Kesabaran Dalam Islam

kesabaran-dalam-Islam-Malaya-Journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda selepasnya.

Kesabaran dalam Islam adalah satu tajuk yang sangat famous dan banyak sekali diceritakan dalam Al-Quran dan Hadis. Tetapi sejauh manakah tahap kesabaran kita? Lebih-lebih lagi jika kita sedang ditimpa musibah yang besar. Adakah kita akan semakin dekat pada Allah SWT atau semakin jauh dengan-Nya?

 

Maksud Sabar.

Menurut Ustaz Khalid Basalamah, sabar adalah redha dan menerima segala takdir Allah serta berikhtihar mencari jalan keluar dengan semampunya. Iaitu sesuai dengan syariat Allah dan kemudiannya menyerahkan urusan tersebut kepada Allah SWT.



Dalil-Dalil tentang Kesabaran Dalam Al-Quran.

Sebenarnya banyak sekali ayat tentang kesabaran dalam al-Quran Al-Karim tetapi saya takde lah nak kongsikan kesemua ayat. Dalam 5- 7 ayat je rasanya dan kesemua ayat ini telah dibahaskan oleh Ustaz Khalid Basalamah dalam kajian sabar di Youtube.

 

Dalil Pertama.

A200

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

(A-li’Imraan 3:200)

Di ayat ini, Ustaz Khalid Basalamah menerangkan kepada saya beratnya sesuatu cubaan itu hanya di awalnya sahaja, selebihnya akan menjadi mudah. Sebagai contoh, pada hari pertama berlaku kematian atau kehilangan barang, kita akan berasa tidak senang hati dan bersedih. Tetapi apabila kita bersabar dengan ujian tersebut, di hari-hari berikutnya akan menjadi lebih mudah. Point utama di sini adalah jangan keluh kesah dengan takdir Allah SWT kerana segala yang berlaku pada diri kita adalah yang terbaik untuk kita semua. Sesungguhnya Allah SWT lebh mengetahui akan hal tersebut.

 

Dalil Kedua.A155

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.

(Al-Baqarah 2:155)

Ayat di atas ini pula menerangkan, ujian atau cubaan ini datang secara individu sama ada beriman atau kafir. Cotohnya penyakit. Tidak ada orang tak pernah tak kena sakit tidak kiralah sama ada dia Islam atau pun kafir. Bencana pula berbeza kerana ia sifatnya lebih umum dan diturunkan kepada segelintir masyarakat seperti banjir, tsunami atau gempa bumi.

Tetapi ingatlah wahai saudara/i ku semua, setiap yang hidup akan mati, dunia akan ditinggalkan untuk ke akhirat, kesenangan akan datang setelah kesusahan, sihat akan adanya sakit. Semua ini pasti berlaku kerana ia adalah sunnatullah dan kita perlu  faham setiap perkara yang berlaku akan ada pasangannya.



Namun nikmat Allah SWT sangatlah banyak sehingga tidak terhitung dan kita kebanyakannya akan lebih banyak mendapat nikmat daripada cubaan. Contohnya, kita diberikan kesihatan selama 11 sebulan dan sakit cuma lebih kurang dua minggu sahaja.  Jadi seharusnya kita bersyukur dengan cubaan Allah kerana itu bermakna Allah mahu memberikan pahala kesabaran kepada kita semua.

 

Dalil Ketiga.A010

Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): “Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira”.

(Az-Zumar 39:10)

Menurut Ustaz Khalid Basalamah, puncak kesabaran seseorang hamba dengan Allah ialah meraka tidak akan berkeluh kesah kecuali kepada Allah. Kerana mereka hanya meminta-minta kepada Allah SWT. Tapi yang lebih baik adalah meminta supaya Allah mempertahankan nikmat yang sedia ada daripada meminta-minta hanya ketika cubaan turun. Walaupun benda itu kecil. Seperti meminta pertahankan kesihatan kita ketika sedang sihat.

Puncak kesabaran dengan manusia pula ialah apabila kita tidak membalas kejahatan mereka dengan kejahatan yang sama. Malah, kita membalas kejahatan mereka dengan kebaikan seperti yang sering kali dilakukan oleh Nabi SAW dan para sahabat. Dan ini sangat sukar dilakukan termasuklah penulis juga. Disebabkan itu,  Allah SWT menjanjikan pahala tanpa batas di akhir ayat tersebut.

Sebagai contoh, jangan benci seseorang itu disebabkan dia membenci kita, atau fitnah dia balik dengan dia fitnah kita. Sontoh terbaik yang saya boleh berikan sudah tentulah  Nabi SAW yang sentiasa sabar dan membalas kejahatan dengan kebaikan. Akhlak Nabi SAW memang tiptop. Maka contohilah Baginda SAW.

