Jom lahirkan sifat Rasulullah SAW dalam diri kita

Jom-lahirkan-sifat-Rasulullah-SAW-dalam-diri-kita-Malaya-Journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda selepasnya.

PRU 14 sudah selesai dan Tun Dr Mahathir pun dah angkat sumpah jadi perdana menteri ke tujuh. Maka selesailah proses mengundi secara demokrasi di Malaysia ini. Tapi hari ini bukanlah penulis nak bincang tentang PRU 14. Sebaliknya, penulis nak kongsi tentang sifat Rasulullah SAW iaitu berkenaan ciri-ciri pemimpin yang paling agung di atas muka bumi ini.

Dengan harapan, bakal pemimpin kita sama ada menteri kabinet, menteri besar dan wakil ADUN dapat mengambil iktibar dengan penulisan kali ini. Iaitu dengan melahirkan sifat Rasulullah SAW dalam diri mereka. Namun, penulis takdelah nak cerita semua sifat-sifat yang ada pada diri Rasulullah SAW. Rasanya lebih kurang 5 sifat Rasulullah sahaja, yang penulis akan kongsikan.

Sebelum bermula, penulis hendak ingatkan kepada anda semua bahawa di antara salah satu tugas Nabi Muhammad SAW diturunkan ke dunia adalah untuk menyempurnakan akhlak kita semua. Kata kuncinya adalah menyempurnakan iaitu kita ada akhlak tapi kurang akhlaknya. Jadi, Nabi Muhammad SAW diturunkan sebagai contoh terbaik untuk dijadikan teladan dalam setiap aspek kehidupan sama ada dalam sistem pemerintahan negara atau pun kekel



Menurut penjelasan, Dr Zulkifli Al-Bakri, kita sebagai manusia akan okay bilamana kita ada jati diri akhlak. Tetapi, apabila akhlak kita runtuh, maka bangsa dan masyarakat kita juga akan runtuh. Begitulah hebatnya kesan akhlak. Ia boleh menaikkan martabat dan juga menjatuhkan martabat kita. Disebabkan itu, Nabi Muhammad SAW diturunkan untuk membetulkan sistem yang pincang di atas muka bumi ini. Iaitu satu sistem yang berqiblatkan syaitan dan hawa nafsu.

Usteru, untuk mengatur kehidupan manusia. Allah SWT menghantarkan Nabi SAW sebagai panduan yang mengajar akan kitab al-Quran dan untuk membersihkan jiwa manusia. Pertama sekali, Nabi SAW mengajar umatnya membaca al-Quran sehingga kehidupan yang jahil bertukar menjadi sangat hebat. Dan ajaran al-Quran ini bukan ditujukan untuk zahir sahaja tapi jiwa sekali.

Iaitu dengan membuang sifat dalam lubuk hati manusia seperti  hasad dengki, dendam kesumat, tamak haloba dan lain-lain lagi untuk dinyahkan segala sifat-sifat tersbut. Kemudian digantikan pula dengan sifat tawaduk, ikhlas, warak, zuhud dan sifat-sifat yang mulia dan mahmudah.

Yang ini merupakan paling sukar untuk dilakukan dalam kehiduapn manusia. Tapi Nabi SAW dapat menngajarkannya. Tugas ini bukanlah mudah kerana manusia bukan macam haiwan terbakan seperti kambing. Hal ini kerana mereka suka akan kebebasan tetapi biarlah kebebasan itu dikawal dengan ilmunya, hidayah dan takwa kepada Allah.  Ketiga-tiga inilah yang akan benteng kita daripada sifat-sifat yang tak baik itu.



Disebabkan itu, Allah SWT menghantar Nabi yang terbaik. Pertama,  sifat Rasulullah SAW dari segi fizikal semuanya adalah yang terbaik. Kedua, Nabi SAW mempunyai akhlak yang paling unggul. Sebagaimana firman Allah SWT:

68_4

Dan bahawa sesungguhnya engkau(Nabi Muhammad SAW) mempunyai akhlak yang amat mulia.

