Empat Rakaat Di Waktu Pagi, Dicukupkan Rezeki Di Hujung Hari

Empat-Rakaat-Di-Waktu-Pagi-rezeki-dicukupkan-Allah-SWT-malaya-journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda selepasnya.

Kali ini penulis ingin share suatu amalan yang ramai kita tahu tetapi ramai yang tak buat. Salah satu sebabnya adalah kerana kita tidak yakin. Bukti paling kuat kita tidak yakin adalah apabila kita tidak mengamalkannya iaitu solat empat rakaat di waktu pagi.



Ustaz Khalid Basalamah pernah mengingatkan saya, apabila kita ingin beramal pelajari kelebihan hadis untuk memotivasikan diri kita untuk lebih bersemangat untuk beramal. Jadi, penulis mengharapkan anda semua mendengar kuliah pendek daripada Ustaz Umar di bawah supaya anda dapat megetahui kelebihan empat rakaat sebelum zuhur.

 

Ingatlah sahabat-sahabatku semua, Allah SWT yang maha pemberi rezeki dan apabila Allah SWT sudah menjamin rezeki kita untuk dicukupkan, adakah kita masih ragu-ragu? Sudah tentu tidak. Justeru, penulis mengharapkan anda semua yang bekerja keras untuk mencari rezeki, jangan tinggalakan solat sunat dhuha empat rakaat (dengan dua salam) dan 2 rakaat solat sunat fajar serta solat subuh berjemaah di masjid.

Insya Allah, rezeki anda akan dicukupkan Allah SWT dan tidak ada lagi keraguan lagi di situ. Juga, jangan solat laju-laju dan kalau masih ada yang tak tahu nak solat dhuha macam mana, boleh dengar kuliah pendek daripada Ustaz Jofri di bawah:

 

 

Peringatan ini juga ditujukan  kepada penulis sendiri terutamanya. Marilah kita sama-sama berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan empat rakaat di waktu pagi ini. Selain itu, Solat Sunat Dhuha ini juga dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya. Sebagaimana sabda Baginda SAW seperti di bawah:

Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”
   (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
Sebagai penutup, saya akhiri empat rakaat di waktu pagi ini dengan tips murah rezeki daripada Syeikh Muhammad Zainul Asri.

Wallahua`lam.

Comments

comments

Related Post

Solat Sunat Dhuha ﷽ Segala Puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana, Hari ini saya akan jelaskan tatacara solat sunat dhuha secara "simple" supaya anda muda...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.