Hadis-Hadis Hukum- Kitab Hadis Sahih Mazhab Syafi’i

Hadis-Sahih-Hadis-Hadis-Hukum-Malaya-Journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda selepasnya.

Pertama Sekali, buku Hadith-Hadith Hukum karangan Ibn Al-Mulaqqin ini telah dijadikan rujukan yang shahih bagi para ulama yang bermazhad Syafi’i.  Dengan erti kata lain, kitab ini juga telah dijadikan diantara sumber rujukan utama oleh para ulama’ di bawah Mazhab Syafi’i . Hal ini kerana, Ibn Al-Mulaqqi (pengarang kitab ini) hanya mengambil hadis-hadis daripada riwayat Al-Bukhari dan Muslim sahaja.

Jadi, kesemua hadis-hadis yang  telah digunakan untuk mengistinbat hukum adalah sahih sekali.  Untuk pengetahuan anda juga, hadis dhaif tidak boleh digunakan untuk membuat hukum. Sementara kitab hadis paling tinggi darjatnya disisi Imam As-Syafi’i adalah Sahih Al-Bukhari dan yang kedua adalah Sahih Muslim.



Latar Belakang Pengarang Kitab Hadis-Hadis Hukum.

  1. Nama gelaran: Ibn Al-Mulaqqin, Sirajuddin, abu Hafs dan Ibn Al-Nahwi.
  2. Nama Sebenar: Syeikh Umar bin Ali bin Ahmad bin Muhammad bin Abdulllah al-Ansari al-Syafi’i.
  3. Tempat lahir: Kaherah, Mesir.
  4. Tahun lahir: 22 Rabiulawal 723 Hijrah.
  5. Tahun Wafat: 804 Hijrah.
  6. Murid beliau yang terkenal : al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani (pengrang kitab Fathul Bari).
  7. Antara kitab karangan Ibn Al-Mulaqqin: Ikmal Tahdhib al-Kamal, Al-Bulghah fi Ahadith al-Ahkam dan banyak lagi.
  8. Ulama’ yang hidup sezaman dengan beliau adalah: al-‘Iraqi, al-Buqini dan al-Haitami.

 

3 Kelebihan Utama Kitab Hadis-Hadis Hukum:

  • Himpunan hadis-hadis hukum daripada dua buku hadis yang paling sahih iaitu sahih al-Bukhari dan sahih Muslim.
  • Setiap hadis yang terkandung didalam buku ini menjadi tunjang landasan fiqh bagi mazhab Syafi’i.
  • Sesuai di jadikan imbasan pantas untuk para penuntut ilmu menghafaz dalil-dalil hukum.

 

Isi Kandungan Kitab  Hadis-Hadis Hukum

Kitab hadis sahih ini telah merakamkan sebanyak 509 hadis dan mempunyai 345 mukasurat. Kitab ini juga terbahagi kepada 59 Bab atau 59 kitab-kitab kecil. Antara contoh-contoh bab adalah:

  • Bab 1 : Kitab Bersuci.
  • Bab 2: Kitab Solat.
  • Bab 3: Kitab Jenazah.
  • Bab 4: Kitab Zakat.
  • Bab 5: Kitab Puasa.
  • Bab 6: Kitab Iktikaf.
  • Bab 7: Kitab Haji.
  • Bab 8: Kitab Jual Beli.
  • Bab 9: Kitab Jual Beli Saham.
  • Dan macam-macam bab lagi.

Boleh dikatakan kitab hadis sahih ini merangkumi hukum-hakam tentang semua aspek kehidupan sebagai seorang Muslim menurut Rasulullah SAW. Sekiranya anda semua mempelajarinya dan mempraktikkannya, ia diibaratkan anda melakukan segala apa yang telah Nabi SAW lakukan semasa Baginda SAW hidup.  Semoga keberkatan dilimpahkan kepada kita semua dengan mempraktikkan sunnah Baginda SAW.

Walau bagaimanapun, kitab hadis-hadis hukum ini hanya merakamkan hadis sahih sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim sahaja. Tidak ada syarahan ditulis tentang bab-bab hadis sahih tersebut dan tidak sesuai untuk kita membacanya sendiri.

