Tujuan Kempen Malaya Journal ini ditubuhkan adalah untuk mengajak anda semua mengamalkan segala jenis ilmu yang anda pelajari di blog Malaya Journal.  Dengan erti kata lain, saya tak mahu anda semua hanya baca sahaja sebab bak kata pepatah “Knowledge without Action is Nothing” dan apatah lagi cogan kata Malaya Journal adalah:

 

“Ilmu dapat, Iman Melekat, Bermanfaat Pada Masyarakat Serta Selamat Dunia Akhirat”.

 

Justeru, untuk mengatasi masalah kurang mengamalkan ilmu yang anda semua sudah baca di blog  ini, Kempen Malaya Journal ditubuhkan untuk menyeru anda supaya bersama-sama mempraktikkan ilmu tersebut. Insya Allah dengan izin-Nya, melalui kempen-kempen ini,  semoga anda semua dan saya akan lebih bersemangat untuk mempraktikkan segala apa yang telah dipelajari di blog ini.

Buat masa sekarang ini, hanya dua kempen sahaja yang baru saya lancarkan dan jika anda praktikkan segala apa ditulis di dalam kempen di bawah, insya Allah hidup anda semua akan berubah. Daripada miskin kepada kaya, daripada sempit kepada bahagia atau pun daripada penuh masalah kepada tenang dengan izin-Nya.

Saya berani mengatakan begini kerana segala ilmu di bawah adalah melalui al-Quran dan Hadith. Dan adalah suatu yang mustahil segala Firman Allah SWT dan Sabda Nabi SAW terdapat kesalahan.  Ingatlah sahabatku semua bahawa:

 

Allah itu Ada, Segala janji-Nya adalah benar dan Jangan Pernah Ragu.

Kempen Malaya Journal

Kempen Menghafal Quran 30 Juzuk.

Pertama sekali, kempen Hafal Quran ini akan menerangkan kepada anda tentang kelebihan-kelebihan yang akan didapatkan oleh seorang penghafal Quran sama ada kepada dirinya atau keluarganya. Tujuannya saya menubuhkan kempen ini adalah  untuk memberi motivasi kepada anda supaya anda lebih bersemangat untuk menghafal Quran.

Kempen ini juga, terbuka kepada semua peringkat umur iaitu bermula pada usia 7 tahun sampai 83 tahun.  Tidak ada alasan untuk kita tidak menghafal al-Quran. Insya Allah  semuanya urusan menghafal Quran akan dipermudahkan. Kerana  Allah sudah berfirman bahawa Al-Quran telah dimudahkan kepada sesiapa sahaja yang mahu menghafalkannya.

Firman Allah Ta’ala:

A017

Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?

(Al-Qamar 54:17)

Selain itu, di dalam kempen hafal Quran 30 juzuk ini juga,  saya telah sahre tentang kaedah untuk menghafal secara mudah dan sistematik. Tak perlu hafal banyak-banyak pun. Sehari hafal dalam 2 atau 3 ayat sahaja dan ada dua hari anda tidak perlu menghafal.  Juga, jadual pun telah dibuat oleh saya. Jadi, anda follow sahaja jadual menghafal tersebut. Cuma yang penting adalah teruskan istiqomah dalam proses menghafal al-Quran hingga ke akhir hayat.

 

Orang Mukmin Pasti Akan Hidup Bahagia

 

 

Kempen Cepat Kaya Dunia Akhirat.

Kempen kedua ini pula adalah untuk memberi panduan kepada orang-orang Islam yang mempunyai masalah ekonomi dunia dan akhirat. Termasuklah saya juga. Seperti biasa segala point-point di sini juga adalah berdasarkan al-Quran dan Hadith.

Di dalam kempen ini, saya akan share 3 trick utama yang telah digunakan oleh para sahabat Rasulullah yang mulanya miskin tetapi berubah menjadi kaya raya. Jadi, jika anda mahu mengubah kehidupan anda daripada miskin kepada kaya, belajarlah dan praktikkanlah segala ilmu yang anda pelajari di sini. Insya Allah, segala impian anda akan tercapai dengan izin-Nya. Aamin.

 

Orang Yang Rapat Dengan Allah SWT pasti akan dapat segala apa yang dimintakannya.

Kempen Membawa Anak-Anak Ke Syurga Allah.

Kempen ini pula dilancarkan oleh Professor Hasnan Kasan di Masjid Jamek Ar-Rahimiah Klang pada 4 Mac 2018. Dengan harapan agar ibubapa turut membawa anak-anak turut serta solat berjemaah di masjid atau surau. Tujuan utama hanya satu iaitu untuk bersama-sama menikmati nikmat syurga  seperti yang dijanjikan  oleh Allah SWT untuk selama-lamanya.

Caranya mudah sahaja tetapi tidak mudah untuk dilakukan dan sangat perlu 100% bimbingan daripada golongan ibubapa. Segala caranya akan diterangkan di kempen ini. Sambung baca di sini.

Semoga anda semua dan saya dapat menghidupkan kehidupan seharian kita dengan amal-amal soleh dan diberkati Allah SWT sentiasa. Selamat Beramal Semua!

 

Kempen Memperkasakan Generasi Remaja.

Kempen memperkasakan generasi remaja beriman dan bertakwa ini ditubuhkan untuk melahirkan generasi yang memilih untuk bertakwa kepada Allah SWT dengan sendirinya. Dan juga untuk melahirkan generasi remaja yang mewarisi sifat-sifat 7 remaja al-Kahfi itu. Jom kita sambut seruan kempen ini untuk melahirkananak remaja yang akan menaikkan umat Islam di akhir zaman ini.

Wallahua`lam.