Kempen Cepat Kaya Dunia Akhirat

3-Cara-Cepat-Kaya-Dunia-Akhirat-Malaya-Journal

 

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ”

 

Kempen cepat kaya dunia akhirat ini telah dibuat oleh saya kerana saya melihat begitu ramai orang yang ditimpa masalah ekonomi lebih-lebih lagi yang beragama Islam. Padahal orang-orang Islam mempunyai Allah SWT yang memiliki sifat yang Maha Pengasih, Maha Pemberi Rezeki dan Maha Penyayang. Justeru, kempen ini dibuat untuk mengajar orang-orang Islam tentang ajaran-ajaran di dalam al-Quran dan Hadith yang  terbukti berkesan untuk menjadikan kita cepat kaya dunia dan akhirat.

Selain itu, kempen cepat kaya dunia akhirat ini merupakan amal-amal soleh yang perlu dilakukan setiap hari agar rezeki kita terbuka luas oleh Allah SWT. Tujuannya adalah untuk menjadikan segala impian kita di dunia dan akhirat disandarkan kepada Allah. Kerana hanya dengan izin Allah segala jenis impian kita akan tercapai. Tanpa kekuasaan Allah Ta’ala siapalah kita.

Impian yang saya maksudkan di sini adalah berkenaan semua perkara. Tidak semestinya impian kena besar. Impian kecil pun boleh minta pada Allah SWT. Contohnya, impian anda boleh jadi:

  • Nak Bisnes maju jaya.
  • Nak Beli kereta mewah.
  • Nak Beli rumah banglo.
  • Nak Idea nak buat bisnes.
  • Nak modal untuk buat bisnes.
  • Nak cepat pergi umrah dan haji.
  • Nak pasangan yang soleh dan solehah.
  • Nak smart phone baru.
  • Nak baju atau seluar baru.

Point yang saya nak sampaikan di sini adalah, kena mesti train diri kita untuk berdoa dan bersandar pada Allah dalam setiap perkara. Juga, saya mahu mengajar atau mengingatkan anda semua supaya tidak meminta-minta dengan manusia. Sebab kita hanya minta pada Allah dan hanya Allah yang mampu memberikannya kepada kita.

Ingatlah, kita hanyalah insan yang lemah dan Allah SWT juga sangat suka orang dengan orang yang selalu meminta-minta kepadaNya. Jadi, walau sesusah mana pun anda sekarang selagi anda boleh berusaha, tahanlah diri daripada meminta dengan orang ramai. Kemudian, angkat tangan dan berdoalah kepada Allah. Insya Allah, semoga doa anda semua akan dimakbulkan.

Jadi saya mahu anda semua fokus semasa membaca segala point-point penting di bawah dan praktikkan terus dalam kehidupan sehari. Semoga anda semua akan cepat kaya serta selamat dunia akhirat.

 

Mengapa Kempen Cepat Kaya Dunia Akhirat ini dilancarkan?

Tujuannya adalah kerana kebanyakan orang-orang Islam pada zaman sekarang  terlalu asyik mengejar dunia sehingga terlupa akan akhirat.  Padahal dunia ini hanya sementara. Jadi, kempen cepat kaya dunia akhirat ini ditubuhkan untuk mengingatkan saya dan anda semua yang sedang mengejar dunia bahawa boleh kejar dunia ini tetapi dengan satu syarat.  Syaratnya adalah dengan meletakkan akhirat sebagai keutamaan.

Iaitu dengan menjadikan amalan mencari nafkah kehidupan dan mengejar impian di dunia ini sebagai satu ibadah. Namun ia tidaklah semudah itu, kerana terdapat dua syarat perlu dipatuhi untuk menjadikan setiap perkara menjadi satu ibadah kepada Allah.

Dua syarat tersebut adalah:

  • Pekara tersebut mesti dilakukan semata-mata kerana Allah.
  • Perkara tersebut mesti dilakukan mengikut peraturan Allah.

Contoh paling simple saya boleh bagi adalah jika anda sedang bekerja di office dan waktu solat zohor atau asar sudah masuk, pergilah tunaikan solat dahulu. Jangan ditangguhkan solat fardhu itu disebabkan kerja anda.  Hal ini kerana, jika bertembung kehendak manusia dan kehendak Allah, sudah tenu kehendak Allah perlu diutamakan. Justeru, jadikan setiap perkara yang kita lakukan bertukar menjadi ibadah kepada Allah Ta’ala.  Senang cerita, dunia pun nak dan Akhirat pun nak. Itulah goals utama seorang Muslim.

