Keburukan Medical Card Anda?

Keburukan-Medical-Card-Anda-Malaya-Journal

Bukanlah saya mengatakan bahawa anda semua tidak ingat akan kematian, cuma kebanyakan orang sekarang hanya mengingati mati tetapi bukanlah seperti zaman parqa nabi, para sahabat, para tabi’in dan para salafus soleh. Perkara ini dapat dilihat apabila orang ramai lebih risau membeli insurans nyawa atau medical card. Katanya sebagai langkah keselematan untuk menghadapi mati.

Ya, memang tidak salah membeli insurans, medical card dan sebagainya. Yang menjadi masalahnya adalah tidak ada satu pun daripada faedah medical card tersebut dapat membantu kita di dalam kubur, semasa dihisab di timbangan Al-Mizan dan semasa melului titian As-Sirat. Jadi mengapa kita sanggup membayar beratus ringgit pada setiap bulan untuk kehidupan yang sementara?

Firman ALLAH:

(3)وَالْعَصْرِ(1)إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ(2)إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

Demi Masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian (gagal) kecuali orang-orang beriman dan beramal soleh (akhlak,pemikiran dan tingkah laku),dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar (Al-Asr 103: 1-3).

Hal ini berlaku  disebabkan mereka ditipu syaitan dan iblis serta dunia yang menjadi ilusi ini telah mengaburi mata-mata mereka. Seterusnya, tujuan utama mereka telah cenderung kepada dunia bukannya untuk beribadah kepada ALLAH dan sudah pastilah dunia yang akan dicarinya. Ini adalah tindakan yang sangat kurang bijak.

Dalam sebuah hadi daripada Ibnu Umar: “Aku pernah bersama Rasulullah S.A.W pada satu ketika. Kemudian, datang kepada Baginda seorang lelaki daripada kalangan Ansar, lalu dia memberi salam kepada baginda dan berkata:

“Wahai Rasulullah, siapakah orang beriman yang paling baik? Lalu Baginda menjawab: “Di antara mereka yang paling baik akhlaknya.” Kemudian dia (lelaki itu) berkata: “Siapakah orang beriman yang paling bijak?” Lalu Baginda menjawab: “Mereka yang lebih mengingati mati dan lebih baik persediannya kepada selepas mati. Mereka itulah orang yang paling bijak” (Riwayat Ibnu Majah) 

Sekarang mari kita kembali kepada perbahasan tentang medical card anda,

Antara faedah medical card adalah:

  • MANFAAT KEMATIAN: Pampasan dibayar sekaligus termasuk Cash Value (RM500,000).

  • MANFAAT HILANG UPAYA KEKAL : Pampasan dibayar dan Caruman PERCUMA dan sijil DITERUSKAN.

  • MANFAAT PENYAKIT KRITIKAL: Pampasan dibayar dan Kos Rawatan Ditanggung Medikal Kad.

  • MANFAAT KEMALANGAN : Kos Rawatan Ditanggung Medikal Kad

Sekarang ini saya mahu bertanya kepada anda semua, dimanakah manfaat selepas mati atau persediannya kepada selepas mati? Jawapannya sudah pasti tidak ada. Sedangkan untuk mendapat manfaat akhirat, anda tidak perlu pun membayar walau satu sen pun pada setiap bulan tetapi masih ramai yang meninggalkannya and melupakannya. Sedangkan mereka sanggup bertungkus-lumus membayar insurans pada setiap bulan. Persoalannya, mengapa mereka tidak bertungkus-lumus bersedia untuk kehidupan selepas mati seperti yang dikata oleh Rasulullah S.A.W. dlam hadis dia atas?

Sebagai contoh, manfaat kematian di atas menyebabkan keluarga anda mendapat pampasan sebanyak RM500,000, tetapi adakah anda yakin anak-anak anda akan mendoakan anda semasa anda berada di dalam kubur?

Jika anda ragu-ragu, masih belum terlambat untuk mengajar mereka untuk mendoakan kita. Mereka adalah medical card kita yang sebenarnya. Ingatlah wahai saudara dan saudariku, setiap daripada kita akan mengalami kematian. Dan apabila kita mati, maka terputuslah segala amalan kita melainkan 3 perkara.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda:

“apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi guna, doa anak-anak yang soleh”

Jadi medical kita yang sebenarnya adalah:

1. Sedekah jariah : Tepuk dada tanya hati, adakah anda selalu bersedekah atau melancong sana-sini? Yang mana satu yang anda lebih utamakan?

2. Ilmu yang bermanfaat: Ilmu yang bermanfaat bermaksud ilmu yang apabila ditinggalkan kepada anak muridnya atau sesiapa sahaja dapat membawa kepada kebaikan dan kesejahteraan. Lebih-lebih lagi ilmu tentang Akhirat, ilmu Makrifatulllah dan sebagainya.

3. Doa anak-anak soleh: Kita perlu melatih anak-anak kita sejak kecil lagi supaya mendoakan kita agar kita dipermudahkan di alam barzakh nanti. Doanya ada disediakan di bawah. Ajarkanlah anak-anak anda supaya menghafal doa ini. Sangat mudah dan pendek.

 

 

Saya bimbang sekali sebagai seorang Muslim yang tinggal di Malaysia ini. Kerana kebanyakan rakan-rakan saya turut terjebak dengan insurans nyawa ini dan melupakan persediaan selepas mati. Jadi, usaha untuk mengingatkan keluarga dan rakan-rakan anda sangatlah penting.

Marilah kita renungkan tajuk di atas. Semoga diamalkan oleh kita semua pada setiap hari termasuk saya juga. Dan jika saya bertanya kembali kepada anda semua, apakah medical card anda sampai pada saat ini? Jawablah sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak-anak soleh.

Wahai saudaraku, sesungguhnya dunia itu ibarat secebis kain yang buruk dan tidak dapat dibandingkan dengan syurga ALLAH yang kekal kita di dalamnya selama-lamanya. Dunia ini hanya ujian, ilusi dan kesengangan bagi orang-orang yang terpedaya.

Saya akhiri arkitel kali ini dengan Firman ALLAH:

اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٌ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya (Al-hadid 57: 20).

 

P.S. Terima Kasih kerana sudi membaca. Sila share jika anda rasakan artikel ini bermanfaat kepada rakan-rakan atau keluarga anda.

Comments

comments

Related Post

Kelebihan dan Pentingnya Ingat Mati Pada hari Jumaat (15/9/2017) yang lalu, seperti biasa saya pergi ke kuliah maghrib tetapi kali ini ada keistimewaannya yang tersendiri. Dan saya rasa ...
Husnul Khotimah: Pengalaman Seorang Doktor Pakar ﷽ الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وسلم وبارك على عبده ورسوله، نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وبعد Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.