Kempen Membawa Anak-Anak Ke Syurga Allah

Kempen-Mendidik-Anak-Anak-ke-Syurga-Allah-Malaya-Journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda selepasnya.

Penulisan kali ini lebih khusus kepada masalah ibubapa yang kurang mengambil berat akan ke mana hala tuju anak-anak mereka sama ada ke syurga atau neraka. Kerana sebagai seorang Muslim, kita harus pandu anak-anak kita untuk taat kepada Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Sebagaimana Firman-Nya:

Quran-66-6-Malaya-Journal

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

(At-Tahriim 66:6)

Selain itu, artikel ini ditulis juga di atas permintaan Prof. Hasnan Kasan yang meminta saya dan ahli-ahli qariah yang lain untuk viralkannya 3 point penting untuk memandu anak-anak anda juga supaya ke syurga bersama-sama anda.



Hal ini kerana, menurut pemerhatian Prof Hasnan kebanyakan ahli qariah yang ke masjid hanya yang tua sahaja dan ini masalah besar sekali sebenarnya. Ia diibaratkan seperti orang-orang tua sahaja yang ingin ke syurga padahal semua orang Islam mahu ke syurga.

Jadi, kita sebagai ibubapa atau atuk dan nenek harus tegas dalam mengajarkan anak-anak tentang perintah-perintah Allah dan larangan-Nya.  Serta bawalah anak-anak supaya turut serta solat di masjid secara berjemaah dan turut serta dalam kuliah masjid. Perlahan-lahanlah didik mereka untuk taat pada Allah dan takut melakukan maksiat.  Biarlah orang nak kata kita ketinggalan zaman atau apa pun asalkan yang penting anak-anak kita on the way to syurga.

Tetapi saya tak bermaksud bahawa anak-anak anda semua sekarang on the way ke neraka. Kerana kita tidak tahu siapa yang akan ke neraka. Jadi sesiapa pun tak boleh kata bahawa seseorang itu ahli neraka tak kiralah sama ada di ustaz atau berpangkat alim ulama sekali pun. Semoga kita semua dijauhkan daripada azab api neraka.

Yang saya maksudkan adalah kemungkinan anak-anak anda bersikap atau beramal-amal seperti ciri-ciri ahli neraka dan ini sangat bahaya sekali. Contohnya, di antara maghrib dan isyak, dimanakah anak-anak anda berada? Adakah sedang  mendengar kuliah di masjid atau tengah tengok korea di rumah? Atau pun sedang melayan Gegarvaganza, Meletop, Maharaja Lawak Mega dan sebagainya.

Kalau macam inilah amalan anak-anak anda setiap minggu, agak-agak kemanakah hala tuju mereka di akhirat nanti? Syurga atau Neraka? Ya, Allah itu Maha Pengampun dan Rahmat Allah itu tidak ada siapa boleh halang kalau Dia mahu memberikanNya. Tetapi anda jangan buat-buat lupa pulak yang Allah itu Maha Adil dan seksa-Nya sangat pedih



Apakah Caranya untuk Membawa Anak-Anak Anda ke Syurga Menurut Al-Quran?

Point 1 : Apakah Yang Anak-Anak Anda Kerjakan Di Dunia ini?

Firman Allah Ta’ala:

Quran-52-19-Malaya-Journal

(Dan dikatakan kepada mereka): “Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman yang lazat serta baik kesudahannya, dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan“.

(At-Tuur 52:19)

Berdasarkan ayat di atas, fokuskan kepada perkataan  “بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ ” yang membawa maksud disebabkan apa yang telah kamu kerjakan. Di sini,  Prof Kasnan menjelaskan bahawa Allah SWT berfirman kamu akan mendapat segala kenikmatan Syurga disebabkan apa yang telah kita kerjakan. Bukan disebabkan apa yang kita tahu semata-mata. 

So, harap anda semua faham. Pointnya adalah belajar ilmu sahaja tanpa buat amal soleh adalah sia-sia. Kerana salah satu yang dimaksudkan dengan iman adalah dibuktikan dengan amalan. Pastikan anak-anak anda juga tidak ketinggalan dalam melakukan amal-amal soleh.

 

Point 2: Adakah Zuriat Anda turut serta Melakukan Amal Ibadah yang Anda Lakukan?

Point kedua ini agak perit sikit kerana ramai ibubapa dan atuk nenek yang merupakan kaki masjid. Sedangkan anak-anak dan cucu mereka dibiarkan menjadi kaki lepak, kaki korea dan lain-lain lagi. Hal ini sangat merbahayakan kerana  Allah Ta’ala telah berfirman:

Quran-52-21-Malaya-Journal

Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya.

(At-Tuur 52:21)

Berdasarkan ayat di atas pula, Prof Hasnan Kasan menjelaskan bahawa Allah SWT menjanjikan zuriat anda pasti akan dipertemukan dengan ibubapa mereka di syurga dengan satu syarat sahaja. Dan itulah perkataan yang akan kita fokuskan di point ke-2 ini.

