Dosa Besar – Hukum Judi Dalam Islam

Tinggalkan-Amalan-Judi-Malaya-Journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda selepasnya.

Judi adalah suatu yang tidak asing lagi di negara Malaysia ini malah di seluruh dunia sekalipun. Tidak kiralah sama ada negara Islam atau tidak sama sahaja. Kerana untung berniaga judi ini sangatlah banyak kerana kebanyakan yang masuk 90% akan rugi duit mereka. Sehingga boleh dikatakan para tauke judi ini ibarat menjalankan perniagaan yang tidak akan rugi tetapi bukan selama-lamanya. Kerana mereka akan tersangatlah rugi di akhirat kelak. Kesemua harta mereka akan ditinggalkan dan mereka hanya akan membawa diri dengan penuh dosa di tangan bertemu Tuhan Yang Maha Adil kelak.



Apa itu Judi?

Judi itu adalah amalan mengundi nasib yang tidak ada sesuatu usaha pun di dalamnya. Senang cerita, menang pun nasib dan kalah pun nasib. Malah, judi juga termasuk suatu amalan yang tidak jelas bagaimana mendapatkan untung dan ruginya. Yang jelas hanyalah amalan judi ini diharamkan di dalam Islam secara qot’ie walaupun ia dikira sebagai hiburan semata-mata oleh sesetengah orang. Padahal perbuatan judi ini hanyalah hiburan syaitan tanpa mereka sedari.

Di antara aktiviti perjudian juga adalah segala jenis transaksi yang tidak jelas akadnya. Contohnya seperti Forex Trading kerana transaksi jual beli aktiviti Forex ini sangatlah tidak jelas. Produknya juga tidak wujud dan “nilai mata wang” pula yang menjadi produk bagi tranksaksi ini.

Walhal duit sama sekali tidak boleh dijadikan barang dagangan atau komoditi kerana duit tidak boleh diguna pakai dengan sendirinya sebagaimana rumah boleh diduduki, kereta boleh dipandu dan lain-lain lagi. Duit hanya boleh digunakan untuk membeli sesuatu yang lain dan ia hanyalah  “medium of exchange.”



Dalil Pengharaman Judi.

Firman Allah Ta’ala:

A090

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan bertilik nasib dengan batang-batang anak panah, adalah perbuatan keji dan termasuk  perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhi (perbuatan-perbuatan) itu agar kamu berjaya.

(Al-Maaidah 5:90)

Berdasarkan penjelasan Ustaz Khalid Basalamah, ayat di atas merupakan dalil pengharaman judi daripada Allah SWT supaya kita berjaya dunia dan akhirat. Berjaya di sini juga bermaksud seseorang itu akan mendapatkan keuntungan dan kebahagiaan daripada Allah disebabkan meninggalkan perbuatan-perbuatan keji tersebut.

Ayat seterusnya pula, Allah berfirman:

A091

Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?

(Al-Maaidah 5:91)

Ayat di atas pula, Allah mengatakan bahawa tujuan syaitan mengajak manusia bermain judi, minum arak dan menyembah berhala hanyalah untuk menipu kita, menimbulkan permusuhan dan melalaikan manusia daripada mengingati Allah.

Akibatnya, keluarga pemabuk dan kaki judi tersebut akan berpecah-belah dan porak-peranda. Mereka pula akan mula meninggalkan solat apabila dosa sudah mula menimbum-nimbun dan hati akan dikuasai syaitan. Oleh itu, kita seharusnya menjauhkan diri sedaya upaya kita daripada terjebak dengan arak dan judi ini. Jangan pernah cuba,try, test atau mendekati amalan-amalan dosa besar ini.



Sebagai contoh, berapa ramai orang yang ketagih judi dan arak menyebabkan penceraian dalam sistem kekeluargaan dan benci-membenci di antara satu sama lain? Jawapannya sangatlah banyak. Ada isteri yang dipukul untuk mengambil wangnya, ada isteri yang dijadikan barang judi dan banyak lagi. Amalan keji ini sangatlah jijik dan pengharamannya dalam Islam sangatlah indah.

 

Soal Jawab tentang Judi.

1. Adakah Boleh Bertanding olehraga dan dapat hadiah?

Jawapannya boleh kerana ia adalah suatu pertandingan dan menang di dalam acara tersebut bukan sekadar nasib. Seseorang olahraga itu perlu berlatih berjam-jam hanya untuk memenanginya dan hadiah tersebut bukan daripada wang penyertaan para peserta.

Selalunya ia adalah sponsor daripada pihak-pihak yang dicara oleh penganjur acara. Yang haram adalah apabila mereka kalah acara tersebut, mereka perlu membayar kadar yang ditetapkan. Amalan ini selalu dilakukan oleh golongan Mat Rempit dan ia adalah haram.

 

2. Boleh ke mintak hutang jika masih kaya?

Jawapannya tidak boleh kerana hutang hanya boleh dibuka jika kita tidak berkemampuan. Hutang ni bukanlah satu benda yang kecil dan boleh dibuat main-main. Bayangkanlah kalau kita mati tiba-tiba tapi hutang tak bayar lagi. Mati syahid pun boleh tersekat kot sebab hutang ni.  Jangan main-main dengan hutang!

 

3. Boleh ke jual beli saham dalam Islam?

Jawapannya sudah tentu boleh. Tetapi saham syarikat atau perusahaan itu perlu diperiksa terlebih dahulu. Sama ada halal atau haram. Di antara perkara yang perlu diperiksa halal atau haram sesuatu syarikat itu adalah produk syarikat tersebut, modal syarikat tersebut dan juga sistem syarikat tersebut. Ketiga-tiga perkara ini perlu halal.



Kesimpulannya.

Tinggalkan amalan berjudi sejauh-jauhnya. Jangan pernah cuba untuk mendekatinya dan jika ada kawan yang terjebak nasihatilah mereka dengan lemah-lembut. Sebab bila dah ketagih judi ni kalau kita suruh berhenti tiba-tiba memang bergaduh la jawabnya. Slow-slow dalam berdakwah yang penting kita sudah menasihatinya. Semoga kita sentiasa dijaga oleh Allah SWT daripada terjebak dengan amalan judi ini. Aamin.

Wallahua`lam.

 

Rujukan:

  1. Dosa Besar Ke 73 – Berjudi

Comments

comments

Related Post

5 Pesanan Wali Allah Tentang Maksiat ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
Kesan Melakukan Maksiat Pada Diri Kita ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
Adakah Anda Sering Melakukan Dosa Besar ini? Alhamdulillah, kita berjumpa sekali lagi. Hari ini saya mulakan dengan video pendek dan padat dengan isi-isi penting tentang dosa besar yang sering...
Cara Efektif Meninggalkan Maksiat Menurut Al-Quran... ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.