Kelebihan Mengamalkan al-Quran

kelebihan-membaca-al-Quran-Malaya-Journal

Segala Puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,

Input-input berguna di bawah adalah apa yang saya dapat daripada kuliah mahrib bersama seorang Ustaz tentang kelebihan mengamalkan al-Quran pada 7 Muharram 1439 yang lalu. Di bawah berikut adalah input-inputnya:

1. Bacalah di al-Quran di mana-mana sahaja.

Ustaz tersebut mengingatkan kami semua (ahli qariah masjid) bahawa biasakanlah diri membaca al-Quran walau di mana-mana sahaja anda berada. Sebagai contoh, semasa memandu ketika stuck di jam ketika pulang ke rumah atau pun ketika menunggu anak ambil tuisyen. Amalkanlah membaca apa s-apa ahaja surah yang anda hafal. Walaupun surah al-Ikhlas berulang-ulang kali.

Jika anda tanya saya, kebanyakannya semasa menunggang motosikal, saya akan sering mengulang-ulang surah al-Ikhlas kerana manfaatnya sangat besar. Iaitu apabila anda membaca tiga kali surah al-Ikhlas, pahalanya diibaratkan seperti anda mengkhatamkan 30 juz al-Quran. Begitulah Maha Pemurah-Nya, Allah S.W.T. itu. Allahu Akbar!

 

2. Al-Quran diibarat seperti anda berkata-kata dengan Allah S.W.T.

Kerana al-Quran adalah kalam Allah Azza Wa Jalla sendiri. Jika anda sentiasa membacanya dimana-mana sahaja, anda diibaratkan seperti menghubungi Tuhan Sekelian Alam itu sendiri. Tetapi, jika anda tidak mengamalkannya, hubungan anda akan renggang. Selain itu, dengan membiasakan diri kita dengan Al-Quran juga, ia akan dapat memudahkan kita untuk mendekatkan diri kepada Allah. Kerana mambaca al-Quran adalah salah satu zikir terbaik yang boleh kita lakukan.

Sebagaimana Firman Allah:

al-Baqarah-2-152-Malaya-Journal

Maksudnya: Oleh itu, ingatlah kamu kepada-Ku, nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.

(Al-Baqarah 2: 152)

 

3. Al-Quran adalah Kitab Panduan Bukan Bacaan.

Dan  input yang terakhir ini adalah yang paling penting pada hari ini. Kerana terlalu ramai yang hanya membaca al-Quran sahaja tanpa mempelajari isi-isi al-Quran tersebut. Sebagai contoh, Ustaz tersebut bertanya kepada kami, Berapa ramai masih membaca al-Quran tetapi masih melakukan dosa dan maksiat? Dan puncanya sudah tentu kerana mereka tidak faham dan amalkan isi-isi di dalam al-Quran itu sendiri.

Sebagaimana Allah Ta’ala berfirman:

ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ

Maksudnya: Kitab (Al-Quran) ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.

(Al-Baqarah 2: 2)

Berdasarkan firman Allah di atas, ini menunjukkan al-Quran mesti dipelajari dan diamalkan oleh setiap orang Muslim. Bukannya hanya dibaca setiap hari tetapi tidak pernah cuba untuk memahami langsung. Adakah anda begitu? Jika ya, bertaubatlah sebelum terlambat. Peringatan kepada diri saya juga. Tambahan pula, tiba-tiba saya teringat akan apa yang dikatakan salah seorang ustaz semasa kuliah maghrib berjalan pada 18 Muharram lepas. Ustaz tersebut bertanya kepada kami semua (para pendengar) dengan dua soalan.

Yang mana satukah yang betul di antara penyataan di bawah?

  1. Jika anda tidak membiasakan diri membaca al-Quran, jangan bermimpi ingin masuk ke syurga Allah.
  2. Jika anda tidak membiasakan diri mengamalkan al-Quran, jangan bermimpi untuk masuk ke syurga Allah.

Jawapannya adalah yang penyataan yang kedua. Kerana hukum membaca al-Quran hanyalah sunat. Manakala mempelajari dan mengamalkan al-Quran pula adalah fardhu ain. Jadi, sudah tentu mengamalkan al-Quran lebih diutamakan. Tetapi pada zaman sekarang ini kebanyakan kita hanyalah membaca al-Quran sahaja. Termasuklah saya sendiri.

Dan kini, saya sudah sedar akan kesilapan saya yang besar ini. Kerana melebihkan yang sunat daripada fardhu ain. Oleh itu, marilah kita sama-sama menuntut ilmu al-Quran dan menghidupkan quranic culture. Pergilah ke masjid dan surau berdekatan bersama keluarga anda untuk menghadiri kuliah agama atau pun majlis ilmu. Penuhilah majlis-majlis ilmu seperti ini supaya Allah Ta’ala mengampunkan dosa-dosa kita yang lalu. Aamin. Selamat beramal semua.

P.S. Jika anda mahu menonton kuliah maghrib beliau, anda boleh tengok di page Facebook Masjid Jamek Ar-Rahimiah Klang Official.

Comments

comments




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.