Keistimewaan Al Quran kepada Seluruh Manusia

Keistimewaan-Al-Quran-Malaya-Journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda selepasnya.

Keistimewaan al quran kalau nak cerita tersangatlah banyak. Jadi,  tanpa membuang masa, jom kita belajar beberapa keistimewaan al quran berdasarkan ayat 57 dan 58 dalam surah Yunus. Kita fokuskan mentadabbur dua ayat ini dulu.

Pertama sekali, segala ilmu yang Admin dapati di sini adalah apa yang telah diajarakan oleh Ustaz Abdul Muhaimin Shahar. Dan beliau merupakan seorang penceramah bebas bulanan di Masjid Jamek Ar-Rahimiah. Kebetulan pulak malam itu, beliau mengajar Admin tentang  Keistimewaan al quran melalui 2 ayat di atas dan Admin merasakan ilmu itu perlu disampaikan kepada pembaca-pembaca blog Malaya Journal.



Keistimewaan al quran.

1. Bergembira dengan Kurnia dan kasih sayang Allah.

Firman Allah Ta’ala:

A058

Katakanlah (wahai Muhammad) “kedatangan Al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayang-Nya, maka dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala benda dan perkara yang tidak kekal)”.

(Yunus 10:58)

Berdasarkan ayat di atas, Ustaz Abdul Muhaimin Shahar menjelaskan bahawa Al-Quran itu diturunkan oleh Allah SWT untuk para hamba-Nya adalah semata-mata untuk memberi limpah kurnia dan kasih sayang-Nya kepada kita semua. Bahkan, disebabkan keistimewaan al-Quran itulah malam Lailatul Qadar menjadi lebih baik daripada 1000 bulan.

 

Justeru kita sebagai hamba-Nya yang beriman kepada Allah dan Rasul seharusnya bergembira dengan kurnia terhebat Allah kepada manusia dan jin iaitu Al-Quran. Selain itu, al-Quran juga adalah satu-satunya mukjizat terakhir Nabi SAW yang masih kekal hingga ke hari ini. Memabacanya sahaja akan mendapat 10 kali ganda pahala apatah lagi mengamalkannnya.

Tetapi apakah yang dimaksudkan dengan kegembiraan itu? Kegembiraan itu adalah rasa riang atau rasa seronok ketika kita dapat sesuatu benda yang kita cintai. Dan apabila dapat melakukan hal tersebut,  seseorang itu akan bertambah  gembiranya. Maka timbullah satu persoalan iaitu adakah kita gembira ketika membaca , mentaddabbur dan menghafal al-Quran?

Jika tidak gembira, maka itulah bukti paling kukuh yang kita tidak sayang pada al-Quran walhal al-Quran itu diturunkan untuk menyampaikan kasih sayang Allah. Tepuk dada, tanyalah iman kita semua dan muhasabah diri kita. Jom kita berubah kepada mencintai al-Quran.



Tambahan pula,  Ustaz Abdul Muhaimin Shahar mengatakan sebenarnya taufiq, nikmat dan rahmat pasti akan diberikan Allah jika kita telah menyediakan diri kita untuk mendapatkannya. Contohnya,adakah kita akan lebih banyak beramal soleh, tawadduk dan zuhud apabila kekayaan dibuka kepada kita?

Jika tidak, maka jangan salahkan Allah jika tidak dapat nikmat tersebut kerana kemungkinan besar nikmat tersebut akan menjahanamkan kita di akhirat nanti. Sesungguhnya Allah SWT itu lebih Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya. Tidak ada syak lagi di sini!

 

2. Menjadi penasihat, penawar penyakit batin, hidayah petunjuk dan Rahmat.

Firman Allah Ta’ala:

A057

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.

(Yunus 10:57)

Berdasarkan ayat di atas pula, ada empat keistimewaan al quran iaitu:

  •  Menjadi penasihat dan panduan bagi orang-orang yang beriman.
  • Menjadi penawar penyakit-penyakit batin seperti berprasangka buruk dan hasad dengki.
  • Menjadi hidayah petunjuk bagi orang yang bertakwa.
  • Membawa rahmat ke suluruh alam.