(Al-Qalam 68:4)

Menurut Dr Zulkifli Al-Bakri, ayat di atas menujukkan pujian daripada Allah SWT terhadap sifat Rasulullah SAW. kerana mempunyai sifat atau akhlak yang terunggul.  Dan akhlak setinggi ini  tidak ada pada mana-mana manusia sekalipun. Hal ini kerana, akhlak atau sifat Rasulullah SAW bukanlah dikira sebagai akhlak mulia tetapi ia dipanggil akhlak yang terunggul dan terbaik. Ia diibaratkan seperti sifat atau akhlak  itulah yang ikut Nabi SAW bukan sebaliknya. Sebagai contoh, segala apa yang Nabi SAW buat ketika marah, itulah yang kita patut buat dan ikut.

 

Sifat-Sifat Rasulullah SAW.

1. Rasulullah SAW seorang yang benar dalam kehidupannya.

Yang bermaksud, segala tindak-tanduk Nabi Muhammad SAW adalah benar dan tidak pernah berdasarkan pandangannya atau pun mengikut hawa nafsunya. Firman Allah Ta’ala:

53_3

Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.

(An-Najm 53:3)

Benar apa 4 jenis:

  • Benar percakapan. Nabi SAW sepatah pun tidak pernah berkata bohong sejak daripada kecil.
  • Benar perbuatan. Sebagai contoh,  datang lambat atau punctual itu bukanlah benar dalam perbuatan.
  • Benar niat. Muka dia pun akan benar kalau niat dia benar. Iaitu boleh cam muka dia bukan muka penipu. Sebagai contoh, apabila Nabi SAW sedang berdakwah di Mekah, ramai yang tahu bahawa kebenaran berbekas pada muka Nabi SAW. Mereka sedar bahawa segala apa yang dikatakan Baginda SAW adalah benar. Cuma nafsu yang menghalang mereka daripada memeluk agama Islam.
  • Benar kehidupan paling susah. Hal ini kerana, benar dalam kehidupan apabila anda buat tiga perkara di atas sehingga terjelma kebenaran dalam kehidupan anda.



2. Rasulullah SAW seorang yang sangat berani.

Sebagai contohnya, Dr Zulkifli Al-Bakri menceritakan bahawa Nabi SAW pernah menolong orang menuntut haknya yang dirampas oleh Abu Jahal. Dan orang yang meminta tolong daripada Rasulullah SAW ini pula tidak tahu bahawa, Baginda SAW dan Abu Jahal adalah bermusuhan kerana agama Islam.

Padahal, ketika itu Abu Jahal gangster habis dan pembesar orang-orang Quraish yang digeruni. Namun, Nabi SAW dengan tenang sahaja, ketuk pintu di depan rumah Abu Jahal dan menyuruhnya membayar orang itu kembali akan haknya.

Pada ketika itu juga, ada orang follow daripada belakang untuk melihat apa yang akan berlaku. Apabila, Abu Jahal membuka pintu dan melihat Rasulullah SAW, dia sangat terkejut dan terus membayar dengan serta merta. Dan orang itu report kat orang ramai Abu jahal bayar serta merta duit orang tersebut.

Satu lagi peristiwa dan saya rasa anda semua tahu kisah ini. Iaitu ketika sebelum Saidinar Umar Al-Khattab masuk Islam dan on the way ke rumah Abi al-Arkam. Hampir  kesemua sahabat Rasulullah SAW ketar mendengar informasi tersebut. Tetapi Nabi SAW tak takut pun dan siap memberi arahan supaya beri laluan untuk bagi Saidinar Umar Al-Khattab masuk ke dalam rumah.

Selain itu, semasa di Perang Uhud pula. Jika para sahabat berasa takut, mereka akan berlindung di belakang Nabi SAW. Tetapi kena ingat dan faham bahawa Baginda SAW, berani dengan ilmu dan dengan makrifah Allah. Bukannya berani membabi buta.



3. Orang adalah seorang yang sangat pemurah.

Sifat Rasulullah ini paling payah kita nak ikut. Kerana ia bermain dengan harta dan manusia sangat cinta akan harta termasuklah diri penulis juga. Namun, sama-sama kita perlu melatih diri untuk menjadi seorang yang pemurah. Sebagai contoh, semasa Baginda SAW hidup, tidak ada seorang pun yang pernah mintak kat Nabi SAW dan Nabi SAW tidak memberi sesuatu kepada peminta.

