Kelebihan Utama Blog Malaya Journal

Kelebihan-Malaya-Journal

Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Sekelian Alam. Selawat dan Salam untuk Rasulullah S.A.W. dan tiada nabi lagi selepasnya, pembawa rahmat Keseluruh Alam.

Hari ini saya akan membincangkan tentang kepentingan atau kelebihan blog Malaya Journal kepada para pembaca semua dan juga kepada saya sendiri. Hal ini kerana, blog Malaya Journal merupakan suatu blog tentang penulisan akan bagaimana seseorang muslim itu dapat mempraktikkan ilmu yang telah dipelajarinya berpandukan al-Quran dan Hadith di dalam kehidupan seharian. Kerana al-Quran merupakan kitab panduan bukannya kitab bacaan semata-mata.

ذَلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;

(Al-Baqarah 2: 2)

Tetapi, dimana buktinya bahawa segala ilmu yang telah ditulis di dalam blog ini dapat anda semua manfaatkan? Jawanpannya, buktinya sudah tentu akan diceritakan berdasarkan pengalaman saya sendiri. Kerana blog ini merupakan bahan bacaan saya sendiri ketika saya diuji, ditimpa musibah dan sebagainya. Dan, Alhamdulillah apabila saya teringat kembali apa yang saya tulis dan baca kembali ayat-ayat al-Quran tersebut, hati saya kembali tenang dengan ujian tersebut.

Diantara dalil-dalil al-Quran yang telah saya manfaatkan ketika saya ditimpa ujian adalah:

1. Takut akan kemiskinan dan kelaparan.

Firman Allah:

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:

(Al-Baqarah 2: 156)

Berdasarkan ayat di atas ini, setiap kali saya berasa takut yang lain macam saya akan teringat ayat ini supaya sedar bahawa semua ini hanyalah ujian daripada Allah sahaja. Saya hanya perlu teruskan usaha, berdoa dan bertawakkal. Kemudian, Insya Allah dengan izin Allah, ketakutan tersebut akan hilang secara perlahan-lahan. Peristiwa ini sudah pernah terjadi banyak kali kepada saya.

 

2. Khuatir tidak mendapat perkerjaan tetap.

Firman Allah:

مَا يَفْتَحِ اللَّهُ لِلنَّاسِ مِنْ رَحْمَةٍ فَلَا مُمْسِكَ لَهَا وَمَا يُمْسِكْ فَلَا مُرْسِلَ لَهُ مِنْ بَعْدِهِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

(Al-Fatir 35: 2)

Kerana saya baru sahaja mula mencari kerja sebagai seorang jurutera di jobstreet dan sebagainya. Malah, zaman sekarang ini amatlah susah untuk para graduan universiti mencari kerja kerana semuanya mahukan pekerja yang berpengalaman. Tetapi, apabila saya teringat kembali firman Allah di atas, saya kembali tenang kerana Allah S.W.T. yang memberikan saya kerja bukannya manusia tertentu.

 

3. Hidup ibarat tiada tujuan hidup.

Firman Allah:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadat kepada-Ku.

(Adh-Zariyat 51: 56)

Dan berdasarkan dalil di atas ini, saya berasa amat segan dan malu kerana ayat di atas inilah tujuan kita dihidupkan di atas muka bumi ini. Sekiranya kita tidak mahu untuk beribadah kepada Allah S.W.T. ia diibaratkan seperti kita menolak kewujudan kita. Jadi, sebagi bukti kita beriman pada ayat Allah di atas, mari kita sama-sama pastikan kita membuat sesuatu perkara hanya kerana Allah S.W.T semata-mata.

 

4. Apabila kita kebuntuan dengan musibah yang terlalu berat.

وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;

(Al-Baqarah 2: 45)

Iaitu dengan solat dan sabar. Dan saya syorkan anda bangun pada akhir malam sambil menangis memohon pertolongan kepada Allah S.W.T. Insya-Allah musibah itu akan menjadi lebih ringan dan jalan keluar akan dibuka Allah.

 

Kesimpulannya.

Empat ayat di atas ini saya selalu baca berulang-ulang kali setiap kali keresahan dan kegelisahan melanda. Dan saya harap anda juga dapat mempraktikkannya dalam kehidupan anda semua. Alhamdulillah, berkat ubat-ubat daripada kalam Allah S.W.T. ini, semuanya terbukti berkesan.

Akhir kalam, al-Quran merupakan mukjizat terakhir yang menunujukkan betapa hebat-Nya Yang Maha Esa ini, kerana kesemua jawapan hamba-Nya telah disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W. sejak 1439 tahun yang lalu. Tetapi baru tahun ini saya sedar. Namun, “better late than never” right?

Saya sangat bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya saya diberi peluang untuk mengenal-Nya dengan lebih mendalam.

وَقَالُوا الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي هَدَانَا لِهَٰذَا وَمَا كُنَّا لِنَهْتَدِيَ لَوْلَا أَنْ هَدَانَا اللَّهُ  

(Al-A’raf 7: 43)

Percayalah pada Allah S.W.T. dengan sepenuh hati anda. Al-Quran itu terdapat jawapan akan segala masalah kehidupan anda. Di dalam blog ini, kita akan merungkai satu-persatu masalah yang manusia seriang hadapi. Ingat, kita hanya berhenti mencari ilmu hanya ketika nazak sahaja. Selagi badan masih bernyawa, marilah kita menuntut ilmu dan mengamalkannya semampu kita. Insya-Allah.

Wallahua`lam.

Comments

comments

Related Post

Redha Dan Sabar dengan Ujian Allah Barangsiapa yang ingin selamat  daripada Azab Allah, menginginkan rahmat-Nya serta ingin masuk ke Syurga-Nya, hendaklah dia menahan nafsu dari segala ...
5 Kelebihan Orang Yang Bersabar ﷽ Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Sekelian Alam. Selawat dan Salam untuk Rasulullah S.A.W. dan tiada nabi lagi selepasnya. Pembawa rahmat Keselur...
Mengapa kita Ditimpa Musibah Oleh Allah? ﷽ Segala Puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana, Alhamdulillah, saya sentiasa diberi keizinan oleh Allah Ta'ala untuk mengahadiri kelas Dr Sha...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.