Hukum Isteri Mencari Nafkah

Apakah-Hukum-Isteri-Mencari-Nafkah-Malaya-Journal

Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Sekelian Alam. Selawat dan Salam hnaya untuk Rasulullah S.A.W. dan tiada nabi lagi selepasnya. Pembawa rahmat Keseluruh Alam,

Baiklah, hari ini kita akan bincangkan tentang suatu hal yang banyak juga berlaku di zaman ini dan tajuk yang agak panas juga.  Iaitu apakah hukum wanita bekerja? Dan apa beza wanita mancari nafkah dengan suami yang mencari nafkah? Dan persoalan ini di jawab dengan “assumption” bahawa suami mampu berkerja atau memang dia bekerja mencari nafkah.

 

Apakah Hukum Wanita Berkerja?

Jawapannya adalah jika diizinkan suami, sudah tentu boleh. Jika tidak, maka tidaklah ia boleh dilakukan. Kerana taat kepada suami adalah suatu wajib dilakukan  bagi seorang isteri. Jika, isteri masih berkerja sedangkan suami dalam diam tidak meredhainya, ia akan mendatangkan masalah yang lebih besar. Ingat, taat pada suami adalah kunci syurga bagi seorang isteri selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam. Manakala hidup mewah di dunia pula hanya sementara. Pastikan anda (para isteri) meminta izin kepada suami anda jika anda ingin bekerja.

 

Apa Beza Isteri Bekerja Mencari Nafkah?

Jawapannya adalah sangat berbeza. Kerana mencari nafkah hanya dikhususkan kepada kaum lelaki. Sebagaimana Firman Allah di bawah:

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.

(An-Nisa’ 4:34)

Dalil di atas menunjukkan, keperluan bagi seorang lelaki mencari nafkah kerana merekalah yang akan memimpin dan mengawal ahli keluarga mereka. Jadi, jika tanggungjawab mencari nafkah bertukar kepada isteri, kemungkinan besar masalah yang lain akan terjadi. Jangan khuatir jika rezeki yang diikhtihar suami tidak mencukupi kerana rezeki sudah ditentukan. Sebaliknya, yakinlah kepada Allah S.W.T. bahawa rezeki anda pasti akan mencukupi.

Tidak semestinya gaji perlu banyak barulah cukup untuk hidup sebulan. Hal ini kerana, si suami hanya perlu beriktihar dengan bekerja dan pasti rezeki akan diberikan terutamanya kepada yang beriman kepada Allah. Firman Allah:

Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya.

(Al-Baqarah 2:172)

Dengan berkat Allah S.W.T, insya Allah rezeki itu akan mencukupi untuk ahli keluarganya walaupun sikit. Tidak kiralah banyak atau sedikit, insya Allah akan mencukupi.

Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.

(Az-dzariyat 51:58)

Sebaliknya, apabila si isteri yang bekerja mencari nafkah, rezeki yang diberikan Allah S.W.T. hanya kepada dirinya sahaja. Kerana bukan tugasnya untuk mencari nafkah. Disebabkan itu, nafkah yang diberikan kepada keluarganya akan tidak mencukupi walaupun banyak. Jadi, sebagai seorang suami yang berkemampuan dan sihat, anda semua perlu mencari rezeki untuk keluarga anda. Kerana mencari nafkah adalah tanggungjawab suami.

Memang, jika si isteri reda dengan suami tidak memberi nafkah zahir, adalah dibenarkan. Tetapi apabila muncul masalah di kemudian hari, kemungkinan isteri akan mengungkit dan akan mendatangkan masalah yang lebih besar. Suami perlu bertekad untuk menguruskan nafkah keluarga dengan baik. Perlu sentiasa berunding dengan hikmah dan baik dengan isteri. Ingatlah, terdapat perbezaan yang sangat besar di sini apabila saya mengatakan isteri yang bekerja dengan isteri yang bekerja untuk mencari nafkah.

Jika anda inigin faham dengan lebih lanjut, sila dengar kuliah yang diselitkan pada ruangn rujukan di bawah. Dan sekiranya ada sebarang persoalan, anda boleh comment di bawah.

Wallahua`lam.

 

Rujukan.

1. Hukum Wanita Menjadi Tulang Punggung Keluarga? || Ustadz Adi Hidayat Lc MA

Comments

comments




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.