Family Day Masjid Jamek Ar-Rahimiah

family-day-Masjid-Jamek-Ar-Rahimiah-Klang-2017-Malaya-Journal

الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وسلم وبارك على عبده ورسوله، نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وبعد

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,

Family Day atau Hari Keluarga adalah merupakan suatu event yang sering dilakukan oleh pelbagai masyarakat untuk mengeratkan hubungan diantara manusia. Disebabkan itu, event family day ini telah mendapat sambutan di seluruh dunia.

Malah, pada zaman sekarang ini, syarikat-syarikat besar, badan-badan organisasi dan kelab-kelab juga telah menyambut event family day ini. Tetapi, fokus hari ini bukanlah pada kepentingan melakukan hari family day ini. Sebaliknya, fokus utama pada hari ini adalah saya mahu menceritakan tentang  family day yang bakal dilaksanakan oleh ahli jawatankuasa (ajk) dan sukarelawan Masjid Jamek Ar-Rahimiah,Klang.

Pertama sekali, tujuan utama kami membuat event  family day adalah untuk menarik lebih ramai ahli qariah di kawasan Taman Sri Andalas,Klang untuk datang mengimarahkan Masjid Jamek Ar-Rahimiah. Dan apabila mereka bersama-sama sedang bermesra di antara satu sama lain, pada waktu inilah pihak masjid akan gunakan untuk mengajak mereka supaya membiasakan diri ke masjid. Terutamanya solat subuh dan isyak.

 

Dari Uthman bin ‘Affan ia berkata; “Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa melaksanakan solat isyak berjemaah maka ia mendapatkan pahala solat setengah malam, dan barangsiapa melaksanakan solat isyak dan subuh dengan berjemaah maka ia mendapatkan pahala solat sepanjang malam.”

(HR Tirmizi No: 205)

 

Namun, tujuan utama saya menulis tentang hari keluarga MJAR ini adalah kerana untuk memberitahu bahawa peluang untuk datang mengimarahkan masjid melalui kehadiran pada family day in, terbuka kepada semua yang beragama Islam atau tidak  yang tinggal berhampiran. Tidak kiralah sama ada mereka jarang ke masjid atau selalu ke masjid. Jangan jadikan ia sebagai satu penghalang. Jika anda rasa ragu-ragu lagi, ketahuilah bahawa itu hanyalah tipu daya syaitan. Sesungguhnya kami semua melaksanakan family day ini adalah untuk menarik anda semua supaya datang. Jadi, tolong jangan malu-malu untuk menghadirkan diri anda. Semua dijemput hadir.

Tujuan kedua adalah kami mahu memenuhkan kehadiran di Masjid Jamek Ar-Rahimiah dengan orang-orang Islam tanpa bulan atau hari-hari yang istimewa. Sebagai contoh, orang-orang Islam kebanyakannya hanya  beramai-ramai datang ke Masjid untuk solat jumaat, solat hari raya atau pun solat tarawih sahaja. Padahal ketiga-ketiga jenis solat ini hanyalah sunat bukannya wajib.

Tetapi, yang sunat itulah yang kita sekarang lebih utamakan. Mungkin itulah diantara tanda-tanda akhir zaman. Semuanya sudah terbalik. Disebabkan itu, pihak sukarelawan dan ajk-ajk masjid sentiasa bertungkus-lumus berfikir untuk menghidupkan masjid walaupun pada hari biasa. Ini kerana, kami mahu membuktikan bahawa orang-orang Islam boleh berkumpul beramai-ramai walaupun hanya sekadar solat berjemaah sahaja.

Tujuan yang ketiga adalah untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan di antara ahli qariah masjid. Hal ini kerana, kebanyakan ibubapa yang bekerja sering kali sibuk dengan pekerjaan sehingga leka untuk meluangkan masa bersama anak-anak sekeluarga. Satu soalan mudah untuk anda semua, bilakah kali terakhir anda semua beriadah sekali satu keluarga? Jika jawapan anda pada minggu lepas, alhamdulillah. Tetapi jika jawapan anda beberapa tahun yang lepas, tindakan yang segera perlu dibuat secepat mungkin.

