Jom Hafal Al-Quran

Jom-Hafal-Quran-Malaya-Journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda selepasnya.

Hari Jumaat ni kalau ikut kempen hafal al-Quran, hari ini adalah hari untuk sesi muraja’ah sahaja. Jadi, Admin nak tanya sikit, siapa kat sini yang dah cuba follow cara nak hafal Quran seperti yang diajarkan oleh Ustaz Adi Hidayat? Kalau ada, Alhamdulillah.

Sebenarnya hari ini, Admin nak update dengan korang semua tentang hafalan korang semua dah sampai mana dah. Sebab hari ini, Alhamdulillah dengan izin Allah, Admin dah hafal 48 ayat surah al-Baqarah. Walaupun tak banyak tapi slow-slow la, umur 30 tahun nanti insya Allah hafal 30 juzuk. Doakan Admin tau.



Sebenarnya juga, kalau ikut jadual hafalan sepatutnya Admin hafal dalm 60 ayat jugak la. Tapi, admin stop satu minggu lebih jugak sebab nak hafal surah Al-Mulk. Supaya senang sikit nak amal baca surah al-Mulk sebelum tidur. Dan Alhamdulillah, Admin berjaya hafal surah Al-Mulk setelah satu minggu lebih.

Alang-alang dah cerita pasal surah al-Mulk ini, meh nak share kelebihan membaca surah al-mulk. Iaitu setiap orang yang membaca surah al-mulk akan mendapat pertolongan Allah di alam kubur nanti. Ada dalil tak? Mestilah ada, dalilnya adalah seperti di bawah:

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ عَبَّاسٍ الْجُشَمِىِّ عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ  إِنَّ سُورَةً مِنَ الْقُرْآنِ ثَلاَثُونَ آيَةً شَفَعَتْ لِرَجُلٍ حَتَّى غُفِرَ لَهُ وَهِىَ سُورَةُ تَبَارَكَ الَّذِى بِيَدِهِ الْمُلْكُ

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Basysyar, telah menceritakan pada kami Muhammad bin Ja’far, telah menceritakan kepada kami Syu’bah, dari Qotadah, dari ‘Abbas Al Jusyamiy, dari Abu Hurairah, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda, “Ada suatu surat dari al qur’an yang terdiri dari tiga puluh ayat dan dapat memberi syafa’at bagi yang membacanya, sampai dia diampuni, yaitu: “Tabaarakalladzii biyadihil mulku… (surat Al Mulk)

(HR. Tirmidzi no. 2891 dan Ahmad 2/299).



So, disebabkan hadis di atas ni, senang cerita, Nabi SAW dah bagi soalan bocor habis dah ni. Kita tinggal amalkan baca surah al-Mulk je pada setiap hari. Takkan tu pun tak boleh.  Admin merayu kepada anda semua supaya sentiasa baca surah ini. Tapi, kalau malas sangat, paksa diri baca lepas solat isyak. Yang penting anda semua baca surah al-Mulk pada setiap hari.

Sebagai seorang Islam, kita sudah banyak kali dengar yang azab kubur sangatlah pedih kalau diseksa dan kita sorang-sorang pulak tu. Takde orang boleh tolong kita walaupun orang itu macam mana hebat sekalipun. Sebab itulah, Nabi Muhammad SAW ajarkan kita hadis di atas untuk membantu umatnya semasa di dalam kubur. Punyalah baik dan sayang Baginda SAW terhadap kita. Ye, anak-anak soleh yang mendoakan kesejahteraan kita pun boleh membantu tapi tak bolehlah nak harap diorang sangat. Diorang pun ada banyak perkara nak dibuat macam kita sibuk dengan hidup kita.

Senang cerita hafal je surah al-Mulk ni dan amalakan membacanya sebelum tidur. Tak sampai lima minit pun. Baca sambil baring pun boleh. Itulah antara manfaatnya jika kita menghafal al-Quran. Nak amal pun senang, nak dapat pahala pun senang. Insya Allah semoga kita semua terlepas daripada seksa alam kubur. Aaamin.

