Nabi Muhammad SAW dan Al-Quran Berpisah Tiada!

Nabi-Muhammad-Dan-Al-Quran-Berpisah-Tiada-Malaya-Journal

Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Sekelian Alam. Selawat dan Salam untuk Rasulullah S.A.W. dan Tiada Nabi lagi selepasnya, Pembawa Rahmat Keseluruh Alam.

Hari ini pula kita akan bincangkan akan salah satu sikap “hero” atau “modal insan” yang sebenar bagi segala manusia akhir zaman ini, iaitu tidak lain dan tidak bukan lagi, Nabi Muhammad S.A.W.  Seorang yang sangat mulia dan mempunyai darjat yang paling tinggi di sisi Allah S.W.T.

Dan cara yang terbaik untuk membuktikan kita sebagai umatnya adalah dengan mengamalkan al-Quran. Bak kata Prof Hasnan Kasan, Rasullullah SAW dan al-Quran berpisah tiada kerana darjat Baginda SAW diangkat kerana kemulaian al-Quran yang diturunkan kepada Baginda SAW.



Persoalan utama untuk dijawab hari ini adalah sejauh manakah kita mengamalkan al-Quran di dalam kehidupan seharian kita? Tepuk dada, tanya iman kita semua! Di bawah berikut adalah dalil yang menunjukkan Nabi Muhammad SAW sangat bersedih jika umatnya tidak mengamalkan al-Quran:

Firman Allah:

فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَّفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِن لَّمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا

Maka jangan pula engkau (wahai Muhammad), sempit hati disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.

(Al-Kahfi 18:6)

 

Menurut Prof Kasnan, ayat di atas menunjukkan setiap kali umat Nabi S.A.W. tidak mahu beriman kepada keterangan al-Quran ini, Baginda S.A.W. sangatlah berdukacita. Tetapi, apabila Baginda S.A.W. berdakwah di Taif sehingga di baling batu hingga berdarah, tidak pernah Baginda berdukacita.

Sebaliknya, Baginda SAW tidak pernah berdendam dengan mereka. Malah, Baginda SAW berdoa pula kepada Allah agar mereka yang menolak ajaran Islam ini melahirkan anak-anak yang memeluk agama Islam di Taif. Begitulah mulianya keperibadian Rasulullah SAW. Baginda SAW lebih mementingkan menyampaikan dakwah Islam daripada tubuh badannya sendiri. Tetapi kalau kita masih tidak mengamalkan al-Quran walaupun sudah beragama Islam apa gunanya?

Firman Allah lagi:

وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَٰذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا

Dan berkatalah Rasul: “Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai”.

(Al-Furqaan 25:30)

Ayat di atas ini pula, menunjukkan ada sesetengah daripada kaum Nabi Muhammad SAW yang beriman kepada al-Quran tetapi tidak menggunakannya sebagai satu perlembagaan. Namun, untuk menggunakan al-Quran sebagai satu perlembagaan, ia perlu berteraskan dengan ilmu yang betul.

Jadi step pertama untuk menjadikan al-Quran sebagai perlembagaan agama Islam adalah dengan mempelajari al-Quran. Bukan hanya sekadar membaca semata-mata.

 

Cara Mengamalkan Al-Quran?

Sebenarnya terdapat banyak cara mengamalkan al-Quran, antaranya adalah:

1. Meninggalkan Tempat-Tempat Mungkar.

الَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَامًا

Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.

(Al-Furqaan 25:72)

 

2. Menjaga Pandangan bagi lelaki yang beriman.

قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

(An-Nuur 24:30)

Dalil di atas merupakan ayat perintah daripada Allah S.W.T. supaya menjaga pandangan kita dan sangat banyak lelaki-lelaki beriman yang gagal melakukannya. Termasuk juga penulis sendiri. Lebih-lebih dunia sekarang sudah canggih, melihat gambar di telefon bimbit pun susah nak dikawal apatah lagi kalau didepan mata.

 

3. Perempuan Yang Beriman perlu Memakai Pakaian yang Menutup Aurat.

Dalil di bawah ini menunjukkan adalah menjadi suatu perkara yang wajib bagi seseorang wanita muslimah untuk memakai tudung yang cukup syaratnya. Ia merupakan perintah direct daripada Allah S.W.T. melalui al-Quran. Jadi, para muslimat semua tidak perlu ragu-ragu lagi sebab ada sesetengah muslimat yang mengatakan tiada dalil tentang memakai tudung di dalam al-Quran. Padahal mereka yang jahil ilmu agama. Lagi satu, menutup aurat di sini bukannya bermaksud membungkuskan aurat ye para muslimat semua.

Firman Allah:

قُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ

katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka;  serta janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka;

(An-Nuur 24:31)

Senang cerita, maksud mengamalkan dan mengikut perlembagaan al-Quran adalah dengan taat kepada segala perintah Allah yang termaktub di dalam al-Quran. Disebabkan al-Quran diturunkan dalam bahasa arab, jadi kita perlu berguru untuk mempelajarinya. Ia adalah step pertama untuk menjadi orang yang mengetahui hukum-hakam al-Quran dan untuk mengamalkannya.

Sebagai peringatan kepada anda semua dan juga diri saya. Saya memetik kata-kata daripada Imam Al-Ghazali,  “Anda boleh hidup dengan cara yang anda mahu tetapi ingat, anda akan mati suatu hari nanti. Anda boleh lakukan segala apa yang anda mahu, tetapi ingat, anda semua akan dihisab di hari Akhirat nanti”. Iaitu pada hari yang tidak ada sebarang kawan atau keluarga pun yang dapat menolong kita. Hanya Nabi Muhammad S.A.W. sahaja yang dapat memberi syafaat kepada kita semua dengan izin Allah.

Firman Allah:

يَوْمَ لَا يُغْنِي مَوْلًى عَن مَّوْلًى شَيْئًا وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ

Iaitu hari seseorang kerabat atau sahabat karib tidak dapat memberikan sebarang perlindungan kepada seseorang kerabat atau sahabat karibnya, dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan (untuk menghapuskan azab itu),

(Ad-Dukhaan 44:41)



Tetapi, jika Quran pun tidak dipelajari, bagaimana hendak diamalkan? Jika ini berlaku kepada kita, adakah kita akan terpilih  untuk menjadi  salah seorang yang diberi syafaat oleh Nabi Muhammad SAW? Sahabat-sahabat sekalian, marilah kita berhijrah dan perlahan-lahan mempelajari dan mengamalkan al-Quran. Semoga dengan itu kita akan tergolong dalam kalangan yang mengamalakan al-Quran. Insya Allah.

Wallahua`lam.

Comments

comments

Related Post

Dalil Tentang Manusia Yang Seperti Binatang Ternak... ﷽ Segala Puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana, Alhamdulillah selepas hadir ke kuliah magrib Dr Mohd Ali Saripan Al Hafiz, saya telah dapat b...
Abdurrahman Bin Auf R.A – Dermawan Yang Dija... ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
Akhlak Mulia Adalah Hasil Yang Terbaik ﷽ Segala Puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana, Input-input pada kali ini saya dapatkan daripada kuliah subuh yang disampaikan oleh Prof. Dr....
Apakah Sambutan Maulidur Rasul Anda? ﷽ الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وسلم وبارك على عبده ورسوله، نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وبعد Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.