Jangan Takut Syaitan dan Hanya Takut Kepada Allah

Jangan-Pernah-Takut-Kepada-Syaitan-Malaya-Journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda selepasnya.

Syaitan, iblis atau jin (fasik dan kafir) adalah di antara benda-benda ghaib yang diajarkan oleh al-Quran. Jadi, kita sebagai seorang Muslim wajib mempercayainya tetapi kita perlu ingat. Mereka ini adalah musuh kita dan kita perlu memperkemaskan ilmu kita untuk mengalahkan mereka semua. Kerana syaitan tidak akan pernah berputus asa menghasut anak-anak Adam untuk ke neraka Allah.



Antara dali-dalil tentang syaitan di dalam al Quran.

1. Jangan makan bersama mereka.

A168

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.

(Al-Baqarah 2:168)

Kerana syaitan paling banyak makan bersama manusia. Jika kita makan dan minum dengan tangan kiri atau makan tanpa  membaca bismillah, itu tandanya kita makan bersama mereka. jadi, pastikan kita sentiasa memperaktikkan sunnah Baginda SAW di dalam setiap kehidupan kita.

 

2. Syaitan menakutkan kita dengan kemiskinan.

A268

Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.

(Al-Baqarah 2:268)

Tetapi anda semua harus faham mereka ini hanya melakukan tipu daya sahaja. Segala janji mereka hanyalah janji dicapati sahaja. Kerana mereka tidak ada kuasa langsung untuk menyekat rezeki daripada Allah SWT. Jadi, jangan takut untuk bersedekah kerana takut tak cukup makan dan khuatir akan jatuh miskin. Itu semua hanyalah bisikan yang tidak ada sebarang mudharat pun.



3. Semua yang disembah selain Allah, akan ada syaitan.

A117

Apa yang mereka sembah yang lain dari Allah itu, hanyalah berhala-berhala (makhluk-makhluk yang lemah), dan mereka (dengan yang demikian) tidak menyembah melainkan Syaitan yang derhaka;

(An-Nisaa’ 4:117)

Berdasarkan ayat di atas, segala berhala, patung, kubur, bomoh dan apa-apa lagi yang disembah manusia selain Allah adalah tipu daya mereka semata-mata. Mereka inilah punca utama umat islam telah sesat dan jatuh kafir. jadi, kita mesti faham bahawa kita hanya sembah pada Allah SWT sebagaimana firman Allah:

A056

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

(Adz-Dzaariyaat 51:56)

 

Antara ciri-ciri Serangan Syaitan.

1. Serangan Was-was.

Serangan ini sangat banyak sekali dan serangan syaitan inilah yang terbesar sekali. Kemuncaknya adalah sehingga, mereka  dapat menimbulkan keraguan sampai orang-orang Islam terkeluar daripada Islam tanpa disedari.



2. Menebarkan ketakutan di tengah manusia.

Ketakutan ini adalah dalam segala hal. Sebagai contoh, syaitan menakutkan-nakutkan kita dengan kemiskinan apabila hendak bersedekah di siang hari, takut pengsan berpuasa sunat di siang hari, takut bangun untuk solat di malam hari. Akhirnya, orang-orang Muslim yang berjaya ditakutkan akan ragu-ragu untuk berbakti dengan ibubapa kerana takut isteri marah ataupun membuatkan orang ragu-ragu nak buat ibadah.

Justeru, untuk membantu kita mengalahkan syaitan-syiatan tersebut, Allah berfirman:

A175

Sesungguhnya (pembawa berita) yang demikian itu ialah syaitan yang (bertujuan) menakut-nakutkan (kamu terhadap) pengikut-pengikutnya (kaum kafir musyrik). Oleh itu, janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepadaKu (jangan cuaikan perintahKu), jika betul kamu orang-orang yang beriman.

(A-li’Imraan 3:175)

 

3. Menimbulkan permusuhan dan kebencian di kalangan orang-orang beriman.

Firman Allah:

A091

Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?

(Al-Maaidah 5:91)

Dengan permusuhan dan kebencian inilah umat islam akan berpecah belah dan saling menumpahkan darah di seluruh dunia.  Hal ini sangatlah penting untuk kita menyedarinya kerana masih ramai yang tertipu dengan tipu daya mereka.



4. Syaitan menghalang orang-orang Islam mengingati Allah.

Di antara caranya adalah syaitan memalaskan kita untuk solat berjemaah, berzikir, membaca dan mentaddabbur Quran dan sebagainya. Akibatnya,  apabila kita tidak melakukannya, kita menjadi lemah dan mudah untuk dihasut oleh mereka kerana iman yang lemah. Bak kata pepatah, serigala tak makan kambing yang dalam kelompoknya kerana serigala akan target kambing yang keseorangan dan samalah seperti syaitan juga. So, cara terbaik caranya banyakkan berzikir dan pergilah solat berjemaah di Masjid.

 

5. Syaitan Masuk dalam pintu amarah dan syahwat.

Caranya terbaik untuk mengahalangnya adalah dengan membaca istiazah kalau marah. Manakala, dari segi syahwat pulak, lepaskan syahwat kita pada yang halal sahaja. Contohnya, bersetubuh dengan isterinya.

