Dr. Abdul Rahman Humaid Al-Sumaith

Dr-Abdul-Rahman-Humaid-Al-Sumaith-Malaya-Journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda selepasnya.

Sebelum ini saya ada menceritakan kisah pendakwah  terawal Islam iaitu pendakwah di zaman Rasulullah SAW yang bernama Mus’ab Bin Umair r.a. Beliau merupakan seorang yang sangat bijak berdakwah dan telah mengislamkan banyak orang sahabat yang hebat-hebat seperti Saad Bin Muaz r.a dan Usaid Bin Hudhair r.a.

Tetapi, hari ini kita akan fokuskan kepada pendakwah Islam di zaman kita dan beliau telah mengkhususkan menyampaikan dakwahnya di Afrika. Nama beliau adalah Dr. Abdul Rahman Humaid al-Sumaith dan beliau merupakan seorang lagenda dalam aktiviti menyampaikan dakwah Islam. Pada hemat saya, tidak ada orang lagi yang saya tahu sehebat beliau ini.



 Biodata Dr. Abdul Rahman Humaid al-Sumaith.

 

Dr Abdul Rahman Al-Sumait: A Legendary Productive Muslim

Nama: Dr. Abdul Rahman Humaid al-Sumaith.

Tempat Lahir: Kuwait.

Tahun dilahirkan: 15 Oktober 1947.

Tahun meninggal dunia: 15 August 2013.

Keluarga: Mempunyai seorang isteri dan dikurniakan dengan 5 orang anak.

Pekerjaan: Beliau adalah merupakan seorang doktor pakar dalam bidang Gastroenterologi dan Penyakit Dalaman. Juga, di samping membantu orang ramai dalam rawatan, dalam masa yang sama beliau berdakwah menyampaikan Islam ke seluruh tanah Afrika.

Terkenal kerana: Banyak memberi bantuan kemanusiaan di  29 buah negara di Afrika secara sukarela dan jumlah rakyat yang dibantu adalah berjuta-juta orang.



Kisah Dr. Abdul Rahman Humaid al-Sumaith Semasa Membesar.

  

Semasa Dr. Abdul Rahman Humaid al-Sumaith masih bersekolah menengah, beliau telah menyaksikan adegan pekerja-pekerja miskin yang sedang menunggu pengangkutan mereka dalam keadaan panas pada setiap hari. Kemudian, beliau dan dengan beberapa kawan yang lain memutuskan untuk menggunakan simpanan dari wang saku mereka untuk membeli sebuah kereta yang mampu dimiliki. Sejak hari itu, dia dan kawan-kawannya secara selang-seli memandu pekerja-pekerja ini secara percuma.

Di peringka universiti pula,  Dr. Abdul Rahman Humaid al-Sumaith menggunakan majoriti gaji bulanannya untuk membeli buku-buku Islam dan akan mengedarkannya di masjid. Beliau turut mengambil bahagian dalam mengutip wang daripada pelajar Muslim dan bersama-sama mereka menggunakan wang tersebut untuk membayar percetakan dan pengedaran risalah Islam di seluruh Asia Tenggara dan Afrika.

Selain itu, kepentingan Dr. Abdul Rahman Humaid al-Sumaith di Afrika telah tecetus apabila dia merasakan dan melihat benua Afrika sedang diabaikan. Disebabkan itu, negara seperti Ethiopia, Eritrea, Djibouti, Kenya, Mozambique, Malawi, Zambia, dan Angola, antara negara-negara lain di kawasan yang mengalami kelaparan, kelaparan dan penyakit telah menjadi tumpuan operasi beliau.

Antara perkara yang telah dibuat oleh Dr. Abdul Rahman Humaid al-Sumaith semasa di Afrika adalah beliau telah mengerahkan kesemua tenaga dan kudrat yang beliau ada untuk menghabiskan masa beliau di Afrika. Semua ini bertujuan untuk memberikan bantuan kemanusiaan seperti membina masjid, membina sekolah, membina telaga dan sebagainya untuk rakyat Afrika. Namun, tujuan utama Dr. Abdul Rahman Humaid al-Sumaith ke Afrika sudah tentulah untuk mengembangkan ajaran Islam di Afrika.



Jasa Dr. Abdul Rahman Humaid al-Sumaith.

  • Membina 5700 masjid di Afrika.
  • Membina 9500 telaga di Afrika.
  • Membiayai 15000 anak-anak yatim.
  • Membina 860 sekolah dan 4 Universiti.
  • Mengedarkan 51 juta naskah al-Quran di Afrika.
  • Yang paling mengkagumkam adalah Dr. Abdul Rahman Humaid al-Sumaith telah mengislamkan 11 juta orang Afrika semasa hidupnya.

 

Pengajaran kisah Dakwah Dr. Abdul Rahman Humaid al-Sumaith.

Sebagai seorang muslim yang menginginkan syurga Allah, kita haruslah mencontohi semangat dan segala pengorbanan Dr. Abdul Rahman Humaid al-Sumaith terhadap Islam. Beliau telah mengorbankan seluruh jiwa dan harta benda beliau kerana Islam. Dan perkara ini tidak mudah dilakukan di zaman sekarang. Sebagaimana FirmanNya:

A111

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.

(At-Taubah 9:111)

Malah, kelebihan mengislamkan orang bukan Islam sangatlah besar. Walaupun saya pun tidak pernah mengislamkan orang, tapi saya sentiasa berusaha untuk melakukannya dan anda juga harus menyambut seruan berdakwah ini. Namun, semangat dan pengorbanan saya tidaklah setanding langsung dengan beliau.

Tetapi kita kena ingat, apa yang patut kita fokuskan dalam proses mendakwah ini adalah penyampaian dakwah itu sendiri. Bukannya hanya fokus kepada berapakah bilangan orang yang masuk Islam ditangan kita, kerana hanya Allah SWT yang mampu memberi hidayah. Tugas kita hanya menyampaikan Islam sahaja. Jika mereka menolak tidak mengapa, cuba lagi lain kali atau berdakwah pada orang lain pulak.



Berdasarkan pengalaman berdakwah saya , saya sendiri juga tidak pernah berinteraksi dengan orang bukan Islam untuk menyampaikan Islam. Saya hanya pernah menyampaikan pamplet berkenaan Islam untuk diberikan kepada orang bukan Islam. Justeru, saya syorkan anda buat begini jika anda tidak mampu untuk bercakap dengan mereka. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Dr. Abdul Rahman Humaid al-Sumaith. Aamin.

 

Kisah lebih lanjut Dr. Abdul Rahman Humaid al-Sumaith.

Akhir kalam, saya menyeru anda semua untuk membeli dan membaca buku tentang kisah-kisah Dr. Abdul Rahman Humaid al-Sumaith dengan lebih lanjut kerana isi-isi di atas hanyalah “tip of the icerberg”. Anda boleh membeli buku tentang beliau di Tokoh Pendakwah Islam : Dr Abdul Rahman Humaid Al-Sumaith yang telah ditulis oleh Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri. Beliau akan menerangkan banyak lagi kisah dan pengajaran daripada Dr. Abdul Rahman Humaid Al-Sumaith. Selamat membaca.

Wallahua`lam.

Comments

comments




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.