Dosa-Dosa Besar – Namimah

Ancaman-Keras-kepada -Namimah-(Pengadu Domba)-Malaya-Journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda selepasnya.

Namimah adalah perkataan dalam bahasa arab manakala dalam bahasa Inggeris pula adalah tealbearer. Dalam Bahasa Melayu ia dipanggil sebagai mengadu domba iaitu di antara dosa besar yang sering dilakukan oleh orang-orang Islam .Termasuklah juga saya. Jadi, artikel kali in bertujuan untuk menakutkan saya dan anda semua supaya meninggalkan amalan yang dibenci Allah dan Rasul ini.

Kerana jika amalan namimah ini berterusan, masyarakat akan mudah berprasangka buruk dan mudah benci-membenci di antara satu sama lain. Disebabkan itu, Allah dan Rasul telah mengajar umat Islam untuk meninggalkan amalan namimah ini. Di antara dalil-dalil tersebut adalah seperti di bawah.



Ancaman Allah Dan Rasul kepada Ahli Namimah.

1. Pengadu Domba akan masuk ke dalam neraka “Al-Hutamah”.

Firman Allah ta’ala:

A004

Maksudnya: Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam “Al-Hutamah”.

(Al-Humazah 104:4)

Ayat di atas begitu jelas sekali ancaman seksa daripada Allah iaitu namimah akan dicampak kedalam api neraka Al-Hutamah. Sila baca sendiri terjemahan Surah Al-Humazah di sini untuk faham lebih tentang apa itu Al-Hutamah.

 

2. Pengadu Domba diseksa dalam kubur.

Dari Abdullah bin Abbas r.a. berkata: Nabi SAW- melewati dua kuburan dan berkata: “Sesungguhnya kedua penghuni kubur ini sedang di azab. Mereka tidaklah di azab karena dosa besar. Adapun salah seorang di antara mereka tidak menjaga (dari percikan air kencing) saat kencing. Ada pun yang kedua karena menyebar kata-kata mengadu domba” Lalu beliau mengambil pelepah kurma kemudian membelahnya menjadi dua bagian lalu menancapkannya ke masing-masing kuburan. Para shahabat bertanya: Kenapa engkau lakukan yang demikian, ya Rasululloh? Beliau -shollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda-: “Semoga keduanya diringankan siksanya selama kedua pelepah masih basah”.

(HR Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis sahih di atas, direct sekali ancamannya terhadap orang yang sering namimah. Ancaman tersebut adalah dia akan diseksa di alam kubur sehinggalah hari kebangkitan tiba.

 

3. Pengadu Domba Tidak Masuk Syurga

عَنْ حُذَيْفَةَ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ

Dari Hudzaifah RA berkata, “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Tidak akan masuk syurga orang yang suka mengadu domba’.”

(HR Muslim No: 151)

Hadis ini bermaksud orang yang suka mengadu domba akan masuk ke neraka dahulu sebelum masuk ke syurga jika dia tidak bertaubat sebelum mati. Dan ingat, azab Allah itu sangatlah pedih. jangan sesekali kita cakap takpe masuk neraka asalkan last-last masuk syurga kerana 1 hari di dunia bersamaan 1000 tahun di akhirat. Menyesal tak sudah nanti.



 

Apakah Ciri-Ciri Ahli Namimah?

Ciri-cirinya adalah seperti di bawah:

1. Suka bersumpah walaupun benda-benda yang tidak perlu bersumpah.

Firman Allah:

A010

Maksudnya: Dan janganlah engkau patuh dengan orang yang selalu bersumpah, lagi yang suka menghina (pendapatnya dan amalannya), –

(Al-Qalam 68:10)

Sebagai contoh, pengadu domba itu apabila tanya dah makan atau belum, dia akan terbiasa cakap, “sumpah aku dah makan”. Kerana orang yang suka mengadu domba ini akan ditanya betul tak berita yang dia sampaikannya itu. Dan dia akan terus bersumpah akan betulnya berita tersebut. Inilah ciri-ciri mereka.

