpelihara daripada segala azab akhirat. Dalil-Nya seperti di bawah:

A009

Dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya); dan (sebenarnya) sesiapa yang Engkau pelihara pada hari itu dari terkena (balasan) kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya) maka sesungguhnya Engkau telah mengurniakan rahmat kepadanya; dan yang demikian itulah kemenangan yang besar (nilainya)”.

(Ghaafir 40:9)

 

Apakah syarat-syarat untuk tergolong dalam kalangan doa para malaikat di atas?

1. Beriman.

Syarat pertama adalah beriman kepada Allah SWT dan disebabkan itu kita perlu pastikan anak-anak kita, ister-isteri dan ibubapa kita juga hidup dalam kalangan beriman. Hal ini kerana iman tidak boleh diwarisi dan bukan hak milik kekal. Iman ini ada naik dan ada turunya. Antara cara untuk menaikkan iman adalah meningkat amal ibadah kita kepada Allah SWT pada setiap masa.

 

2. Hidup ikut cara Islam.

Syarat kedua adalah hidup sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW melalui hadis-hadis Baginda SAW dan mengamalkan segalan ajaran Badinda yang terkandung di dalam al-Quran. Sebagai contoh, kalau kita bersin, cakaplah “Alhamdulillah” bukannya ucapkan “Excuse me”. Pesanan ini kepada diri saya terutamanya dan saya harap anda semua dapat melakukannnya. Semoga kita semua tergolong dalam doa para malaikat di atas.



Tips meminta ampun.

Bacalah doa iftitah meminta ampun ketika solat. Terutamanya ketika solat akhir malam. Doanya adalah seperti di bawah:
doa-iftitah-minta-ampun-malaya-journal

Menurut Prof Kasnan juga,  bacalah dan amalkan doa ini secepat mungkin dan bacalah ketika sedang solat malam kerana itu adalah waktu yang paling mustajab berdoa.

 

Kesimpulannya.

Semoga kita semua tergolong untuk menerima doa atau istigfar para malaikat termasuklah anak-pinak kita, isteri-isteri kita dan ibubapa kita semua. Dan yang paling penting supaya kita semua tergolong dalam kalangan orang beriman yang mendapat rahmat Allah SWT.

Wallahua`lam.

Comments

comments

Related Post

Apa Maksud Berdoa Kepada Allah yang Sebenarnya? ﷽ Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Sekelian Alam. Selawat dan Salam untuk Rasulullah S.A.W. dan tiada nabi lagi selepasnya, Pembawa Rahmat Keselur...
Akhlak Mulia Adalah Hasil Yang Terbaik ﷽ Segala Puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana, Input-input pada kali ini saya dapatkan daripada kuliah subuh yang disampaikan oleh Prof. Dr....
9 syarat berdoa kepada Allah supaya cepat dimakbul... ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk,Muhammad SAW (Rasul dan hamba-Nya), dan juga ke a...
Kempen Cepat Kaya Dunia Akhirat ﷽   “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ”   ...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.