Hikmah Sebenar Hidup Susah

2-Hikmah-Hidup-Susah-Di-Dunia-Malaya-Journal

Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Sekelian Alam. Selawat dan Salam untuk Rasulullah S.A.W. dan tiada nabi lagi selepasnya, pembawa rahmat Keseluruh Alam.

Hidup susah,  sentiasa berasa resah dan ditimpa musibah berkali-kali adalah antara suatu yang tidak asing lagi dalam kehidupan kita. Tetapi apa yang kita lakukan terhadap peristiwa itulah yang menentukan tahap keimanan kita. Kerana setiap kali kita diuji adalah untuk menghapuskan dosa, mengangkat darjat kita dan memberi pahala sabar kepada kita. Namun, kesemua perkara ini telah kita bincangkan di dalam penulisan yang lepas. Jadi, tidak perlu lagi kita bincangkan.

Namun, setelah kawan saya yang sering ke masjid untuk solat berjemaah terkena serangan strok separuh badan secara tiba-tiba. Ia sangat memilukan hati saya. Kerana, kami sering kali mengaji al-Quran bersama-sama selepas solat isyak, belajar tajwid al-Quran bersama-sama, menghadiri majlis ilmu bersama-sama dan solat berjemaah bersama-sama. Nama beliau ialah Mohd Asri dan saya sering memanggil beliau Syeikh Asri untuk gurau senda. Orangnya berusia 44 tahun dan masih muda lagi. Beliau mempunyai dua orang anak dan dijaga oleh isteri dan ibubapanya di hospital Tengku Ampuan Rahimah. Cukup besar ujian yang dihadapi kawan saya ini.

Secara tiba-tiba, saya teringat akan kuliah yang disampaikan oleh Syeikh Zaini Hj Ahmad akan hikmah hidup susah. Sebenarnya cukup banyak hikmahnya. Cuma saya akan terangkan dua sahaja pada penulisan kali ini.

 

Dua hikmah hidup Susah Di dunia.

Yang pertama adalah kerana Allah sayang kepada kita. Dan sayang di sini mempunyai dua maksud. Pertama, Allah mahu kita kembali mengingatinya. Sebagaimana firman-Nya:

وَلَنُذِيقَنَّهُمْ مِنَ الْعَذَابِ الْأَدْنَى دُونَ الْعَذَابِ الْأَكْبَرِ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

Dan demi sesungguhnya, Kami akan merasakan mereka sedikit dari azab dunia sebelum azab yang besar (di akhirat kelak), supaya mereka rujuk kembali bertauba

(As-sajadah 32: 21)

Tetapi, Asri bukanlah orang yang begitu. Dia seorang pemuda yang sering datang ke masjid tetapi masih ditimpa ujian yang berat. Kemungkinan besar Allah S.W.T. mahu mengangkat darjat beliau.

Yang kedua adalah, hidup susah atau tidak senang adalah di antara sebab-musabab seorang Muslim itu dekat dengan Allah S.W.T. Berapa banyak orang-orang Islam yang lupa akan Allah ketika senang dan ingat kepada Allah hanya ketika susah. Sebagaimana Firman Allah:

أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ

Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh)

Disebabkan itu, Nabi Muhammad S.A.W. sendiri dan kebanyakan para sahabat memilih untuk hidup miskin kerana khuatir mereka akan lupa kepada Allah S.W.T ketika kaya raya. Walaupun mereka sangat berkemampuan untuk hidup kaya dengan berniaga. Disebabkan khuatir mereka akan lupa pada Allah Ta’ala, mereka hanya mencari rezeki sekadar untuk hidup sahaja bukannya hidup untuk mencari duit semata-mata.

 

Tetapi jangan pula salah faham terhadap saya. Saya tidak pernah katakan orang-orang Islam tak boleh menjadi kaya. Cuma saya nasihatkan jangan lupa kepada Allah dan cara yang terbaik adalah hidup sederhana sekadar mencukupi dan zuhud dengan dunia. Kita hanya perlu berkerja mencari rezeki dan insya Allah S.W.T. rezeki anda akan cukup menampung keluarga. Ingatlah,hidup yang diberkati Allah jauh lebih bermakna daripada hidup kaya yang tiada keberkatan.

Wallahua`lam.

Comments

comments




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.