Hadis 40 – Niat Kerana Allah

Hadis-40-Niat-Kerana-Allah-SWT-Malaya-Journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda selepasnya.

Pada pendapat saya, kitab Hadis 40 karangan Imam An-Nawawi ini sangatlah penting dan bermanfaat untuk kita pelajari. Kerana segala hadis sahih yang dikumpulkan oleh Imam An-Nawawi dalam kitab ini merangkumi segala aspek kehidupan seorang Muslim untuk berjaya dunia dan akhirat.



Latar Belakang Imam Nawawi.

Gelaran kepada Imam Nawawi adalah Abu Zakaria. Beliau lahir pada tahun 631 Hijrah dan wafat ketika berusia tidak melebihi 45 tahun. Tetapi beliau bukanlah seperti Imam Syafi’i dan Imam Al-Bukhari yang suka merantau untuk mencari ilmu. Kerana beliau hanya merantau ketika berusia 18 tahun di Kota Dimashk,Syria untuk menuntut ilmu. Dan beliau menetap di situ sehingga wafat.

Menurut riwayat, Imam Nawawi hanya keluar dari Kota Dimashk hanya dua kali iaitu ketika hendak menunaikan Haji dan pulang ke kampung halaman. Kerana kebanyakan masa beliau hanya digunakan untuk menuntut ilmu dan menulis kitab.

Selain itu, ketika menuntut ilmu, Imam Nawawi ini sangatlah rajin orangnya kerana beliau mempelajari 12 subjek dalam satu hari dan kebanyakan masanya dihabiskan dengan membaca buku. Beliau juga hanya makan sehari sekali sahaja dengan alasan khuatir makanan tersebut akan membuatkannya rasa mengantuk ketika hendak menuntut ilmu.

Terdapat riwayat sahih juga yang mengatakan bahawa Imam Nawawi selama dua tahun tidak tidur di atas katil kerana takut terlebih tidur disebabkan selesa dengan katil beliau. Jadi, beliau hanya tidur di atas meja belajar beliau sahaja. Dahsyat sungguh kesungguhan belian dalam menuntut ilmu.



Namun, Imam Nawawi hanya mula menulis kitab ketika berusia 30 tahun dan beliau tidaklah menulis kitab yang banyak seperti Imam Al-Ghazali. Tetap kerana keihklasannya menulis kitab-kitab tersebut, kesemua kitab telah diberkati Allah SWT dan telah diguna pakai oleh para ilmuwan Islam diseluruh dunia hingga ke hari ini.

Juga, pelbagai jenis Universiti Islam di timur tengah menjadikan kitab beliau sebagai bahan rujukan. Di antara kitab Imam Nawawi yang terkenal adalah:

Tetapi tajuk perbahasan kita bukanlah tentang latar belakang hidup Imam Nawawi. Kerana tajuk perbincangan kita adalah bagaimanakah untuk mendapatkan keikhlasan dalam segala amalan yang kita lakukan berdasarkan hadis sahih daripada Rasulullah SAW. Hadis tersebut boleh didapatkan di dalam kitab Hadis 40 karangan Imam Nawawi iaitu pada hadis nombor 1.



 

Hadis 1 – Niat kerana Allah dan Rasul.

عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِ
صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ تْ
هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ
یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)) . رواه إماما الحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن
إبراهيم بن المغيرة بن بردزیة البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري
النيسابوري في صحيحيهما اللذین من أصح الكتب المصنفة.

Maksdnya: Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda: ((Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu)). Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab : إنما الأعمال بالنية)  باب قوله ) hadis nombor 1908).

Berdasarkan Hadis Niat di atas, Ustaz Kamilin Jamilin telah menerangkan kepada saya bahawa:

1. Amirul Mukminin adalah gelaran bagi Saidinar Umar ibn al-Katthab r.a kerana beliau tidak mahu menerima gelaran Khalifatul Rasulullah yang telah digunakan oleh Saidinar Abu Bakar As-Siddiq r.a. Beliau berpendapat gelaran tersebut hanya khusus untuk Saidinar Abu Bakar As-Siddiq r.a. sahaja.



