Jangan Tangguh Rahsia Kejayaan Seorang Muslim

Jangan-tangguh-kerja-Malaya-Journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda selepasnya.

Tajuk yang akan kita bincangkan hari ini adalah tentang jangan tangguh kerja kerana saya baru sahaja mempelajari hadith  tersebut setelah diajarkan oleh Ustaz Datuk Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri pada kuliah maghrib bersamaan 3 Mac 2018. Beliau merupakan seorang yang sangat faqih ilmu dan tidak hairanlah mengapa beliau dipilih untuk menjadi Mufti Wilayah.

Hadis tersebut telah diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan juga ditulis dalam kitab Hadis 40 Imam An-Nawawi (hadis ke-40). Lafaz hadis tersebut adalah seperti di bawah:

Maksudnya: Daripada lbnu ‘Umar r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda: Hiduplah engkau di dunia seolah-olah engkau orang asing atau musafir . lbnu ‘Umar r.a. pernah berkata: Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi danapabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang. Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

(Sahih al-Bukhari, no.4616)



Setelah lebih kurang 52 minit kuliah maghrib bersama Dr. Zulkifli berlangsung, saya telah berjaya menyalin bebrapa isi-isi penting di bawah untuk dikongsi bersama anda semua:

Pengajaran Hadis- 40: Jangan Bertangguh.

Kenapa Nabi SAW menasihati kita supaya hidup seperti orang bermusafir atau orang asing?

Jawapannya adalah kerana apabila kita berasa kita ini sedang bermusafir atau menjadi orang asing, kita akan berasa:

  • Ini bukan tempat asal kita sebab kita faham betul bahawa kita singgah kejap je di sini.
  • Kita akan rasa nak balik tempat asal kita dan tak sedap nak duduk di tempat asing ini lama-lama.
  • Orang musafir atau orang asing ini akan sentiasa memastikan bekalan yang dibawa adalah cukup sama ada pergi atau pun pulang.
  • Orang musafir juga sangat peka akan masa kerana takut terlepas flight kapal terbang, bas dan sebagainya.

Disebabkan empat sebab di atas inilah, Rasulullah SAW menasihati kita semua secara tidak langsung melalui Ibnu Umar R.a. Dengan tujuan supaya kita akan faham kehidupan di dunia adalah kehidupan sementara dan akhirat jua yang kekal abadi.

Kerana itu,  umat Islam diminta agar mengutamakan soal akhirat dan mengambil dunia seumpama seorang musafir lalu atau seorang dagang, yang hanya membawa barang keperluan di perjalanan. Bukannya membawa semua barang-barang yang dia ada. Sebab mana ada orang bermusafir bawak barang satu rumah.

Tambahan pula, seorang mukmin itu tidak harus memanjangkan angan-angannya, kerana dia terdedah kepada panggilan maut pada bila-bila masa. Dia semestinya sentiasa berwaspada menghadapi maut. Apabila pagi tiba, seolah-olah dia tidak akan hidup hingga ke petang dan apabila tiba waktu petang, dia merasa seolah-olah dia tidak sempat menghirup udara pagi esoknya.

Mereka inilah orang-orang yang bijak menurut Baginda SAW kerana mereka sering membuat persiapan menghadapi kematian dan tidak menangguh kerja mereka. Mereka  juga menjadi orang yang hebat kerana dalam masa yang sedikit dia dapat siap atau buat banyak benda kerana mereka tidak tangguh kerja. Manakala orang yang lemah pula adalah dalam masa yang panjang, sedikit sahaja yang dia dapat siapkan kerana sering menangguh kerja.



Tetapi, larangan memanjangkan angan-angan dan gesaan agar hidup secara sederhana tidak bermakna
lslam menghalang kemajuan dan kekayaan. lslam membenarkan penganutnya menjadi hartawan dan
menjadikan negara lslam menjadi sebuah negara maju tetapi dengan syarat menjadi seorang mukmin dan negara lslam yang bertaqwa. Iaitu segala kemajuan dan kekayaan ditujukan untuk ke syurga Allah SWT bukan dunia semata-mata. Sebagaimana yang telah Saidinar Abdurrahman bin Auf R.a. tunjukkan dalam kehidupannya sehariannya.

 

Kesimpulannya.

Rupanya-rupanya, amalan tangguh sesuatu perkara ini adalah suatu amalan yang membinasakan orang-orang Islam di seluruh dunia. Kerana perkataan seperti “nanti” atau “akan” adalah penghalang utama kita daripada mencapai kejayaan. Maka betullah kata-kata yang diucapkan oleh Ustaz Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, “Bertangguh sangat bahaya kerana ia adalah  tentera-tentera Iblis“.

Juga, dengan erti kata lain, berdasarkan hadis-40 di atas ini, Nabi Muhammad SAW sebenarnya telah mengajar orang-orang Islam tentang ilmu membahagikan masa dan menggunakan masa dengan bersungguh-sungguh. Jika di Barat, mereka memanggil  ilmu ini adalah sebagai ilmu “Time Management” dan mereka baru sahaja menjumpai ilmu ini lebih kurang dalam 80 tahun yang lalu.

Padahal ilmu “Time Management” ini sudah diajarakan oleh Rasulullah SAW  sejak 1439 Hijrah yang lalu. Dan patutlah para sahabat Rasulullah ini semuanya sangat luar biasa pencapaiannya sama ada dalam bidang peperangan, pemerintahan negara, pengurusan masalah rakyat, amal soleh mahupun ilmunya.

Oleh itu, dua kesimpulan yang disimpulkan oleh Ustaz Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri adalah kita mesti pandai melakukan dua perkara di bawah sebaik mungkin:

  • Time Management kita mesti disusun mengikut minit bukan mengikut jam. Iaitu gunakan setiap minit untuk mempersiapkan bekalan kita ke akhirat nanti dan lakukan dengan bersungguh-sungguh kerana Allah SWT.
  • Spend Quality Time iaitu tidak semestinya harus berjam-jam lamanya. Tetapi yang penting adalah pastikan kita fokus keberadaan kita di saat itu kerana kebanyakannya fikiran kita melayang-layang ke tempat lain semasa melakukan sesuatu (tak khusyuk). Termasuklah saya juga.



Kalaulah orang-orang Islam sudah belajar dan praktikkan balik apa yang kita sudah pelajari melalui hadis ke-40 daripada Kitab Hadis An-Nawawi ini. Insya Allah, zaman kegemilangan Islam dapat dikembalikan. Justeru ingatlah, wahai saudara dan saudariku semua, masa untuk kita mempelajari ilmu dan mengamalkan segala ajaran Baginda SAW sudah tiba. Kalau takde lagi kitab hadis 40 karangan Imam An-Nawawi, anda bolehlah klik di gambar di bawah untuk membelinya.


Kerana hanya dengan mengamalkan ilmu tersebut Islam akan bangkit mengalahkan satu dunia. Sekarang kita hanya fokuskan untuk belajar dan amal sahaja. Insya Allah boleh. Jangan tangguh-tangguh lagi! Selamat beramal semua.

Wallahua`lam.

Comments

comments




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.