Kempen Hafal Al Quran 30 Juzuk

KEMPEN-HAFAL-QURAN-30-JUZUK-Malaya-Journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda selepasnya.

Pada hari ini, Pihak Malaya Journal akan melancarkan kempen hafal al Quran 30 juzuk dengan rasminya. Tujuan utama kempen ini dibuat adalah untuk melahirkan generasi ahli Quran di Tanah Melayu sebanyak mungkin. Tidak kiralah sama ada anda sudah berumur 40 tahun ke atas, 20 tahun lebih atau pun masih bersekolah lagi.

Kempen Hafal Al Quran ini sangat mengalu-alukan semua orang-orang Islam untuk turut serta. Tetapi masalahnya, bagaimanakah caranya untuk menghafal alquran dengan cara yang terbaik? Dan inilah yang kita akan bahaskan pada hari ini. Untuk pengetahuan semua, segala ilmu tentang hafal al quran ini telah diturunkan kepada saya oleh Ustaz Adi Hidayat melalui kajian Manhaj Menghafal Al-Quran. Jadi, segala isi penting di sini telah terbukti keberkesanannya kerana telah dipraktikkan oleh ramai anak-anak murid Ustaz Adi Hidayat di Indonesia.

Saya akan bahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian pertama adalah motivasi menghafal al-Quran. Bahagian kedua adalah menepis keraguan dalam menghafal al-Quran dan bahagian ketiga adalah tahapan menghafal al-Quran.



Bahagian 1 : Motivasi Menghafal al-Quran.

1. Al-Quran sebagai penawar kepada segala penyakit yang kita alami.

Tidak kiralah sama ada penyakit itu sukar diubati sekalipun. Dalil-Nya seperti di bawah:

A082

Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.

(Al-Israa’ 17:82)

2. Al-Quran membuatkan hati anda menjadi tenang sentiasa.

A011

Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

(At-Taghaabun 64:11)

3. Mendapat Rahmat Allah SWT.

Rahmat di sini boleh dibahagikan kepada tiga makna:

  • Makna pertama: Mendapat ketenangan dalam musibah.

A156

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”

(Al-Baqarah 2:156)

 

  • Makna Kedua: Mendapatkan keampunan Allah SWT walaupun dosa setinggi gunung sekalipun.

A053

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(Az-Zumar 39:53)

 

  • Makna Ketiga: Mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.

A003

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

(Al-Faatihah 1:3)

4. Siapa yang menghafal surah al-Baqarah dan ali-Imran awan putih akan menjadi pembelanya di hari kiamat.

Dari Abu Umamah radhiyallahu ‘anhu; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallambersabda:

“Bacalah Al-Qur’an karena ia datang di hari kiamat sebagai pembela bagi yang membacanya. Bacalah Az-Zahrawain (dua cahaya) yaitu surah Al-Baqarah dan Ali ‘Imran, karena keduanya datang di hari kiamat seperti dua awan putih atau dua naungan atau dua kerumunan burung sebagai pembela bagi yang membacanya. Bacalah surah Al-Baqarah, karena membacanya adalah berkah, meninggalkannya adalah kerugian, dan tidak mampu dilawan oleh penyihir“.

[Sahih Muslim, no. 1337]

Rumusan bahagian pertama ini adalah, kita perlu menjadikan al-Quran sebagai “priority” utama dalam kehidupan seharian. Jika tidak susahlah kita untuk menghafalkannya. Gunakan motivasi di atas untuk membantu menaikkan semangat anda untuk sentiasa mengutamakan al-Quran.

 



Bahagian 2: Menepis Keraguan Dalam Menghafal Quran.

Selepas memberi motivasi kepada anda semua mengapa kita perlu menghafal alQuran, sekarang kita masuk pula kepada bahagian kedua. Iaitu tentang menepis keraguan orang-orang yang mengatakan bahawa menghafal al-Quran itu “susah”. Kerana Allah SWT telah berfirman dengan mengatakan Al-Quran itu sudah dimudahkan untuk dihafal. Bahkan Allah SWT telah mengulang ayat di bawah sebanyak empat kali (ayat 17, 22, 32, 40) dalam surah yang sama.

Firman Allah Ta’ala:

A017

Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?

(Al-Qamar 54:17)

Berdasarkan ayat di atas, ia merupakan bukti yang kukuh bahawa al-Quran itu sudah dimudahkan oleh Allah untuk sesiapa sahaja yang mahu menghafalkannya. Jadi apa alasan kita lagi untuk tidak menghafal al-Quran?