 

6. Jangan tergesa-gesa.

Orang Mukmin tidak tergesa-gesa. Kerana ketelitian daripada Allah dan tergesa-gesa pula adalah daripada syaitan. Dua perkara disukai Allah adalah sabar dan tidak tergesa-gesa. Sebab tu salah satu perkara yang ditegah Rasul adalah jangan tergesa-gesa ketika solat.



7. Terlampau Kenyang dengan makanan.

Orang islam dilarang makan sampai terlalu kenyang. Makan sekadar secukupnya sahaja kerana ada sesetengah daripada kita yang makan sampai takleh bangun dan terpaksa bukak tali pinggang sebab perut terlampau kenyang. Selain itu, banyaknya makan seseorang itu akan mendatangkan 10 sifat tercela:

  • Menghilangkan rasa rakut kepada Allah.
  • Menghilangken belas kasih terhadap orang lain dalam hatinya kerana mereka menangka semua orang kenyang dan makanan lazat ini dipunay sahaja.
  • Memberatkan ketaatan kepad Allah,
  • Taidak mendengar kata-kata hikmah – susah nak konsentrasi dan jadi malas.
  • Jika mengajar, kata-kata mereka tidak dapat menyentuh hati orang lain krn dikuasia syaitan.
  • Dapat menyebabkan tertimpa banyak penyakit – seburuk-buruk tempat punca penyakit adalah perut. Akan menjadi penyebab penyakit.
  • Syaitan masuk untuk menambah kemalasan dalam ketaatan dan melakukan hal-hal yang diharamkan.
  • Teman yang buruk – syaitan memuji teman yang buruk supaya diikuti kerana teman sgt memberi kesan terdahap seseorang. Tukang minyak wangi dan tukang besi.syaitan akan sentiasa membuatkan kita berkawan dengan org2 fasik dan zalim.
  • Menggabungkan tempat bakhil, pelit, hasut, rakus harta, fanatik denga mazhab dan hawa nafsu, memikirkan zat Allah dan sangka buruk dengan muslimin yang lain.

 

Cara mengatasi Tipu Daya Syaitan.

  1. Selalu zikrullah supaya syaitan tidak bisa masuk. Kerana dengan zikrullah akan menutup pintu-pintu syaitan.
  2. Membaca Istiazah ketika marah.
  3. Mengambil Wuduk kerana syaitan itu daripada api dan air akan memadamkan api.
  4. Membaca doa dan Isitiazah ketika bersetubuh bersama isteri yang sah.
  5. Baca 3 kul, tiup di tangan dan sapu ke seluruh badan.
  6. Membaca ayat kursi sebelum tidur.
  7. Jangan keluar di waktu maghrib.
  8. Jauhkan diri kita daripada tempat syubhat dan tempt ibadah org kafir kerana laknat Allah sedang turun di situ.
  9. Ketika menguap, tutup mulut kerana syaitan akan menguasainya dengan membuatkan rasa mengantuk.
  10. Masukkan air ke dalam hidung ketika mengantuk.



Kesimpulannya.

Syaitan itu lemah, kecil dan terhina. Orang-orang Islam harus faham kelemahan mereka ini. Sebab dalam filem horror syaitan atau jin digambarkan sangat kuat dan besar padahal itu semua dusta. Mereka hanya mampu bisik sahaja kepada kita dan tidak mampu untuk memcederakan kita secara fizikal.

Jadi, jauhkan diri kita daripada menonton cerita horror jika cerita itu dapat menakutkan kita. Itulah hanya permainan mereka untuk menakutkan kita sahaja. Semua yang buruk akan dihiasi syaitan  dan bacalah bismillah serta istiazah untuk mengalahkan mereka. Saya masih ingat lagi pesanan daripada Ustaz Khalid Basalamah, kalau seorang itu tdak takut kecuali pada Allah (sangat dekat dengan Allah), maka syaitan tidak akan berani malah lari apabila berjumpa dengan orang tersebut. Tetapi kalau kita takut pada mereka, syaitan akan menjadi-jadi.

Akhir kalam, syaitan itu sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia. Tidak ada yang dapat menghalang seseorang Muslim untuk ke syurga dengan ibadahnya. Mereka hanya mampu bisik sahaja dan kita tinggal lawan sahaja godaan syaitan ini maka Allah akan menjanjikan kita syurga. Insya Allah.

Sebagai nasihat kepada diri saya dan anda semua, sentiasa berhati-hati dan waspada untuk membezakan adakah itu bisikan syaitan atau nasihat malaikat. Iaitu dengan selalu berhati-hati hidup di dunia ini dengan merasai ada musuh yang sedang membisikkan untuk memjahanamkan kita iaitu syaitan.



Jangan dikuti syaitan itu. Ada dua jalan sahaja, jalan Allah dan jalan syaitan. Pilihlah jalan Allah. Semoga kita sentiasa istiqomah dengan amal ibadah kita hingga ke akhir hayat kita. Aamin.

Wallahua`lam.

 

Comments

comments

Related Post

8 Lorong Syaitan Yang perlu Dijauihi Kita sebagai seorang mukmin wajiblah memusuhi syaitan dan iblis, sebagaimana Firman Allah: "Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikan...
Bagaimana Manusia Lalai Ditipu Iblis dan Syaitan ﷽ الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وسلم وبارك على عبده ورسوله، نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وبعد Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.