Hadis 27 – Kebajikan atau Dosa?

kebajikan-atau-dosa-Malaya-Journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda selepasnya.

Hadis ke-27 dalam kitab al-Arbain Imam An-Nawawi ialah hadis sahih berkeenaan dengan kebajikan dan dosa. Dan penulis merasakan hadis ini sangatlah penting untuk kita memahaminya kerana ia berkaitan dengan setiap perkara yang akan kita lakukan.

Hadith tersebut seperti di bawah:

الْبِرُّ حُسْنُ الخُلُقِ، وَالإِثْمُ مَا حَاكَ فِي نَفْسِكَ وَكَرِهْتَ أَنْ يَطَّلِعَ عَلَيْهِ النَّاسُ رَوَاهُ مُسْلِمٌ أَتَيْتُ رَسُولَ اللهِ صلی الله عليه و سلم فَقَالَ: جِئْتَ تَسْأَلُ عَنِ الْبِرِّ؟ قُلْتُ: نَعَمْ، قَالَ: اسْتَفْتِ قَلْبَكَ، الْبِرُّ مَا اطْمَأَنَّتْ إِلَيْهِ النَّفْسُ وَاطْمَأَنَّ إِلَيْهِ الْقَلْبُ، وَالإِثْمُ مَا حَاكَ فِي النَّفْسِ وَتَرَدَّدَ فِي الصَّدْرِ وَإِنْ أَفْتَاكَ النَّاسُ وَأَفْتَوْكَ حَدِيثٌ حَسَنٌ رَوَيْنَاهُ فِي مُسْنَدَي الإِمَامَيْنِ أَحْمَدَ بْنِ حَنْبَلٍ وَالدَّارِمِيِّ بِإِسْنَادٍ حَسَنٍ

Daripada al-Nawwas ibn Sam’aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda:
Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya. Hadis riwayat al-lmam Muslim. Dan daripada Waabisoh ibn Ma’bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu Baginda bersabda: Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu. Hadis Hasan riwayat al lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik.



Hadith ke-27 ini telah disyarahkan oleh Ustaz Hanafie Nasaie dan saya hanya kongsikan segala isi-isi penting yang telah saya catitkan di bawah:

1. Pertama sekali, “البر” bermaksud segala kebaikan atau kebajikan yang dipuji syarak seperti menghormati ibubapa, membantu orang miskin dan lain-lain lagi.

2. Kedua, “حسن الخلق” pula bermakna akhlak yang baik. Iaitu ibu kepada segala kebaikan. Disebabkan itulah, Nabi SAW diturunkan kepada manusia dan jin akhir zaman untuk menyempurnakan akhlak kita semua. Sebaliknya, akhlak yang buruk pula adalah yang paling mencelakakan kita semua. Jadi, jauhilah akhlak yang buruk kerana Allah SWT pun membencinya manakala manusia pun tidak menyukainya.

3. Ketiga adalah البر ما اطمأنت إليه النفس” yang bermakna hati merasa tenteram dengannya. Iaitu ia membawa maksud hati seseorang Muslim itu sudah terikat dengan syariat Islam dan dipenuhi cahaya iman. Disebabkan itu, segala keburukan yang ia lakukan akan menyebabkan hatinya tidak tenteram dengan dosa tersebut. Dan cara memperolehinya adalah hanya dengan menuntut ilmu . Manakala, kemuncaknya ketenteraman hati ini dipanggil firasat orang beriman.

4. Keempat ialah perkataan “وتردد” yang bermakna sesuatu yang menyebabkan hati teragak-agak ketika hendak melakukannya. Seperti rasa tak sedap hati je bila buat sesuatu itu. Dengan erti kata lain, melakukan perkara itu boleh menyebabkan kita mendapat dosa dan kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk tidak melakukannya.



Penulis pun susah betul nak buat sebenarnya. Sebab kalau nak ikut hati, memang banyak benda sepatutnya yang penulis patut tinggal tapi banyak kali tewas dengan godaan syaitan dan nafsu.  Justeru, untuk mengalahkan godaan tersebut, menuntut ilmu agama adalah jalan yang terbaik. Sebab itulah, penulis sangat mementingkan ilmu agama di Blog Malaya Journal ini.

 

Pengajaran Hadis.

Kesimpulannyan,  kebajikan atau kebaikan ialah perkara yangmenyebabkan hati seorang mukmin merasa tenang dan baik, sedangkan kejahatan atau dosa pula ialah apa yang hatinya merasa keluh kesah, gementar dan merasa takut kalau-kalau diketahui oleh manusia. Kerana ia akan menjadi suatu aib jika diketahui orang lain.

Seorang mukmin, dengan firasat hatinya boleh menduga baik buruk sesuatu perkara. Walau apapun pandangan orang lain, dia lebih berhak membuat pendirian berdasarkan iman dan firasatnya. Namun perasaan dan firasatnya itu tidak boleh bertukar menjadi hukum syara’ atau fatwa yang memestikan orang lain mengikutinya. la hanya boleh digunakan untuk dirinya sendiri. Jadi, jangan paksa pula orang lain pulak tau sebab tiada paksaan dalam agama Islam.

Namun begitu, kebaikan atau kebajikan yang diberikan kelonggaran untuk kita meminta fatwa hati ialah kebajikan yang masih kesamaran atau syubhah. Adapun memang sudah ada nas yang jelas bahawa ia halal, maka ia mesti dianggap kebaikan biarpun hatinya berat menerimanya.



Demikian juga keburukan yang sudah ada nas yang jelas, ia tidak boleh dipertikaikan atau ditakwil lagi berdasarkan perasaan dan firasat hati. Contohnya, wanita wajib memakai tudung yang menutup aurat selepas baligh dan tidak ada lagi bantahan di sini. Perasaan hati yang tidak tenteram itu hanya boleh dipakai apabila selari dengan kaedah hukum syara’ dan selagimana tidak bercanggah dengan hukum hakam agama. Tetapi, sekiranya pakai tudung yang menutup aurat pun membuatkan jiwanya tidak tenteram, maka ketahuilah bahawa itu adalah bisikan syaitan laknatullah. Nauzubillah.

Wallahua`lam.

Comments

comments

Related Post

Pastikan Pahala Kita Bertimbun-timbun. ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
5 Pesanan Wali Allah Tentang Maksiat ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
Berhenti Melakukan Dosa Adalah Rahsia Kejayaan Mus... ﷽ Segala Puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana, Pada hari ini saya mahukan kongsikan sedikit ilmu daripada kuliah subuh dan maghrib yang tela...
Kesan Melakukan Maksiat Pada Diri Kita ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.