Kem Anak Soleh Dan Solehah

kem-anak-soleh-solehah-Masjid-Jamek-Ar-Rahimiah-Klang-2017-Malaya-Journal

الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وسلم وبارك على عبده ورسوله، نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وبعد

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,

Kem Anak Soleh dan Solehah MJAR 2017 ini akan dijalankan oleh pihak ahli jawatankuasa (ajk) Masjid Jamek Ar-Rahimiah dan ia merupakan acara tahunan masjid ini. Ia juga telah dilakukan sebanyak lima kali secara berturut-turut. Dan tahun ini adalah yang kelima.

Details kem anak soleh ini adalah seperti di bawah:

Kem-Anak-Soleh-Solehah-2017-Malaya-Journal-

Hari:  Rabu hingga Sabtu.

Tarikh: 6-9 Disember 2017.

Peserta: terdiri daripada kalangan remaja (12-16 tahun) dan kanak-kanak (7-11 tahun)

Yuran: Rm30

Terdapat beberapa tujuan kem anak soleh/solehah:

Tujuan utama kami membuat kem anak soleh dan solehah ini adalah untuk melahirkan generasi al-Quran. Iaitu untuk melahirkan golongan anak-anak muda yang sentiasa hidup berpandukan al-Quran walau di mana sahaja mereka berada. Dan sudah tentu cara yang terbaik adalah dengan melatih mereka sejak dari usia yang muda.

Tujuan kedua adalah untuk membiasakan anak-anak meluangkan masa di masjid terutamanya sewaktu cuti sekolah. Mungkin disebabka ibubapa selalunya terlampau sibuk sehingga terlupa untuk membawa anak-anak ke masjid untuk solat berjemaah sekali. Dan anak-anak pula sibuk menyiapkan kerja sekolah.

Tujuan ketiga adalah untuk menggalakkan ibu bapa hadir ke masjid. Dan ini merupakan salah satu cara Ajk masjid untuk menarik ibubapa untuk hadir ke masjid. Kerana adalah sukar untuk kanak-kanak datang sendiri ke masjid dan sudah tentu ibu bapa akan datang menghantar anaknya sendiri. Sambil hantar, ibubapa bolehlah turut serta untuk solat berjemaah di masjid sama ada pada waktu asar ketika mengambil anak-anak mereka atau pada waktu yang lain.

Tujuan keempat adalah yang paling besar iaitu untuk melahirkan generasi anak soleh dan solehah. Kerana mereka inilah investment terbaik kita ketika dalam kubur nanti. Doa-doa mereka inilah yang dipanggil doa anak-anak soleh dan solehah. Juga dengan doa inilah, semoga ia dapat membantu kita terlepas daripada seksa di alam kubur.Insya Allah. Jika kita tidak melatih mereka sejak kecil lagi, bila lagi kita mahu melatih mereka? Tepuk dada, tanya diri anda.

Sebagaimana Sabda Rasulullah S.A.W.

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.”

(HR Muslim)

Berdasarkan hadith di atas, paling kurang pastikan kita adalah salah satu daripada tiga perkara di atas untuk di bawa ke alam barzakh nanti. Jika satu pun tidak ada, maka celakalah kita. Malah, di antara pengajaran lain bagi hadith di atas juga adalah sebagai seruan kepada kedua orang tua agar sentiasa menitikberatkan dalam mendidik anak-anak mereka dengan tarbiyah yang baik.

Oleh itu,saya merayui kepada anda semua agar marilah kita sama-sama menghidupkan dan mengimarahkan masjid atau surau berdekatan dengan rumah anda semua. Serta pastikan anak-anak juga di bawa bersama dan mendapat didikan agama yang mantap. Dengan itu, barulah anda Insya Allah akan meninggalkan anak-anak yang soleh dan solehah di atas muka bumi ini. Aamin.

Comments

comments

Related Post

Apa Maksud Anak Soleh dan Solehah? ﷽ Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Sekelian Alam. Selawat dan Salam untuk Rasulullah S.A.W. dan tiada nabi lagi selepasnya, pembawa rahmat Keselur...
Kempen Membawa Anak-Anak Ke Syurga Allah ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.