Kelebihan dan Pentingnya Ingat Mati

ingat-mati-Malaya-Journal

Pada hari Jumaat (15/9/2017) yang lalu, seperti biasa saya pergi ke kuliah maghrib tetapi kali ini ada keistimewaannya yang tersendiri. Dan saya rasa ini adalah suatu yang mesti dikongsi.

Kuliah maghrib pada malam itu disampaikan oleh Ust Wan Sohor bani Leman dan tajuk kuliahnya adalah alam kubur atau alam roh. Lebih menakutkan lagi jemaah baru sahaja lepas solat mayat untuk salah seorang ahli qariah masjid serta mayat itu masih berada dibelakang semasa kuliah maghrib berjalan. Pihak qariah masjid bercadang untuk menguburkan mayat selepas solat isyak.

Pada saya apabila Ust Wan Sohor bercerita tentang alam barzakh dan mayat pula ada dibelakang adalah suatu perkara yang sangat menginsafkan. Ianya sangat berkesan di hati saya. Persoalannya adakah kita akan mati terseksa di dalam kubur atau tidak? Dan mayat tersebut akan melalui apa yang dikatakan oleh Ust Wan Sohor bani Leman sebentar sahaja lagi.

Juga, Ust Wan Sohor bani Leman memberikan sedikit sebanyak info tentang di antara penyebab seksa di alam kubur, antaranya:

  1. Tidak bersucikan dengan betul daripada hadas kecil dan besar.
  2. Banyak mengumpat dan memfitnah.
  3. Makan atau mengambail harta yang haram
  4. Tidak belajar dan mengamalkan al-Quran dengan bersungguh-sungguh.

Tambahan pula, mati adalah suatu perkara yang menakutkan dan ia adalah suatu peringatan yang sangat berkesan bagi seorang mukmin agar tidak lalai di dunia yang fana’ ini. Rasulullah S.A.W telah bersabda:

“Banyak-banyaklah mengingati perosak kelazatan.” Ertinya dengan itu kita patahkan kelazatan hingga putus tiang-tiangnya unutk kemudian menghadap Allah S.W.T. Juga Rasulullah S.A.W  telah bersabda, “Kalau binatang itu tahu tentang kematian sebagai apa yang diketahui oleh anak Adam, engkau tidak akan memakannya sehingga gemuk. “

Tujuan utama ingat mati?

Tujuan utama ingat mati semestinya adalah kerana ingat mati dapat membuat seseorang tersedar dalam tipuan dunia serta mempersiapkan diri untuk ke Akhirat. Sesungguhnya dunia ini hanyalah sementara dan tempat persinggahan sahaja. Dan lupa pada kematian atau menjangkkakan kita kan mati pada umur lebih kurang 60 ke 70 tahun ada suatu yang sangat membahayakan. Kerana ia akan membuatkan seseorang itu tergila-gila akan syahwat dunia.

Dan lagi sabda Rasulullah S.A.W:

“Hadiah orang mukmin adalah mati”

Yang bermaksud: Dunia ini adalah penjara orang mukmin bukannya nikmat semata-mata. Di dunialah orang-orang mukmin bertungkus-lumus dna bersusah payah berperang melawan nafsu, melatih syahwatnya dan menolak bisikan syaitan. Maka hanya kematian dapat membebaskan mereka daripada seksa susah payah itu. Bagi orang beriman dan bertakwa kepada Allah dan Rasul, mati merupakan kebebasan dan juga hadiah.

Ingat Mati Adalah Pengeruh Kelazatan.

Sepertimana kita merasai kelazatan dunia ini, sesetengah daripada kita termasuk saya kadang-kadang terleka dengan dunia dan pengeruhnya hanyalah dengan ingat mati. Dan kuliah maghrib seperti yang diterangkan saya di atas membuat impak ke dalam hati saya yang sangat mendalam. Saya terfikir jika saya meneruskan hidup yang ala kadar di dalam mendalami ilmu al-Quran dan membuat amal soleh yang sedikit, adakah mampu saya mengelakkan diri daripada terkena seksa kubur? Sudah tentu tidak.

Anas r.a. berkata, Antara sabda Rasulullah S.A.W  akan ingat mati adalah:

“Banyak-banyaklah mengingati mati. Sesungguhnya ia dapat menghapuskan dosa dan zuhud di dunia”

Akhir kalam, itu sahaja luahan ketakutan saya atau peringatan daripada saya pada hari ini. Semoga anda mendapat manfaat daripadanya. Apa yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu adalah kelemahan saya sendiri.

P.S. Jika ada salah dan silap dalam menulis blog ini, ada boleh comment di bawah atau private message saya di contact page saya.

Comments

comments

Related Post

5 Pesanan Wali Allah Tentang Maksiat ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
Husnul Khotimah: Pengalaman Seorang Doktor Pakar ﷽ الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وسلم وبارك على عبده ورسوله، نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وبعد Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,...
Keburukan Medical Card Anda? Bukanlah saya mengatakan bahawa anda semua tidak ingat akan kematian, cuma kebanyakan orang sekarang hanya mengingati mati tetapi bukanlah seperti zam...
Kesan Melakukan Maksiat Pada Diri Kita ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.