Tapi, satu lagi kelebihan bila korang dah hafal quran ini adalah korang semua akan berasa nikmat apabila membacanya ketika solat sunat tahajud. Ini adalah pengalaman Admin sendiri. Kerana Admin terdengar Sheikh daripada Arab Saudi cakap solat tahajud ini lagi baik kita panjangkan sebab Nabi SAW pun baca surah panjang-panjang.

 

Secara jujurnya, Admin teringin jugak nak baca satu,dua, tiga juzuk Quran ketika solat tahajud macam Nabi SAW, para sahabat dan para salafus soleh selalu buat di zaman dahulu. Tapi takpe, Bak kata orang putih, slow anda steady win the race. Yang paling penting kita cuba sedaya upaya untuk sampai ke tahap tu. Ingat, Allah SWT tak tengok pencapaian kita tapi Allah SWT melihat usaha kita dan jika betul-betul kita mahukannya pasti Allah akan memandu kita ke arah-Nya. Sebagaimana Firman-Nya:

A069

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.

(Al-‘Ankabuut 29:69)



Kesimpulannya.

Korang pernah tak tertanya-tanya tak, sebab apa orang-orang alim di zaman Rasulullah dan para salafus soleh mampu solat punyalah khusyuk dan lama pulak tu. Jawapannya satu je, diorang dah dapat rasa nikmatnya beribadah kepada Allah. Kita ni pulak, solat sunat dan solat wajib pun masih kena paksa diri untuk melakukannya.

Dan cara untuk sampai kepada tahap ini adalah dengan ilmu sahaja. Jaid jom belajar al-Quran dan hadis baginda SAW. Semoga dengan ilmu-ilmu ini, kita akan semakin yakin sebagaimana para sahabat yakin dengan janji Allah dan Rasul. Dengan itu, semoga Allah kurniakan kepada kita semua khusyuk dalam solat dan yakin tanpa ragu-ragu lagi. Aamin.

Last question sebelum Admin tutup artikel ini. Apa tanda kita yakin dengan Allah tapi masih ragu-ragu lagi? Jawapannya senang sahaja dan ia sudah dibuktikan dengan amalan kita sehairian. Sebagi contoh, Allah SWT menjanjikan 10 kebajikan bagi setiap huruf yang dibacakan dalam al-Quran tetapi berapa ramai orang Islam yang baca al-Quran setiap hari? Sangat sedikit. Solat berjemaah pulak pahalanya melebihi 27 darjat tetapi berapa ramai yang masih solat dirumah tanpa menghiraukan solat berjemaah 5 waktu. Bahkan ada yang tak kisah langsung pun solat berjemaah ni. Diorang ingat solat berjemaah ini untuk time solat jumaat, solat tarawih, solat mayat dan solat sunat hari raya sahaja.



Sebab itulah, kita perlu didik generasi kita dengan ilmu agama yang cukup. Dah besar memang terlambat. Nak lagi cantik, galakkan diorang hafal al-quran. Semoga kita semua sentiasa tergolong dalam kalangan orang sentiasa melakukan ketaatan dan memiliki kenyakinan para sahahafal bat. Aamin.

Wallahua`lam.

Comments

comments

Related Post

Keistimewaan Al Quran kepada Seluruh Manusia ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
Nabi Muhammad SAW dan Al-Quran Berpisah Tiada! ﷽ Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Sekelian Alam. Selawat dan Salam untuk Rasulullah S.A.W. dan Tiada Nabi lagi selepasnya, Pembawa Rahmat Keselur...
Kempen Hafal Al Quran 30 Juzuk ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
Dalil Tentang Manusia Yang Seperti Binatang Ternak... ﷽ Segala Puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana, Alhamdulillah selepas hadir ke kuliah magrib Dr Mohd Ali Saripan Al Hafiz, saya telah dapat b...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.