2. Hafsin pula adalah perkataan lain bagi singa dalam bahasa arab dan ia juga adalah gelaran bagi Saidinar Umar ibn al-Katthab r.a iaitu Abu Hafsin (Bapa Singa). Kerana beliau sangat tegas dan garang seperti singa terutamanya ketika mencegah kemungkaran.

3. Perkataan “سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِ” pula bermaksud “Aku mendengar Rasulullah SAW” dan menurut ulamak hadis, ayat ini merupakan ayat paling kuat buktinya sanad hadis ini bersambung daripada Rasulullah SAW. Kerana apabila seseorang pada zaman dahulu berkata dia dengar daripada orang tersebut bermakna memang dia akan berada berdekatan situ. Apatah lagi orang yang mendengar itu adalah seorang sahabat Baginda SAW. Bukan seperti seperti zaman sekarang , duduk rumah pun boleh dengar orang cakap dari tempat yang jauh melalui telefon dan sebagainya.

4. Perkataan “إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى” yang membawa maksud “Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan” menjelaskan amalan seseorang itu bergantung kepada apa yang diniatkannya. Dan jika anda perhati maksud ayat di atas betul-betul, ayat tersebut macam mengulang isi sahaja tetapi bukan sebenarnya. Kerana ayat yang kedua daripada Nabi SAW mengajar kita bahawa ganjaran amalan yang kita lakukan adalah bergantung kepada niat kita walaupun ia adalah benda baik sekalipun.

Contohnya, jika anda sengaja bersedkah banyak-banyak supaya orang puji anda, maka anda akan dapat pujiannya sahaja. Di akhirat nanti amalan itu hanya seperti debu-debu yang bertebangan. Sebagaimana Firman Allah:

A023

Maksudnya: Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan.

(Al-Furqaan 25:23)

5. Ayat, “فَمَنْ آَانَ تْهِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍیَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ”  yang membawa maksud “Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu“. Ayat ini menjelaskan bahawa betapa hina perbuatan itu jika tidak dilakukan kerana Allah dan Rasul. Sehingga membuatkan Baginda SAW hanya mengatakan “hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu”. 



Sebab kalau ikut logik, kalau pada awal ayat di atas Nabi SAW guna hijrahnya kepada kerana Allah dan Rasul. Maka kebiasannya ayat yang seterusnya pun sepatutnya Baginda SAW guna ayat hijrahnya kepada habuannya dan perempuan yang ingin dikahwininya itu. Tetapi disebabkan keihklasan yang salah itu iaitu bukan kerana Allah. Maka, Nabi SAW tidak mahu mengulangi perkataan habuan dan perempuan tersebut.

 

Kesimpulan Hadis 40 tentang Niat.

Hadis pertama dalam Kitab Hadis 40 ini adalah berkaitan tentang keihlasan seseorang melakukan amal ibadahnya. Ada sesetengah ulamak mengatakan hadis ini adalah separuh daripada Agama Islam kerana peranan ikhlas dalam ibadah sangat penting sekali.

Hal ini kerana Allah SWT hanya akan menerima ibadah yang ikhlas kerana Allah dan bertepatan dengan ajaran Rasulullah SAW. Jika dua syarat di atas tidak ditepati maka kemungkinan besar sia-sialah amalan kita ini. Malah, keikhlasan seseorang itu adalah pengukur kepada aspek dalaman seseorang itu dan hanya dia dan Allah sahaja yang tahu akan keikhlasan hatinya.



Oleh itu, jom kita niatkan segala amalan kita hanya kerana Allah. Tolong cuci kereta Ayah kerana Allah, tolong Emak sidai kain kerana Allah,  tolong sediakan air untuk tetamu kerana Allah dan sebagainya. Selamat Beramal Semua.

Sebaik-baik amalan ialah amalan yang paling ikhlas dan bertepatan dengan Sunnah Nabi SAW.

Wallahua`lam.

Comments

comments

Related Post

Hadis 12 – Meninggalkan Perkara Yang Tidak B... ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
Hadis-Hadis Hukum- Kitab Hadis Sahih Mazhab Syafi&... ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.