Dan lagi saya nak tegaskan, bukan saya yang cakap al-Quran itu mudah untuk dihafal tetapi Allah SWT sendiri yang mengatakannya. Tetapi kalau sukar juga untuk anda menghafalnya, yang menyebabkan ia sukar adalah orang itu sendiri, bukan al-Quran itu. Orang seperti ini (saya juga termasuk) perlu memperbanyakkan istighfar, bangun malam dan berdoa kepada Allah supaya dimudahkan hafal al Quran.

Kalau anda hendak mendalami lagi perbahasan ayat di atas, anda boleh mendengarnya di kajian Ustaz Adi Hidayat di sini. Kesimpulannya bahagian 2 pula adalah, kita perlu pastikan kita telah ada waktu yang khusus untuk menghafal al-Quran. Tak banyak pun. Sehari 2 jam je. Lagi 22 jam ikot la nak buat apa selagi tidak bercanggah dengan syarak.

 

Bahagian 3: Tahapan Menghafal Al-Quran.

1.  Sesi Menghafal  alquran (Al-hifzu).

Jadual-menghafal-alQuran-Malaya-Journal
Sila Ikut Jadual Menghafal alQuran di atas.

 

2. Sesi Mengulang-ulang (Murajaah).

Mengulang di sini ibarat mengulang hafalan. Tetapi mengulang di sini adalah membaca ayat yang telah dihafal semasa solat-solat sunat.

Sebagai contoh, semasa Solat Sunat Dhuha dua rakaat. Rakaat pertama bacalah 2 ayat pertama yang dihafal dan rakaat kedua bacalah 1 ayat yang seterusnya. Mudah sahaja tetapi perlu konsistent dilakukan dalam setiap solat sunat yang dilakukan. Puncak kepada solat sunat ini adalah ketika solat sunat tahajud.

 

3. Sesi Mengingat-ingat (Muzakarah).

Waktu meningat-ingat ini tidak terbatas. Boleh jadi ketika jem di jalan raya, ketika sedang berbaris mengambil makanan, ketika memandu kenderaan untuk ke pejabat dan lain-lain. Cara terbaik adalah dengan mengambil peluang dengan setiap masa yang anda anda untuk mengingat-ingat kembali hafalan quran anda.

 

Sediakan Masa 2 jam Untuk Menghafal AL-Quran.

Sediakan 2 jam untuk menghafal.

1 jam pertama akan dibahagi dua. 30 minit pertama untuk menghafal al-Quran. Sepuluh minit pertama digunakan untuk mendengar bacaan dan baki 20 minit digunakan untuk menghafal al-Quran. Masa yang terbaik untuk menghafal al-Quran adalah sebelum subuh dan selepas tahajud.

30 minit sterusnya digunakan untuk mengulang kaji hafalan anda di siang hari. Waktu yang terbaik adalah 30 minit sebelum anda tidur.

1 jam lagi adalah anda meluangkan masa untuk murajaah hafalan al-Quran anda selama 6 minit sebelum dan 6 minit selepas setiap solat lima waktu. Cara yang terbaik adalah membacanya dalam solat-solat sunat seperti solayt sunat dhuha, solat tahajud, solat qabliyah dan solat sunat ba’diyyah. Jadi setiap kali solat fardhu, anda akan pastikan 12 minit disediakan untuk murajaah ayat hafalan di waktu pagi. 12 darab 5 adalah 60 minit. Jadi cukuplah 2 jam anda digunakan untuk menghafal al-Quran. Insya ALlah berjaya.

 

Tips Memudahkan Anda Menghafal al-Quran.

  1. Ikhlaskan Hati Kerana Allah SWT.
  2. Dekati Allah SWT dengan ibadah. Iaitu dengan meningkatkan ketakwaan.
  3. Jauhi dan tinggalkan Maksiat.
  4. Tingkatkan bakti kepada Ibubapa.
  5. Yakin dengan sepenuh hati yang anda mampu untuk menghafal al-Quran.
  6. Yakinkan pada diri bahawa al-Quran itu mudah unutk dihafal.
  7. Pastikan anda ada masa yang khusus untuk menghafal al-Quran.
  8. Jangan tergesa-gesa ketika menghafal al-Quran.



Dengan ini, Admin Malaya Journal telah merasmikan kempen hafal Quran secara rasminya. Jadi, marilah kita sama-sama hafal al Quran. Semoga dengan hafal itu, kita akan dinaikkan ke darjat yang paling tinggi di syurga nanti bersama Rasulullah SAW dan para sahabat. Aaminn.

Wallahua`lam.

Comments

comments

Related Post

Jom Hafal Al-Quran ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
Keistimewaan Al Quran kepada Seluruh Manusia ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.