Elakkan Menjadi Hamba Kepada Hawa Nafsu Anda

Cara-Kawal-Hawa-Nafsu-Anda-Malaya-Journal

Assalamualaikum semua,

Tajuk pada kali tentang hawa nafsu pula. Iaitu antara punca utama kita semua terjebak dan banyak kali kecundang melakukan maksiat. Dan di tambah pula dengan bisikan syaitan dan iblis, ia menjadi suatu yang sangat sukar untuk di kawal. Jadi, untuk mengawal dan membendung hawa nafsu ini hendaklah kita mempelajari sebanyak mungkin tentang hawa nafsu ini. Saya akan menjelaskan sejelas mungkin akan bahaya hawa nafsu ini berdasarkan ayat-ayat Al-Quran, Hadith Rasulullah S.A.W dan juga kata-kata hikmah daripada Syeikh Ibnu ‘Atha’illah as-Sakandari sendiri.

 

Teguran Allah tentang beriman mengikut hawa nafsu.

Firman Allah:

أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَٰهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَىٰ عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَىٰ سَمْعِهِ وَقَلْبِهِ وَجَعَلَ عَلَىٰ بَصَرِهِ غِشَاوَةً فَمَن يَهْدِيهِ مِن بَعْدِ اللَّهِ ۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ

Pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhan dan Allah membiarkannya sesat dalam pengetahuan-Nya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dikunci pula pendengarannya dan hatinya, serta diletakkan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan sesat)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak mengambil pengajaran (ingat dan insaf)?

Ayat ini sangatlah terkesan di hati saya kerana orang-orang yang beriman atau tidak beriman yang menjadikan hawa nafsu sebagai Tuhan akan disesatkan oleh Allah. Lebih teruk lagi, Allah akan menutup pendengaran, penglihatan dan hati kita supaya kita berada dalam kesesatan. Semuanya berlaku apabila kita menolak teguran, nasihat dan tidak mengambil pengajaran akan ilmu-ilmu Allah. Sangatlah dahsyat azab (iaitu Allah membiarkan mereka sesat) di dunia untuk orang yang menjadikan hawa nafsu sebagai Tuhannya.

 

4 pesanan Syeikh Ibnu ‘Atha’illah as-Sakandari tentang hawa nafsu:

1.  Jangan diikutkan hawa nafsu.

“Bersahabat dengan orang jahil yang tidak mempeturutkan hawa nafsunya lebih baik daripada bersahabat dengan orang alim yang tunduk pada hawa nafsunya. Ilmu macam apa yang disandang oleh orang Alim yang tunduk pada hawa nafsunya itu?Sebaliknya, kejahilan apalagi yang dapat disandangkan pada orang jahil yang tidak memperturutkan hawa nafsunya?”

Kata-kata hikmah daripada Syeikh Ibnu ‘Atha’illah as-Sakandari ini bermaksud, kita haruslah selektif dalam memilih teman seharian kita.Utamakan mereka yang mengawal akhlak terhadap sesama manusia, dan juga sentiasa berakhlak kepada Allah Ta’ala.

Rasulullah S.A.W  juga pernah bersabda,

 “Sesungguhnya yang terbaik di antara kalian adalah yang paling baik akhlaknya.” 

(HR al-Bukhari dan Muslim).

2. Pililhlah yang memberatkan hawa nafsumu.

“Apabila ada dua hal yang membuat kalian bingung (memilihnya), maka perhatikanlah mana yang lebih memberatkan hawa nafsu kalian, lalu ikutilah. Sebab, tidak akan memberatkan hawa nafsu selalin hal yang benar”

Saya sangat bersetuju dengan kata-kata hikmah Syeikh Ibnu ‘Atha’illah as-Sakandari ini. Sangatlah bernas dan ia ibarat berselindung di depan mata tanpa kita sedari. Dengan pesanan ini, mudah-mudahan kita semua dimudahkan memilih suatu perbuatan yang diredhai oleh Allah Ta’ala.

 

3. Hawa Nafsu di antara Amalan Wajib dan Sunnah.

“Di antara tanda memperturutkan hawa nafsu adalah bergegas amalan sunnah, namun malas dalam melaksanakan amalan wajib.”

Hal ini berlaku, apabila bisikan syaitan dan nafsu sering mengiring kita untuk berfikir, bahawa kewajiban itu merupkan sesuatu yang berat dan membebankan. Sedangkan, amalan sunnah yang tidak berdosa jika ditinggalkan, sering lebih diutamakan.

Dan hasrat untuk melakukan sesuatu yang lebih kecil (sunnah) terasa ringan dibandingkan melakukan sesuatu yang lebih besar (wajib). Sebagai contoh, Solat Hari Raya dan Solat Tarawih sering dipenuhi orang-orang Islam di masjid sedangkan solat 5 waktu hanyalah 2 atau 3 saf paling banyak. Dimanakah perginya mereka yang mengutamakan solat sunat ini? Adakah mereka sedang menonton televisyen di rumah? Ini adalah sesuatu yang sangat membahayakan jiwa hamba kerana yang wajib mesti diutamakan.

 

4. Hawa Nafsu, penyakit hati yang sukar disembuhkan.

“Manisnya hawa nafsu yang telah menguasai qalbu adalah penyakit yang sangat sulit untuk disembuhkan.”

Maksud kata-kata hikmah daripada Syeikh Ibnu ‘Atha’illah as-Sakandari ini ialah halangan hawa nafsu merupakan halangan paling berat bagi seorang penempuh jalan menuju Allah. Kerana mengendalikan hawa nafsu adalah perkara yang sukar bagi kita yang masih bermakam awam. Namun dengan latihan, kesabaran, dana memohon pertolongan Allah, kita akan mampu untuk mengendalikannya.

 

Semoga anda dan terutamanya saya dapat mengambil iktibar dari teguran Allah di dalam Al-Quran, sabda Baginda S.A.W. dan 4 buah pesanan Ulama’ kita, Syeikh Ibnu ‘Atha’illah as-Sakandari akan bahaya dan cara untuk mengandalikan hawa nafsu kita ini. Janganlah kita membiarkan hawa nafsu kita bermaharaja lela sehingga ia menguasai qalbu kita.

Saya akhiri dengan kata-kata hikmah Syeikh Ibnu ‘Atha’illah as-Sakandari:

“Pangkal kepada maksiat,kelalaian dan syahwat adalah redha terhadap nafsu. Dan pangkal dari segala ketaatan,kewaspadaan dan kesucian adalah engkau tidak redha terhadap hawa nafsu.”

Comments

comments

Related Post

Bagaimana Manusia Lalai Ditipu Iblis dan Syaitan ﷽ الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وسلم وبارك على عبده ورسوله، نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وبعد Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,...
8 Lorong Syaitan Yang perlu Dijauihi Kita sebagai seorang mukmin wajiblah memusuhi syaitan dan iblis, sebagaimana Firman Allah: "Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikan...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.