Jom belajar hadis qudsi

Jom belajar Hadis-Qudsi-Malaya-Journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda selepasnya.

Di 10 malam terakhir di bulan Ramadhan yang mulia ini, Admin harap anda semua dapat mengamalkan amalan-amalan 10 malam terakhir dengan istiqomah hendaknya. Tapi, kali ini jom kita belajar hadis qudsi pulak sebab Admin tertarik betul dengan ceramah pendek yang disampaikan oleh Ust Umar Muhammad Noor ketika daurah 40 HADITH QUDSI karangan Shaikh Mulla ‘Ali al-Qari dijalankan yang bertempat di Masjid Hussain, Seremban 2.

Terima kasih juga kepada pihak Sakeena TV kerana telah merakam daurah tersebut dan upload di YouTube. Semoga Allah memberkati usaha mereka semua dan memberikan ganjaran yang berlipat kali ganda. Dan ini jugalah diantara kelebihan internet yang perlu dimanfaatkan di zaman moden ini. Sebab admin tak pernah sampai pun Masjid Hussain dan tak pernah jumpa pun UstUmar Muhammad Noor.

Namun, dengan menggunakan internet ilmu telah dapat disampaikan kepada kita semua dan selama ini kebanyakannya Admin selalu dengar kuliah hadis nabawi je. Hadis qudsi jarang-jarang. Tapi, lepas dengar kuliah online 40 hadis qudsi ini, masya Allah. Banyak betul ilmu baru yang admin dapat.

 



Dua hadis qudsi di bawah ini, Admin syorkan anda semua dengar sendiri sebab ia sangat berkait dengan kehidupan kita seharian. Bila hadis qudsi ini juga, Admin seperti tersentap dari tidur rasanya. Banyak betul rupanya yang Admin tersilap. Satu video hadis qudsi ni pun tak panjang. Dua-dua video bawah 10 minit.

 

Hadith 3 – Anak Adam Mencela Masa

 

Recap hadis qudsi di atas:

  • Allah SWT tak suka kita mencela masa.  Yang bermaksud kita merasakan  sesuatu terjadi kepada kita adalah disebabkan nasib baik atau nasib buruk kita. Padahal Allah SWT yang menjadikan sesuatu, nasib tidak ada kena-mengena dan tidak ada sebarang kuasa pun. Allah SWT tak suka kita cakap macam ini. Sepatutnya semuanya dinisbahkan keapda Allah SWT kerana semua segala susautu di tangan Allah. Allah yang menentukan perkara ini. Yang membuatkan orang menjadi kaya adalah Allah SWT, yang menjatuhkan orang yang berkuasa juga  Allah SWT.  Yang mengkayakan orang miskin, Allah SWT jugak dan yang menjayakan orang gagal pun masih Allah SWT.  Hal ini kerana Allah SWT yang menentukan segala sesuatu.
  • Peringatan kepada kita semua bahawa kita dapat rezeki, Allah yang bagi. Bukan company, bukan boss kita, bukan ibubapa kita dan juga bukan suami/ isteri kita. Faham betul-betul sebab ramai yang tersilap akan siapa yang sebenarnya yang sedang Member, termasuklah Admin juga. Ingat, hanya Allah SWT yang Maha memberi Rezeki.



Hadith 4 – Aku Sakit Namun Engkau Tidak Menziarahiku

 

Recap hadis qudsi:

  • Point pada hadis qudsi di atas hanya  tiga saja tapi maksudnya tidak terbatas kepada tiga golongan di atas sahaja. Maksunya, jika ada orang susah kita hulurkan bantuan sekadar kemampuan. Hadis ini menganjurkan kita supaya banyakkan membantu orang susah dan bergembiralah jika kita mampu tolong lagi ramai orang. Tapi jangan riyak pulak.
  • Pesanan Ust Umar Muhammad Noor berkenaan sifat seorang mukmin yang pada hadis di atas sangat berbekas di hati Admin. Iaitu kita orang Muslim digalakkan supaya dapat membuka banyak peluang pekerjaan kepada orang ramai. Yang bermaksud, kita buka syarikat bukan untuk memperkaya diri tapi untuk membantu orang ramai yang tiada pekerjaan. Supaya dengan pekerjaan itu,  mereka dapat bekerjan mencari rezeki yang halal untuk family mereka melalui bisnes kita itu. Disebabkan itu, Admin sudah bertekad untuk kerja rajin-rajin supaya bisnes Admin semakin maju dan dapat ambil lagi ramai pekerja. Aamin.

Wallahua`lam

Comments

comments




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.