Ini kerana segala syarah tentang ilmu hadis sahih tersebut perlu diterangkan dan disyarah melalui pengajar yang  mempunyai sanad yang sahih. Baca sendiri dan cuba untuk memahamkannya sendiri adalah tidak digalakkan kecuali jika anda seorang ustaz atau pengajar.  Sekiranya anda ingin membeli kitab hadis sahih ini juga, pastikan anda mencari ustaz yang sesuai untuk mengajarkannya. Contohnya  seperti Datuk Dr Hj Zahazan Mohamed dan Ustaz Fauwaz Fadzil Noor.



Pengalaman Menuntut Ilmu Kitab Hadis-Hadis Hukum.

Untuk pengetahuan saudara dan saudari sekelian, saya telah berjaya menghabiskan pembelajaran kitab Hadis-Hadis Hukum ini pada 25/2/2018 yang lalu. Tetapi kami hanya sempat menghabiskan kitab bersuci sahaja iaitu bab 1 dan mempunyai 59 hadis sahih.

Penceramah atau pengajar yang diundang adalah Ustaz Fauwaz Fadzil Noor dan beliau mempunyai ilmu yang sangat banyak berkenaan hadis sahih tersebut. Malah, kisah-kisah sahabat yang meriwayatkan hadis sahih dan sebab-musabab terjadinya hadis sahih tersebut juga telah diterangkan dengan baik sekali oleh Ustaz Fauwaz. Di akhir program daurah ini pula, Ustaz Fauwaz telah mengijazahkan kitab bersuci yang bersambung sanad daripada syeikh beliau hingga kepada Rasulullah SAW kepada kami semua (para peserta).

Untuk pengetahuan anda semua, pembelajaran kitab Hadis-Hadis Hukum ini bermula pada pukul 9 pagi sehingga pukul 5 petang di Masjid Jamek Ar-Rahimiah Klang. Minum pagi, makan tengahari, minum petang dan sijil penyertaan juga telah disediakan. Yuran penyertaan pula sebanyak RM50 sahaja dan sangatlah berbaloi dengan ilmu yang dipelajari.  Saya juga telah menerima majalah Al-Ustaz dan Solusi edisi lama  tetapi masih baru secara percuma. Akhir sekali, program ini dipanggil sebagai DAURAH KITAB TURATH.

Jika anda ingin menyertai program pembelajaran daurah kitab-kitab turath yang akan datang seperti Adab Pembaca Al-Quran dan Dosa-Dosa Besar, anda boleh contact nombor telefon yang terletak di poster di bawah:

DAURAH-KITAB-TURATH-Malaya-Journal

Akhir kalam, ini adalah pengalaman kali kedua saya menyertai program DAURAH KITAB TURATH di Masjid Jamek Ar-Rahimiah dan saya sangat berpuas hati kerana saya telah berjaya mempelajari 59 hadis sahih. Alhamdulillah.  Terasa banyak betul hadis sahih yang saya pelajari pada program daurah tersebut kerana kebiasaannya saya hanya mempelajari satu hadis sahaja melalui program kuliah maghrib di masjid.

Kesimpulannya, saya menyeru anda semua untuk menyertai program DAURAH KITAB TURATH ini kerana sebagai seorang penuntut ilmu yang kerdil, peluang keemasan untuk mempelajari begitu banyak ilmu dalam satu hari tidak patut dilepaskan. Anda juga boleh jumpa dengan saya nanti, HAHA.



Program DAURAH KITAB TURATH yang seterusnya akan diadakan pada 25 Mac 2018 dan kitab yang akan disyarahkan adalah kitab ADAB PEMBACA AL-QURAN karangan Imam Al-Nawawi. Seorang ulama’ yang sangat hebat dan terkenal kerana banyak penulisannya dijadikan teks pembelajaran di masjid dan pondok-pondok ilmu. Insya Allah, kita akan berjumpa di sana.

Wallahua`lam.

Comments

comments

Related Post

Hadis 12 – Meninggalkan Perkara Yang Tidak B... ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
Hadis 40 – Niat Kerana Allah ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.