 

4. Balas budi, tunai janji dan raikan orang yang berjasa padanya.

Contohnya, jika ada rezeki lebih, salah satu sifat Rasulullah SAW adalah Baginda SAW akan suruh masak banyak kuah dan Baginda akan hantarkan ke rumah kawan-kawan atau saudara-mara Saidatinar Khadijah. Walaupun Ummahatul Mukminin ini sudah lama meninggal dunia. Hal ini kerana, Baginda SAW suka membalas budi orang yang pernah bejasa dengan Baginda.

Selain itu, Baginda SAW  suka sekali ada orang yang kenal Khadijah datang menziarahi Baginda. Dalam sistem kekeluargaan pula,  Rasulullah SAW sangat baik dengan anak, cucu dan keluarganya. Sehingga Baginda SAW bersabda:

نْ عَائِشَةَ رضي الله عنها قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لأَهْلِى. رواه الترمذى

Artinya: “Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata: “Rasulullah Shallallau ‘Alaihi Wasallam berasabda: “Sebaik-baik kalian adalah (suami) yang paling baik terhadap keluarganya dan aku adalah yang paling baik terhadap keluargaku.” 

[Hadits Riwayat Tirmidzi]

Untuk kita amalkan sifat Rasulullah ini. Sekali seminggu, bawalah ahli keluarga untuk kenal majlis ilmu di masjid atau surau. Sebab kita tidak akan larat untuk nasihat ahli keluarga kita hari-hari. So, cara terbaik adalah dengan membawa pergi majlis ilmu di masjid dan biar ustaz  sahaja nasihat.

Walaubagaimanapun, di akhir zaman ini, bab kekeluargaan kita sudah runtuh. Padahal mewah sekali hidup di dunia, pangkat pun tinggi dan harta pula banyak. Tapi tak mewahpula pahala, ilmu dan agamanya. Akibatnya, kadar penceraian begitu tinggi dan sangatlah menggerunkan jika tengok data statistik penceraian di Malaysia.



Oleh itu, langkah pencegahan perlu dilakukan sebelum terjebak dengan ahli keluarga kita. Jinakkan anak dan keluarg kita dengan ibadat, Insya Allah kita akan dpat banyak kebihan.  Dan jangan sesekali lukakan perasaan ahli keluarga, suami, isteri dan anak-anak anda dengan sengaja.

 

5. Manusia yang paling takut kepada Allah SWT.

Di atas muka bumi ini, Nabi Muhammad SAW adalah yang paling takut dan bertakwa kepada Allah.  Dan itu adalah pesanan kita semua kerana Nabi SAW sudah dijamin syurga. Tetapi amal ibadahnya tidak pernah berkurangan sedikit pun.

Dan dengan takwa ini juga, banyak kelebihan kita akan dapat. Firman Allah ta’ala:

7_96

Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

(Al-A’raaf 7:96)

Menurut penjelasan, DR Zulkifli Al-Bakri berdasarkan ayat di atas, dengan takwa itu sama ada rezeki menjadi mudah dan dimurahkan rezeki, mendapat ketenangan atau seronok dalam kehidupan. Sebaliknya, jika tiada takwa dalam kehidupan. Kehidupan anda akan sentiasa bermasalah. Iaitu masalah tak selesai lagi, tambah masalah yang baru pula sehingga kita tak temu punca masalah tersebut. Sentiasa ada sahaja yang tak kena, rupanya takwanya yang kurang.



Kesimpulannya.

Cara terbaik untuk mengamalkan sifat Rasulullah SAW adalah dengan banyakkan menuntut ilmu. Oelh tiu, saya meyeru kepada anda semua supaya mari belajar ilmu agam, banyakkan mendengar kuliah agama dan suburkan dengan sesubur-suburnya. Hal ini kerana, kuliah di masjid terlalu banyak pada zaman sekarang. Jadikan keluarga kita, keluarga yang berilmu. Tuntulah ilmu pada setiap hari.

Wallahua`lam

 

Rujukan.

  1. Akhlaq Nabi Akhlaq Terulung – SS Dato’ Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

 

Comments

comments

Related Post

Akhlak Mulia Adalah Hasil Yang Terbaik ﷽ Segala Puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana, Input-input pada kali ini saya dapatkan daripada kuliah subuh yang disampaikan oleh Prof. Dr....
10 Tanda Kita Mencintai Nabi Muhammad S.A.W ﷽ الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وسلم وبارك على عبده ورسوله، نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وبعد Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.