Berdasarkan kedua-dua ayat di atas ini sahaja, kita akan sudah dapat fahami bahawa keistimewaan al Quran ada banyak sekali dan semua keistimewaan ini adalah berbentuk positif sahaja sama ada di dunia dan akhirat. Bukannya seperti keistimewaan dunia yang mampu membinasakan kita di akhirat walaupun di dunia sangatlah berjaya dan kaya  di mata orang.

Contoh terbaik sudah pasti adalah Firaun, Haman dan Qarun di zaman Nabi Musa. Kalau mengikut apa yang diceritakan Al-Quran, mereka ini sangatlah kaya, berjaya, terkenal hidup di dunia. Tapi akhir sekali, mereka semua mati dengan penuh kehinaan dan akan dilaknat habis-habisan di Neraka Allah nanti.

Peringatan dan pengajaran ini adalah ditujukan khas buat saya dan anda semua untuk mengambil iktibar. Kerana dunia ini adalah fitnah terbesar untuk kaum Nabi SAW. Justeru, jika anda semua mahukan nikmat yang melimpah ruah banyaknya, pastikan anda mempersiapkan diri dengan sifat-sifat tawaduk, zuhud, warak dan sebagainya.

Sebagaimana para sahabat Rasulullah SAW melakukannya. Walaupun mereka sangat kaya seperti Abdurrahman Bin Auf r.a. dan Saidinar Uthman Bin Affan r.a, mereka tetap dijamin syurga oleh Nabi SAW kerana sedekah dan infak mereka di jalan Allah sangatlah banyak. Dunia mereka diibaratkan sperti diletak di dalam poket sahaja bukan dalam hati.



Ya, pada zahir para sahabat seperti mengejar dunia untuk menjadi kaya tetapi pada hakikat tidaklah begitu. Kerana mereka memburu dunia untuk akhirat dan untuk membantu mereka untuk beribadah kepada Allah seperti untuk memperbanyakkan infak dan sedekah di jalan Allah. Trick dia senang je, jadi kaya sebab nak banyyakan sedekah insya Allah dunia akan dibuka untuk anda oleh Allah SWT.

Akhir sekali, Ustaz Abdul Muhaimin Shahar menutup kuliah maghribnya dengan memberikan analogi tentang dunia melalui perbahasan kitab yang dikarang  oleh Imam Al-Ghazali. Kalau tak silap mungkin nama kitab itu Minhajul Abidin dan analogi tersebut adalah:

Dunia ini diibaratkan seperti makanan lazat yang diletakkan racun dan hanya orang mengetahui ada racun sahaja tidak akan makan makanan lazat tersebut. Tetapi bagi orang yang tidak mengetahui tentang racun itu, mereka akan makan dengan penuh selera. Sehingga mereka akan mereka yang tidak mahu memakan makanan yang lazat ini adalah bodoh. Walhal orang yang mengetahui  makananan lazar itu terdapat racun akan berasa sangat kasihan dengan mereka yang memakan makanan lazat tersebut”.

Berdasarkan analogi di atas, ia menunjukkan betapa pentingnya untuk mendalami ilmu agama. Dan inilah rahsianya bagi para rasul, para nabi, para wali Allah dan orang-orang soleh yang lebih mencintai akhirat daripada dunia. Iaitu mereka tahu jika mengambil dunia melebihi hadnya, kemungkinan besar mereka akan terjerat ke dalam neraka Allah. Nauzubillah.



Kesimpulannya.

Al-Quran ini perlu kita cintai lebih daripada dunia ini. Kerana Keistimewaan al quran ini sangatlah membantu kita di alam seterusnya. Sebagai contoh, baca surah al-Mulk pada setiap hari akan dapat menyelamatkankita di alam kubur manakala hafal surah al-Baqarah dan ali-Imran pula akan menyebabkan kita diliputi awan mendung di padang mahsyar nanti. Masa untuk beramal. Semoga Allah tanamkan sifat tawaduk, zuhud dan ikhlas dalam setiapa amal ibadah kita. Aamin.

A052

Padahal Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi umat manusia seluruhnya.

(Al-Qalam 68:52)

Wallahua`lam.

Comments

comments

Related Post

Jom Hafal Al-Quran ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
Kempen Hafal Al Quran 30 Juzuk ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.