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (QS 51:56)

3 Cara Untuk Menjadi Cepat Kata Dunia Akhirat.

1. Lakukanlah Solat Sunat Tahajud.

Pertama sekali, tujuan saya menyeru anda semua untuk melakukan solat sunat tahajud adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah. Dan apabila kita sudah dekat pada Allah SWT, insya Allah segala urusan kita di dunia akan menjadi mudah.

Tambahan pula, bangun untuk solat di akhir malam terdapat banyak sangat faedah yang tiada tolak bandingannya. Antaranya adalah:

  • Di antara waktu mustajab berdoa kerana akhir malam adalah waktu dimana doa paling didengari Allah.
  • Dibimbing Allah dalam setiap perkara.
  • Diangkat darjatnya dunia dan akhirat.

 

2. Perbanyakkan Sedekah

Bab sedekah ini pula sudah banyak kali saya pesan. Tetapi ramai yang masih susah untuk sedekahkan harta mereka termasuk juga saya. Ada sesetengah yang mengatakan buat apa sedekah banyak-banyak. Nanti kang takde duit pula nak makan dan belanja. Padahal Allah SWT sudah menjanjikan balasan yang berlipat kali ganda apabila bersedekah.

Kerana sedekah akan membuka pintu rezeki kita.Jadi, kalau anda rasa tak cukup duit atau hutang keliling pinggang. Perbanyakkan sedekah dan infak di jalan Allah. Kalau ikut logik akal, apasal pulak tak cukup duit kena keluar duit kan? tetapi ini bukan kerja kita untuk memikirkannya. Kerja kita sedekah dan infak sahaja. Biar Allah yang buat kerja Dia iaitu meluaskan atau menyempitkan rezeki ke atas para hamba sekehendak-Nya.

Ustaz Khalid Balasamah selalu mengingatkan saya bahawa:

Sedekah itu pangkal kaya bukannya menabung.

Oleh itu, latih diri kita untuk memasuki dunia sedekah dan infak ke jalan Allah. Insya Allah semoga rezeki anda dibuka luas oleh-Nya. Sebagaimana Firman Allah:

A007

Maksudnya: Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.

(At-Talaaq 65:7)

3. Perbanyakkan Istighfar

 

Hal ini kerana di antar punca rezeki terhalang adalah kerana dosa-dosa yang dilakukan oleh kita. Jadi, seharusnya kita muhasabah diri kita, jika anda berasa rezeki anda sempit selalu. Adakah kita sudah melakukan dosa kepada Allah SWT? Jika ada, perbanyakkan istighfar. Semoga Allah mengampuni dosa kita semua.

Juga, jika anda pernah melakukan dosa-dosa besar kepada Allah SWT, maka itu adalah punca utama rezeki kita terhalang. Terutamanya dosa-dosa besar di bawah ini:

  • Syirik kepada Allah.
  • Meninggalkan Solat Fardhu.
  • Ada masalah bersama ibubapa.
  • Zina.
  • Makan daripada rezeki yang haram.
  • Mengumpat.

Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya (QS 25:68)

Namun demikian, jika anda sudah terlanjur melakukan dosa-dosa di atas, Segeralah bertaubat sekarang juga. Jangan tangguh-tangguh lagi. Sesungguhnya Allah itu bersifat dengan Maha Pengampun, tetapi jika tidak minta ampun atau bertaubat bagaimana dosanya hendak diampunkan.

Kesimpunlannya, mari kita sama-sama lakukan 3 cara cepat kaya dunia akhirat menurut al-Quran dan Hadith ini. Jangan hanya baca sahaja. Praktikkan dalam kehidupan seharian anda. Insya Allah hidup anda akan berubah menjadi lebih mudah, lebih senang dan mendapat keberkatan Allah SWT.

Wallahu A`lam.

Comments

comments

Related Post

Cara Efektif Meninggalkan Maksiat Menurut Al-Quran... ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
Doa Para Malaikat Kepada Orang Beriman ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
Solat Sunat Taubat ﷽ الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وسلم وبارك على عبده ورسوله، نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وبعد Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,...
Tipu Daya Iblis Dalam Bersedekah ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.