Perkataan tersebut adalah  “وَاتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتُهُم بِإِيمَانٍ ” yang bermaksud sifat zuriat anda turut sama beramal soleh seperti ibubapa dan atuk nenek mereka. Jadi persoalannya, jika anda semua (ibubapa) selalu solat berjemaah di masjid sedangkan anak-anak anda pula hanya tengok cerita korea di rumah atau suka melepak di luar, agak-agak itukan yang dimaksudkan dengan turut serta beramal soleh? Sudah tentu tidak.



Selain itu, perjumpaan di syurga ini bukanlah sementara kerana di syurga tidak akan ada lagi kematian. Dengar erti kata lain, anda semua akan hidup bersama-sama dengan zuriat anda buat selama-lamanya di syurga yang penuh dengan kenikmatan. Tetapi bagaimanakah caranya? Jangan risau kerana Allah SWT sudah memberitahukan jawapan atau rahsia tersebut di ayat yang berikutnya.

Point 3: Adakah Anda Semua Sering Cemas Apabila Zuriat Menderhaka Kepada Allah SWT.

Point last sekali ini adalah rahsianya kejayaan yang membawa zuriat anda ke syurga Allah. Firman Allah SWT:

A026

Mereka berkata: “Sesungguhnya kami dahulu, semasa berada dalam kalangan keluarga kami – selalu merasa cemas takut (daripada berlaku derhaka kepada Allah),

(At-Tuur 52:26)

Sebenarnya ayat di atas ini terkena sekali di batang hidung sendiri kerana kebanyakan kita hanya penting dunia sahaja. Sebagai contoh, ibubapa di zaman sekarang ini cukup cemas apabila anak-anak tak boleh dapat A dalam subjek Matematik. Tapi bila anak-anak gagap baca al-Quran, dia tak rasa cemas pun. Tenang je asalkan Matematik dan Sains dapat A. Sebab itu je orang selalu tanya. Orang jarang tanya dah khatam Quran ke belum!

Menururt Prof Kasnan, sebenarnya pemikiran macam inilah yang menjahanamkan anak-anak kita. Kerana apabila kita hanya cemas dengan dunia anak-anak kita tetapi tidak pada melakukan maksiat pada Allah SWT, maka tunggulah azab daripada Allah Ta’ala yang akan menimpa kita semua. Nauzubillah.

Namun cemas sahaja tiada gunanya. Seperti biasa anda perlu buktikan dengan amalan. Halanglah segala jenis medium yang boleh membawa kepada zuriat anda daripada melakukan maksiatseperti channel-channel televisyen yang ada adegan tidak senonoh dan lucah.

Lagi baik, bawak mereka solat berjemaah di masjid, baca al-Quran sama-sama dengan dan ajak mereka puasa isnin khamis sama-sama. Senang cerita buat amal soleh secara berjemaah supaya Ibubapa dapat lead anak-anak untuk ke syurga bersama-sama mereka. Awal-awal memang kena paksa sikit sebagai syaitan memang akan hasut bermati-matian. Bila dah lama-lama, Insya Allah mereka akan jadi biasa dengan amal soleh tersebut.

 

Kesimpulannya.

Ibubapa perlu sentiasa prihatin akan segala perkara yang anak-anak anda lakukan dan latih mereka untuk sentiasa takut melakukan maksiat serta suka melakukan amal soleh. Pesanan ikhlas ini adalah daripada saya dan Prof Hasnan Kasan supaya anda sentiasa pastikan anak-anak anda masuk ke syurga bersama-sama anda. Jangan biarkan mereka terumbang-ambing ditipu syaitan dan dunia yang fana ini.



Demi Allah, orang-orang Mukmin yang istiqomah dalam amal solehnya hanya tinggal tunggu mati je. Meraka akan dapat segala apa yang Allah SWT janjikan sama ada nikmat Syurga atau azab Neraka. Tidak ada sebarang keraguan lagi di sini kerana ia adalah Rukun Iman. Contohilah para sahabat. Selamat beramal semua.

P.S. Jika ada apa-apa soalan nak tanya boleh tentang cara lebih spesifik untuk nak guide anak boleh tanya saya di sini. Tolong Share dan Viralkan artikel Ini supaya rakan-rakan juga mengambil berat akan pendidikan agama anak-anak mereka. Bantu mereka selagi kita masih mampu.

Wallahua`lam.

Comments

comments

Related Post

Peringatan Azab Neraka Jahanam Kepada Para Pendosa ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
Apa Maksud Anak Soleh dan Solehah? ﷽ Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Sekelian Alam. Selawat dan Salam untuk Rasulullah S.A.W. dan tiada nabi lagi selepasnya, pembawa rahmat Keselur...
Kem Anak Soleh Dan Solehah ﷽ الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وسلم وبارك على عبده ورسوله، نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وبعد Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.