4 Kelebihan Sujud pada Allah Ta’ala

kelebihan-sujud-kepada-Allah

ļ·½

Segala Puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,

Artikel kali ini bertajuk kelebihan sujud pada Allah Ta’ala. Ianya artikel yang pendekĀ  sahaja dan tidak sampai dua minit pun bacaaannya. tetapi manfaat apabila mengamalkannya sangatlah besar.

Apakah kelebihan sujud kepada Allah ini?

1. Salah satu cara untuk mendapatkan syafaat rasulullah S.A.W.

Sabda Nabi S.A.W.

“Mintalah pertolongan padaku dengan memperbanyakkan sujud

 

2. Hamba yang terdekat pada Allah S.W.T. adalah ketika dia bersujud. Itulah makna:

“Dan sujudlah (kepada Allah) dan berhampir dirilah (kepada-Nya).”

(al-Alaq :19)

dan

“Terdapatlah di muka mereka itu adalah bekas sujud…”

(al-Fath: 29)

yang bermaksud bekas sujud itu adalah bekas muka mereka yang menampal tanah sewaktu sujud. Juga ada yang mengatakan itu adalah nur kekhusyukan yang memancar dari batin kepaa lahir. Ada juga yang mengatakan bekas wuduk yang nampak pada muka pada hari Kiamat.

 

3. Menyebabkan syaitan berlari sambil menangis:

rasulullah S.A.W. bersabda:

“Ketika anak Adam membaca (ayat) as-Sajadah. Lalu dia bersujud, maka syaitan lari sambil menangis dan berkata: “Wahai celakanya aku. Dia diperintah sujud lalu bersujud, maka untuknya Syurga. Sedang aku diperintah sujud malah derhaka, sehingga untuk kulah Neraka.”

 

4. Antara Waktu Yang Paling Mustajab Berdoa.

Abu Hurairah berkata: “Yang paling dekat seorang hamba kepada Allah adalah manakala dia bersujud. Oleh kerananya perbanyaklah doa ketika itu.”

 

Kesimpulannya.

Mari kita perbanyakkan melakukan solat sunat seperti solat dhuha, solat tahajud, solat witir dan pelbagai solat sunat lagi untuk memperbanyakkan sujud kepada Allah Ta’ala. Janganlah kita cari alasan untuk tidak melakukannya sebaliknya carilah masa untuk melakukannya. Ibarat kata pepatah melayu, “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.”

Comments

comments




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.