Jangan pernah berputus asa dengan Rahmat Allah SWT

Jangan-berputus-asa-dengan-rahmat-Allah-Malaya-Journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda selepasnya.

Setelah dah setel explain pasal kepentingan rahmat Allah, kali saya nak ingatkan supaya kita jangan sesekali berputus asa dengan rahmat Allah. Sebagaimana firman Allah SWT dibawah:

A053

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(Az-Zumar 39:53)



Berdasarkan ayat di atas, Prof Hasnan Kasan menerangkan kepada saya bahawa ayat di atas ini membuktikan Allah SWT Maha Pengampun dan Allah SWT akan mengampuni sesiapa sahaja selagi mereka tidak syirik kepada Allah SWT.

Justeru, ingin saya tegaskan jika anda rasa anda sudah  terlampau banyak dosa dan rasa macam Allah SWT sudah tidak akan mengampuni anda lagi, bacalah ayat di atas bersama maknanya sekali. Kerana Allah SWT tetap akan mengampuni kita semua walaupun dosa kita sebanyak buih dilautan pun. Dengan syarat selama-mana kita tidak syirik dan bertaubat kepada Allah SWT.

Untuk lebih faham akan bab keampunan bersama rahmat Allah SWT ini, saya nak share video pendek yang cukup menarik tentang sifat dan rahmat Allah Yang Maha Pengampun ini. Video tersebut adalah seperti di bawah:

 

Selain itu, untuk sesiap yang mengatakan bahawa anda tidak akan diampunkan dosanya mereka adalah silap sama sekali. Sebab itulah kita kena menuntut ilmu sebelum beramal atau berkata-kata tentang Islam.  Justeru, jangan sesekali kita menerakakan orang lain selagi dia tidak masuk neraka. Kerana pintu taubat dan rahmat Allah SWT terbuka luas kepada pendosa.



Tetapi apakah akibatnya jika kita menerakakan orang lain? Jawapannya boleh terbatal iman kita sebagaimana Firman Allah Ta’ala:

A087

Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir”.

(Yusuf 12:87)

Berdasarkan ayat di atas, Prof Hasnan mengatakan bahawa hanya orang kafir berputus asa dengan rahmat Allah SWT. Oleh itu, sekali lagi saya tegaskan, jangan sesekali kita berputus asa dengan rahmat Allah, jangan pernah kita menerakakan orang lain atau pun mengatakan Allah SWT tidak akan mengampunkan anda. Kerana seperti yang diterangkan oleh Prof Hasnan dan Ustaz Umar berdasarkan dalil al-Quran dan hadis di atas, Allah SWT sentiasa akan mengampuni para hambanya.



Wallahua`lam.

Comments

comments

Related Post

Apakah jalan-jalan orang yang telah diberi Nikmat ... ﷽ Pada kali ini, saya mahu membahaskan apa yang saya pelajari melalui Ustaz Aiman Mohd Shafie semasa kuliah maghribnya yang lalu. Dan pada malam ters...
Kelebihan Rahmat Allah dan ciri-cirinya. ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.