Jom Muhasabah Solat Kita

Jom-Muhasabah-Solat-Kita-Malaya-Journal

Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Sekelian Alam. Selawat dan Salam untuk Rasulullah S.A.W. dan tiada nabi lagi selepasnya, Pembawa Rahmat Keseluruh Alam.

Muhasabah solat kita merupakan suatu yang patut dilakukan oleh setiap orang Muslim kerana fungsi utama solat itu adalah untuk mencegah seseorang Muslim daripada melakukan kemungkaran di atas muka bumi ini.

Sebagaimana firman Allah:

اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ ۖ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنكَرِ ۗ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ

Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

(Al-‘Ankabuut 29:45)

Pada hari ini, kita akan membincangkan ayat di atas yang telah dirungkai satu persatu oleh Prof. Dr Hasnan Kasan semasa kuliah maghrib beliau berjalan. Berdasarkan ayat di atas, Prof Kasnan telah membahasakan dengan bahasa yang sangat mudah difahami. Marilah kita sama-sama memanfaatkannnya.

Antara isi-isi penting yang telah disampain oleh Prof Kasnan adalah:

1. Perintah agar sentiasa membaca al-Quran.

اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ

Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran..

2. Perintah mendirikan solat.

وَأَقِمِ الصَّلَاةَ

dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun)..

Dan maksud mendirikan solat pada ayat di atas adalah solat yang dilakukan dengan:

  • Sempurna (melakukan segala sunat-sunat).
  • Dilakukan pada awal waktu atau lebih baik secara berjemaah.
  • Dilakukan dalam waktunya bukannya asyik qada’ sahaja (terutamanya subuh).

3. Kesan utama solat yang betul sempurna adalah:

  • Mencegah kita daripada dosa besar dan kecil.
  • Ia akan dapat mecegah seseorang Muslim itu daripada melakukan dosa.
  • Tetapi jika dia buat dosa juga, dia akan segera bertaubat.

4. Contoh benda-benda Mungkar yang perlu ditegah:

  • Pelakon orang-orang putih dan korea yang berpeluk cium dalam kaca tv perlu dielakkan.
  • Pelakon Hindustan yang menari lenggang-lenggok di kaca tv dan ditonton bersama satu keluarga. Nauzubillah.

Kesemua perkara di atas ini hanya sedikit contoh yang disampaikan Prof Kasnan. Ia perlu dicegah sekarang sebelum anak-anak kita sudah besar panjang. Namun, penulis sendiri juga tidak terelak daripada melakukan perkara mungkar ini dan saya akui perkara ini juga banyak berlaku di rumah saya sendiri. Terus terang saya katakan, agak sukar untuk saya lakukan tetapi saya akan terus mencuba melawan nafsu dan syaitan untuk menonton televisyen ini. Tetapi, usaha untuk melawannya perlu diteruskan dan anda semua perlu juga melakukannya. Jom berhijrah bersama-sama.

5.  Hati akan jadi hitam bila dipenuhi dosa.

Akibatnya, anak-anak dan ahli keluarga kita akan malas untuk mendirikan solat, mendengar kuliah di masjid dan membaca al-Quran. Disebabkan itu, pencegahan awal perlu dilakukan sebelum terlambat. Pastikan channel-channel mungkar di rumah anda tidak menayangkan cerita-cerita yang tidak senonoh.

6. Tujuan utama solat adalah untuk mengingati Allah.

وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ

…dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya)…

Maksudnya adalah mengingati Allah (solat) itu lebih besar keutamaannya daripada ibadah yang lain. Seperti yang kita selalu dengar solat itu adalah tiang agama. Oleh itu, ayat di atas menunjukkan perintah mendirikan solat itu menjadi perkara yang paling besar untuk dilakukan secara bersungguh-sungguh dan berdasarkan syariat Allah.

Ingat, solat adalah perkara yang paling awal dihisab semasa hari pembalasan nanti. Jadi, mari kita sama-sama mengejar darjat khusyuk dalam solat. Bak kata Syeikh Zaini Hj Ahmad, solatlah dengah penuh syariat dan makrifat serta jangan pernah sesekali tinggalkan sunat-sunat dalam solat dengan sengaja.

7. Allah sentiasa mengetahui apa yang kita lakukan.

وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ

….dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Ayat di atas ini menerangkan agar kita lakukan solat kerana Allah S.W.T. dengan sempurna di mana-mana sahaja. Kerana pada zaman sekarang, kebanyakan orang-orang Islam (lelaki) hanya memakai jubah yang cantik-cantik serta wangi-wangian yang semerbak harum untuk solat di masjid sahaja.

Jika solat di rumah, kebanyakan mereka hanya memakai baju t-shirt sahaja. Lebih teruk lagi, ada kawan penulis semasa di asrama dahulu, hanya memakai kain pelikat yang diangkatkan ke atas pusat untuk melakukan solat subuh. Sedangkan, jika solat di surau boleh pula dia memakai pakaian yang lengkap.

Justeru, sejauh mana kedudukan Allah S.W.T. di dalam hati kita? Dekat atau pun jauh? Sedangkan Allah S.W.T. sangat dekat dengan kita. Sebagaimana firman Allah:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka), sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

(Al-Baqarah 2:186)

 



Akhir kalam, semoga ilmu ayat surah Al-Ankabut ayat 45 ini, dapat membantu dan menyedarkan kita semua. Semoga dengan mengamalkannya, segala doa kita akan dimakbulkan. Amin. Insya Allah.

Wallahua`lam.

Comments

comments

Related Post

15 Azab Memudahkan Solat ﷽ Segala Puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana, 15 pesanan azab seksa mempermudahkan solat fardhu di bawah telah dipetik di dalam kuliah yang...
Solat Sunat Taubat ﷽ الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وسلم وبارك على عبده ورسوله، نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وبعد Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.