Kelebihan Takwa Dalam Islam

Tingkatkan-Takwa-Kepada-Allah-SWT-Malaya-Journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda selepasnya.

Takwa merupakan di antara rahsia utama berjayanya seorang Muslim itu di dunia dan akhirat. Dan mari kita bincangkan kelebihannya dengan lebih details kerana masih ramai yang kurang yakin dengannya. Begitu juga saya. Sedangkan kesemua kelebihan Takwa ini adalah janji-janji Allah kepada para hamba-Nya dan ditulis dalam al-Quran sebanyak 115 kali. Tetapi saya takde la nak bahas kesemua 115 ayat tentang takwa. Hanya 6 ayat berkenaan takwa sahaja yang akan dibincangkan.

 

Apakah Maksud Takwa?

Maksud takwa paling simple adalah patuh kepada Allah. Iaitu lakukan segala perintah-Nya dan tinggalkan segala larangan-Nya.

 

Dalil kelebihan Takwa.

1. Mendapatkan jalan keluar kepada setiap masalah.

 وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا

dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),

(At-Talaaq 65:2)

Berdasarkan ayat di atas, dengan meningkatkan takwa anda kepada Allah SWT, segala masalah dan kesusahan yang anda alami akan diberi jalan keluar oleh Allah. Oleh itu, jika anda ada kesusahan, pekara pertama yang anda perlu buat adalah sabar dan solat kerana itulah yang telah dibuat oleh Nabi SAW dan para sahabat.

Tidak kiralah sama ada masalah besar atau kecil, mereka akan hanya meminta tolong pada Allah. Contohilah mereka ini. Tetapi sayangnya, di zaman sekarang ini, manusia lebih gemar meminta pertolongan kepada manusia dan terlupa bahawa sebaik-baik jalan keluar adalah dengan pertolongan Allah SWT. Bukannya tak boleh mintak tolong dengan manusia. Cuma sebelum minta tolong dengan manusia seperti jumpa doktor sebab sakit, solat sunat dua rakaat dan berdoa meminta tolong kepada Allah dahulu. Amalkan amalan sebegini, Insya Allah kehidupan anda akan menjadi mudah.

 

2. Memperoleh rezeki yang tidak pernah terlintas dalam fikiran kita.

وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.

(At-Talaaq 65:3)

Berdasarkan ayat di atas, dengan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT, bukan sahaja jalan keluar akan dibuka, malah Allah akan membuka rezeki kepadanya daripada sesuatu yang tidak pernah disangka.

 

3. Jalan Keluar Yang Mudah akan diberikan.

 وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مِنْ أَمْرِهِ يُسْرًا 

Dan (ingatlah), sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya.

(At-Talaaq 65:4)

Berdasarkan ayat ini pula, Ustaz Khalid Basalamah menerangkan bahawa ayat di atas ini, menjelaskan kelebihan pertama iaitu jalan keluar yang dibuka akan dimudahkan oleh Allah. Kerana boleh jadi, jalan keluar akan dibuka Allah tapi dengan takwa kita kepada Allah, segala jalan keluar itu akan menjadi mudah.

Sebagai contoh, kita baru sahaja teringin nak makan sesuatu, tiba-tiba ada orang bagi makanan tersebut tanpa diminta pun. Dan ya, benda-benda kecil sekalipun dimudahkan Allah SWT. Senang cerita, Allah akan memudahkan segala urusannya sampai masalah yang terkecil sekalipun sehingga semua perkara di sekeliling orang-orang yang bertakwa akan menjadi mudah.

 

4. Kesalahan dihapuskan dan mendapat pahala berlipat ganda.

A005

Peraturan-peraturan yang demikian adalah hukum-hukum Allah yang diturunkan dan diterangkanNya kepada kamu; dan (ingatlah), sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahannya, dan akan membesarkan pahala balasannya

(At-Talaaq 65:5)

Berdasarkan ayat di atas pula, Allah SWT berfirman bahawa sesiapa sahaja yang bertakwa kepada Allah akan dihapuskan dosa-dosa kecilnya dan akan melipat gandakan segala pahala kita. Pada hemat saya, kelebihan takwa yang terakhir ini sangatlah diperlukan oleh kita,  kerana kalau nak kira dosa kita memang banyak sangat. Hanya dengan Rahmat dan Kasih Sayang Allah sahaja yang dapat mengatasinya.

 

 

Dalil-Dalil Tentang Takwa.

Dalil Pertama:

A102

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

(A-li’Imraan 3:102)

Menurut Ustaz Khalid Basalamah, sebenar-benar takwa itu bleh juga dimaksudkan dengan sebenar-benar patuh dalam menuruti perintah dan meninggalkan larangan-Nya. Cara terbaik adalah sudah tentu dengan meninggalkan segala maksiat dan saya juga masih berusaha untuk melakukannya. Jadi, saya seru kepada anda semua supaya menyambut seruan kempen tinggalkan dosa.

 

Dalil kedua:

A016

Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya); dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.

(At-Taghaabun 64:16)

Ayat di atas pula menerangkan bahawa kita perlu berusaha bersungguh-sungguh dalam melakukan ketaatan kepada Allah. Tingkatkan amal ibadah kita dan paksa diri kita jika perlu. Kerana kalau tak paksa diri kita baca al-Quran, puasa sunat isnin khamis dan bangun solat malam, memang kita takkan buat. Puncanya sudah tentulah Syaitan, kerana akan pastikan kita rasa malas dan sentiasa tak larat.

Jadi, kita perlu lawan bisikan syaitan itu dan paksa diri untuk sentiasa bangun solat malam. Kalau alasan anda hanyalah mengantuk ketika nak solat malam, saya nak tanya satu soalan kepada anda. Bilakah anda tak mengantuk waktu malam? Jawapannya sudah takde kerana setiap malan kita akan rasa mengantuk dan itu adalah satu fitrah manusia.  Tetapi kalau setiap kali nak solat malam mesti tiba-tiba mengantuk, itu semua adalah godaan syaitan semata-mata. Jom paksa diri kita bangun malam.

 

Dalil ketiga.

A070

Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat – benar (dalam segala perkara),

(Al-Ahzaab 33:70)

Ayat di atas pula mengajar kita supaya  sentiasa bertakwa kepada Allah dan benar dalam percakapan atau setiap perkara yang kita lakukan.

 

Kesimpulannya.

Semakin kuat takwa, semakin banyak rezeki terbuka untuk kita. Justeru, tingkatkan takwa kita kepada Allah. kerana takwa adalah sebaik-baik bekalan seorang Muslim untuk di bawa ke akhirat sana dan amal ibadah kita pula adalah timbangan kita. Manakala, cinta kita kepada Allah dan Rasul pula akan mempertemukan kita dengan Allah dan Rasul. Demi Allah saya katakan, seorang yang sentiasa bertakwa perlu istiqomah dalam amalannya sahaja untuk menunggu mati sahaja. Dunia ini bukanlah tujuan mereka. Oleh itu, jom kita tingkatkan takwa dengan menambah amal soleh kita. Selamat beramal dan paksa diri kita jika perlu.

Wallahua`lam.

Comments

comments

Related Post

10 Kesan Beriman Bertapak di Dalam Hati ﷽ الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وسلم وبارك على عبده ورسوله، نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وبعد Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.