Adakah Anda Sering Melakukan Dosa Besar ini?

Alhamdulillah, kita berjumpa sekali lagi.

Hari ini saya mulakan dengan video pendek dan padat dengan isi-isi penting tentang dosa besar yang sering kita lakukan terhadap Allah Taala. Iaitu lupa kepada Allah atau lalai dengan dunia. Untuk penjelasan yang lebih mantap sila dengar pesanan ringkas Syeikh Zaini Ahmad di bawah:

 

Persoalannya, bagaimanakah kita hendak mengatahui jika kita lalai dan lupa kepada Allah? Mudah sahaja sebenarnya dan untuk menjawab persoalan ini, lihatlah apa yang anda bincangkan setiap hari. Apa yang anda bincangkan selalu itulah fokus pemikiran anda semua. Sebagai contoh, orang yang lalai dalam mengingati Allah akan sentiasa berbincang atau bercakap tentang:

  • Acara Sukan Sea 2017.
  • Perlawanan bola sepak negara.
  • Perniagaan mereka yang semakin maju.
  • Pekerjaan mereka.
  • Kereta mereka.
  • Rumah mereka.
  • Alat-alat mekap yang baru dibeli.
  • Baju-baju yang baru dibeli dan sebagainya.

Jika anda lihat, perkara di atas kesemuanya adalah perkara yang menghalang kita daripada mengingati Allah. Kesemuanya bersifat dunia dan dunia bersifat sementara. Jadi, marilah kita beristigfar sebentar jika kita terlalai disebabkan perkara-perkara di atas, supaya Allah ampunkan dosa-dosa kita yang lalu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun.

Apakah punca manusia melakukan dosa besar ini?

Cubalah anda perhatikan fokus atau cita-cita manusia berdasarkan firman Allah di bawah:

“Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap benda-benda yang diingini nafsu, berupa perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan (kenderaan)  dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).”

(Ali-Imran 3:14)

Jadi mengapa kita (termasuk saya) masih terleka dengan dunia ini? Sedangkan Allah sudah merakamkan di dalam ayat di atas bahawa manusia akan terlalai dengan perempuan, anak-anak, harta benda dan juga kenderaan sejak 1438 (hijrah) tahun yang lalu. Jawapannya sudah tentu kerana kita tidak faham akan Al-Quran. Kurangnya pengetahuan akan hukum-hakam Allah dan lebih teruk lagi, kita tidak mencuba pun untuk belajar memahaminya.

Disebabkan itu, kita hidupkan bagaikan tiada pengangan agama. Kita hidup bagaikan kita akan sempat bertaubat sebelum kematian kita padahal mati tidak semestinya ketika tua. Marilah kita mengambil pengajaran daripada Firman Allah di atas. Cukuplah kita lupa kepada Allah pada masa yang lalu. Tepuk dada tanyalah iman anda.

Yang kedua, sesungguhnya dunia ini hanyalah kesenangan yang diperdayakan sebagaimana Firman Allah:

“Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”

(Al-Hadid 57: 20)

Biarlah hari ini kita cuba jujur pada diri kita. Cukup-cukup menipu kepada diri kita sendiri. Satu soalan untuk anda. Adakah dalam kesibukan mengejar harta itu, kita mampu menjaga semua keutamaan kita? Keutamaan yang merangkumi:

  • Solat awal waktu atau berjemaah.
  • Khusyuk dalam solat.
  • Mahir membaca Al-Quran dan memahaminya.
  • Mempelajari ilmu akhirat seperti ilmu tauhid, ibadah dan akhlak dengan bersungguh-sungguh.
  • Menjaga adab semasa hidup dalam setiap aspek kehidupan seperti tidak menipu, tidak rasuah, tidak lagha dan macam-macam lagi.

Jika tidak mampu bermakna kita sudah tertipu dan terpedaya dengan tipu helah syaitan, nafsu dan dunia. Sedarilah wahai saudara dan saudariku. Sudah tiba masanya untuk kita bertaubat.

P.S. Anda baca artikel ini sehingga di akhir perenggan inilah adalah bukti anda sedang mencari panduan Allah. Mulakanlah dengan bertaubat kepada Allah. InsyaAllah berjaya.

Comments

comments

Related Post

Kesan Melakukan Maksiat Pada Diri Kita ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
Dosa Besar – Hukum Judi Dalam Islam ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
Doa Para Malaikat Kepada Orang Beriman ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
Kempen Cepat Kaya Dunia Akhirat ﷽   “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ”   ...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.