 

2. Suka Mencela dan SebarFfitnah.

Firman Allah Ta’ala:

A011

Yang suka mencela, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai),

(Al-Qalam 68:11)

Sebagai contoh, pengadu domba ini akan menceritakan keburukan kawan-kawannya, ahli keluarganya, rakan kerjanya dan sesesiapa lagi yang dia kenal. Kerana di mata dia, semua orang ada keburukannya. So, kalau anda ada kenal orang yang selalu sebar cerita aib-aib orang lain ni, jauhkan diri anda daripada mereka. Kerana jika anda mendengar berita aib ini, kemungkinan besar anda juga akan menyebarkan berita tersebut secara tidak sengaja. Dan anda juga akan menjadi mudah untuk mula bersangka buruk dengan orang lain.

 

3. Ahli namimah akan menghalang orang melakukan kebaikan.

Tetapi kalau buat keburukan dialah nombor satu. Sebagaimana Firman Allah:

A012

Maksudnya: Yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum agama, lagi yang amat berdosa,

(Al-Qalam 68:12)

Sebagai contoh, orang nak balik kedai kopi sebab dah lambat, dia cakap awal lagi ni. Borak-borak tak habis lagi. Malam masih muda katanya. Nauzubillah.



4. Suka menggunakan Bahasa yang Kasar.

Sebagaimana Firman Allah:

A013

Maksudnya: Yang bersikap kasar, dan terkenal dengan kejahatan.

Iaitu seorang yang tidak sopan dan berakhlak buruk. Oleh itu, jika ada empat-empat ciri ini pada rakan-rakan anda apa yang anda harus lakukan?

 

Apakah Tugas kita apabila berhadapan dengan pengadu domba?

1. Tutup perbualan adu domba tersebut. Cakap je tak nak dengar terus terang kalau dia nak bergossip.

2. Benci perbuatan namimah tersebut kerana Allah dan Rasul pun membencinya.

3. Tidak berprasangka buruk kepada orang yang digossip.

4. Menasihati pengadu domba tersebut adakan ancaman namimah daripada Allah SWT seperti dalam dalil di atas.

5. Jangan sesekali menyelidik orang yang digossip untuk memastikan adakah benar adu domba tersebut.

6. Menjaga diri kita daripada menyampaikan adu domba tersebut. Sebab kalau dah dengar berita tersebut memang kadang-kadang kita akan mudah terlepas cakap. So, senang cerita jangan dengar adu domba tersebut adalah cara terbaik nak mengelakkan diri daripada namimah.



Kesimpulannya.

Tinggalkan amalan namimah atau mengadu domba ini. Kalau susah nak tinggalkan, latih diri kita jangan cakap banyak sebab banyak cakap inilah punca kita terjebak dalam mengadu domba ini. Jaga mulut dan lidah kita daripada menjadi punca kita diseksa di Akhirat kelak.

Hadis di bawah adalah perintah daripada Rasulullah SAW untuk kita sentiasa menjadi lisan kita:

 عَنْهُ قَالَ سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ أَكْثَرِ مَا يُدْخِلُ النَّاسَ الْجَنَّةَ فَقَالَ تَقْوَى اللَّهِ وَحُسْنُ الْخُلُقِ وَسُئِلَ عَنْ أَكْثَرِ مَا يُدْخِلُ النَّاسَ النَّارَ فَقَالَ الْفَمُ وَالْفَرْجُ – رواه الترمذي

Dari Abu Hurairah r.a. berkata, bahwa Rasulullah SAW ditanya tentang hal apakah yang paling banyak memasukkan orang ke dalam syurga? Beliau menjawab, ‘Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik.’ Lalu beliau ditanya tentang hal apakah yang paling banyak memasukkan orang ke dalam neraka? Beliau menjawab, ‘Lisan dan kemaluan.’

(HR. Bukhari dan Muslim)

Semoga kita semua sentiasa dijaga oleh Allah daripada melakukan amalan namimah ini. Selamat beramal semua.

Wallahua`lam.

Comments

comments




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.