Ibadah Qurban Adalah Ibadah Yang Sangat Mulia.

donate-Malaya-Journal

 

Penjelasan saya tentang ibadah qurban adalah berdasarkan video tentang ibadah qurban daripada Dr. Anhar Opir di atas. Ditulis sebagai menghormati hari ibadah qurban AidilAdha yang mulia dan membuat kesimpulan berdasarkan video di atas. Mungkin ada sesetengah  daripada anda yang tidak sempat mendengar seluruh video tersebut selama 45 minit. Jadi saya akan membuat kesimpulan tentang isi-isi yang penting daripada video di atas. Untuk penjelasan lebih berhemah, anda perlulah mendengar video tersebut sendiri. InsyaALLAH ada masanya.

1. Dari mana datangnya perkataan qurban ini?

  • Jawapannya adalah menurut Dr Anhar Opir, perkaatan qurban berasal daripada perkataan arab “qariibun” yang bermaksud dekat.

2. Apa syarat di terima ibadah qurban?

  • Ibadah qurban mesti niat ikhlas kerana ALLAH. Bahkan ada diceritakan tentang dua orang anak nabi Adam bernama Qabil dan Habil yang berqurban kerana ALLAH. Tetapi hanya salah satu diterima oleh ALLAH kerana keikhlasan seseorang itu. Bukannya untuk menunjuk-nunjuk atau mengikut trend.
  • ALLAH berfirman:

…لَنْ يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَكِنْ يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنْكُمْ

Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu (Al-Hajj 22: 37).

3. Contoh haiwan ternakan semasa ibadah qurban?

  • Kambing.
  • Lembu.
  • Unta.
  • Kibas.

4. Tarikh dan waktu melakukan ibadah qurban.

  • Pada bermulanya Hari Raya AidilAdha iaitu pada 10 zulihijjah sehingga habis hari-hari tashrik (11,12 dan 13 zulhijjah). Kesimpulannya, empat hari sahaja.
  • Waktu bermula ibadah qurban adalah selepas solat sunat Aidil Adha dan selepas dua khutbah. Jika ibadah qurban dilakukan sebelum daripada qurban ia tidaklah dikira ibadah qurban. Hanya sembelihan biasa sahaja.

5. Bilakah disyariaatkan ibadah qurban ini?

  • Bermula pada tahun kedua hijrah.

6. Apakah Sunnah dalam melakukan ibadah qurban ini?

  • Menyembelih binatang qurban itu sendiri kerana Nabi Muhammad menyembelih haiwan ternakan dangan tengannya yang suci itu sendiri. Jika tidak mampu, tidak mengapa, walaupun dia seorang lelaki. Qurban masih sah.
  • Baringkan binatang ternakan dilambung kanan.
  • Binatang ternakan dan pemyembelih menghadap qiblat.
  • Mengambil 1/3 daripada daging qurban itu sendiri.
  • Melihat binatang itu disembelih.

7. Jika nazar untuk melakukan qurban, bolehkan kita mengambil 1/3 daripada daging qurban tersebut?

  • Tidak boleh, walaupun hanya untuk keluarga kamu sendiri (bermakna dia tidak makan daging tersebut).

8. Apakah kelebihan ibadah qurban ini?

  • Mendekatkan diri kepada ALLAH.
  • Supaya ALLAH ampunkan dosa kita yang lalu.
  • Sebagai tanda terima kasih kita kepada Hidayah yang ALLAH berikan kepada penyembelih qurban tersebut. Tanpa hidayah ALLAh, siapalah kita di atas muka bumi ini.
  • Sebagaimana Firman ALLAH:

كَذَلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ….

Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya (Al-Hajj 22: 37).

9. Apakah itu qurban binatang ini?

  • Ada juga sahabat bertanya soalan ini, lalu Rasulullah S.A.W. bersabda ia adalah sunnah bapa kamu Nabi Ibrahim. Dan ibadah qurban ini sebagai tanda peristiwa qurban yang agung dilakukan oleh Nabi Ibrahim. Untuk penjelasan lebih lanjut tentang sabda Baginda dan pengorabanan agung yang dilakukan boleh rujuk video di atasa pada minit ke-20.

10. bagaimankah cara pembahagian bahagian daging korban?

  • 1/3 kepada pemyembelih sendiri (jika bernazar diharamkan untuknya).
  • 1/3 kepada orang yang cukup dangan apa yang ada padanya.
  • 1/3 kepada orang-orang fakir miskin 9lebih diutamakan).

Dalilnya adalah seperti di bawah:

وَالْبُدْنَ جَعَلْنَاهَا لَكُمْ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ فَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهَا صَوَافَّ فَإِذَا وَجَبَتْ جُنُوبُهَا فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّ كَذَلِكَ سَخَّرْنَاهَا لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syiar ugama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur (Al-Hajj 22: 36).

Sekian sahaja penjelasan saya tentang ibadah qurban ini. Semoga anda semua mendapat menfaat daripada artikel ini. Dan saya galakkan anda untuk menonton video tersebut. Segala kekurang adalah dari kesilapan saya sendiri dan segala kelebihan datangnya dari ALLAH Taala.

Comments

comments

Related Post

Kepentingan Khusyuk Dalam Solat  ﷽ الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وسلم وبارك على عبده ورسوله، نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين،أَمَّا بَعْدُ Khusyuk dalam solat adalah antara perkara...
Apa Itu Ibadah kerana ALLAH di dalam Setiap Perkar... Kadang-kadang seorang muslim sering terlupa dan terpedaya dengan apa yang mereka sedang lakukan, termasuklah saya juga. Contohnya, sebarang pekerjaan ...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.