Dan diantara cara terbaik sebagai langkah pencegahannya adalah dengan menghadirkan diri anda dan keluarga anda pada hari Family Day Masjid Jamek Ar-Rahimiah ini. Jadi, pastikan anda datang. Sudah tiba masanya untuk anda meluangkan masa bersama keluarga anda. Jangan tangguh-tangguhkan lagi. Semoga Allah S.W.T. akan mengeratkan kembali hubungan kekeluargaan kita yang semakin longgar itu. Insya Allah.

Sedikit sebanyak tentang cadangan Family Day Masjid jamek Ar-Rahimiah adallah seperti di bawah:

Hari : Sabtu.

Tarikh: 9/12/2017

Masa : 7.30 Am – 12 Pm.

Yuran: Free of Charge.

Peserta: Terbuka kepada semua ahli keluarga.

family-MJAR-2017-Malaya-Journal

 

Sedikit sebanyak tentang dua event utama yang akan dilakukan pada Family Day Masjid Jamek Ar-Rahimiah adalah:

1. Family Morning Walk Masjid Jamek Ar-Rahimiah.

Iaitu event di mana satu family akan berjalan bersama-sama berjalan pada waktu pagi di Taman Rakyat sepanjang lebih kurang 2.3KM. Tujuan utama kami melakukan morning walk ini adalah untuk menggalakkan orang-orang Muslim beriadah bersama keluarga pada waktu pagi terutamanya. Kerana kebanyakan hari, Taman Rakyat Klang hanya dipenuhi orang-orang cina dan india walaupun kebanyakan mereka sudah pun berumur. Tetapi mereka masih lagi gagah untuk meredah Taman Rakyat.

Dengan erti kata lain, Taman Rakyat selalu dipenuhi orang-orang bukan Muslim pada waktu fajar. Padahal mereka tidak perlu sembahyang subuh pun. Persoalannya, dimanakah orang-orang Islam yang baru sahaja selesai solat subuh? Mungkin mereka lebih suka beriadah pada waktu petang.

 

2. Muslimah Event.

Event ini pula dikendalikan oleh ajk wanita MJAR yang sangat aktif memberikan idea-idea yang bernas untuk menarik wanita-wanita muslimah supaya hadir ke masjid. Muslimah event ini terdiri daripada:

  1. Demonstrasi menghias kek.
  2. Pertandingan memasak asam pedas,
  3. Pemeriksaan kesihatan.
  4. Peraduan Iq test kanak-kanak.

Jadi, bagi ibu-ibu atau wanita yang ingin menyertai pertandingan memasak asam pedas pada hari tersebut, pastikan anda training memasak asam pedas bersama keluarga anda dahulu dan jangan lupa untuk mendaftarkan diri anda. Di samping itu, setelah menjadi sukarelawan bagi pihak Masjid Jamek Ar-Rahimiah Klang, kini barulah saya tahu perasaan dan kesusahan ketika berdakwah. Sesungguhnya, mengumpul dana untuk membuat masjid dan surau lebih mudah berbanding mengajak orang ramai datang mengimarahkan masjid.

Dan satu lagi perkara yang saya mahu sampaikan adalah, kita tidak perlu menghabiskan beratus-ratus ringgit atau beribu-ribu ringgit untuk menghabiskan masa bersama keluarga. Hal ini disebabkan, kebanyakan family pada zaman ini selalu membawa anak-anak melancong sana-sini dengan alasan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim. Padahal anda hanya perlu menghabiskan masa bersama mereka bukannya dengan menghabiskan duit sana-sini.

Jika hanya itulah cara untuk mengeratkan silaturrahim, bagaimana pula bagi orang yang tidak mampu membawa keluargnya melancong? Adakah mereka tidak akan mampu mengeratkan silaturrahim? Sudah tentu tidak.

Akhir kalam, jika anda tinggal berhampiran Masjid Jamek Ar-Rahimiah Klang, pastikan anda tidak terlepas untuk sertai family day ini. Maklumkan kepada ahli keluarga anda pada hari ini juga dan tanda kalendar supaya tidak terlupa akan family day Masjid Jamek Ar-Rahimiah. Insya Allah kita akan berjumpa di sana.

 

Comments

comments




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.