Kalau ada orang menyakiti kita pula, perkara pertama Islam ajar kita adalah maafkan dia dan jangan risau kerana mereka yang menzalimi kita pasti akan diadili oleh  Allah SWT di akhirat kelak. Selain itu, orang yang selalu memaafkan orang lain, hatinya akan menjadi bersih dan tiada dendam.



Dalil Keempat.A153

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar

(Al-Baqarah 2:153)

Ayat ini pula, kita pernah bahaskan di artikel Sabar dan solat sebagai cara meminta tolong daripada Allah. Kemudian, setelah bersabar dan solat, terimalah takdir Allah dengan hati yang terbuka dan beriktiharlah untuk mencari jalan keluar daripada masalah tersebut. Kemudian, bertawakkallah kepada Allah.

 

Keutamaan Sabar Dan Solat Dalam Islam.

  • Solat akan menjadi cahaya di tubuhnya, mukanya dan dalam kehidupannya.
  • Solat akan menjadi cahaya di hari kiamat timbangan itu sendiri.
  • Sabar itu pelita kehidupan – penerang di waktu gelap- pelita kehidupan.

 

Dalil Kelima.A031

Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.

(Muhammad 47:31

Berdasarkan ayat di atas pula, ujian dan musibah Allah diturunkan untuk menguji iman dan kesabaran para hamba-Nya.



Manfaat Cubaaan atau Musibah Yang Menimpa.

  • Untuk memberikan kesedaran bahawa kita hanyalah makhluk yang lemah. Banyak sekali perkara yang terbatas. Contohnya makan pun ada hadnya dan  kerja pun perlu kepada rehat.
  • Untuk mendapatkan extra pahala dan ditinggikan darjatnya. Hal ini kerana kalau nak harap amalan kita, memanga tidak akan mampu nak dapat darjat yang didapatkan melalui jalan sabar. Sebagai contoh, ketika sakit pun kita masih paksa diri kita untuk bangun malam, maka pahala melakukannya akan akan berlipat kali ganda.
  • Cubaan atau musibah ini juga bertindak sebagai peringatan daripada Allah. Oleh itu, orang-orang mukmin harus cerdas untuk mengesan adakah ini peringatan daripada Allah.
  • Agar seseorang merasakan besarnya nikmat yang sedang dia rasakan. Contohnya, orang yang pernah sakit teruk sahaja tahu betapa besarnya nilai kesihatan dan masa lapang.

 

Punca terjadinya musibah atau becana.

Firman Allah:

A117

Dan Tuhanmu tidak sekali-kali hendak membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya, selagi mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama sendiri.

(Hud 11:117)

Berdasarkan ayat di atas, bencana akan diturunkan di sesuatu tempat untuk semua orang yang di tempatnya dipenuhi maksiat dan tidak ada orang Islam yang menegurnya. 




Firman Allah Ta’ala juga:

A059

Dan tidaklah menjadi kebiasaan Tuhanmu membinasakan mana-mana negeri sebelum Ia mengutus ke ibu negeri itu seorang Rasul yang akan membacakan kepada penduduknya ayat-ayat keterangan Kami; dan tidaklah menjadi kebiasaan Kami membinasakan mana-mana negeri melainkan setelah penduduknya berlaku zalim.

(Al-Qasas 28:59)

 Ayat di atas pula, Allah SWT memberitahu sesuatu kaum itu tidak akan dibinasakan melainkan peringatan telah diberikan melalui Rasul-Nya. Bukti atau kisah-kisah seperti ini banyak sekali diterangkan di dalam al-Quran.

 

Kesimpulannya.

Kesabaran dalam Islam merupakan suatu amalan yang sangat terpuji dan perlu dilatih. Ia bukan datang secara tiba-tiba sahaja. Disebabkan itu kita perlu mempelajari ilmu tentang sabar, kelebihan orang yang bersabar, manfaat orang yang bersabar dan sebagainya. Supaya dengan ilmu tersebut, kita juga akan lebih bersemangat untuk bersabar ketika menimpa musibah kerana kita yakin bahawa setiap janji Allah itu benar. Saya akhiri penulisan kali ini dengan video pendek tentang sabar daripada Syeikh Muhd Zainul Asri H j Romli.

 

 

Wallahua`lam.

Comments

comments

Related Post

5 Kelebihan Orang Yang Bersabar ﷽ Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Sekelian Alam. Selawat dan Salam untuk Rasulullah S.A.W. dan tiada nabi lagi selepasnya. Pembawa rahmat Keselur...
Wahai Orang yang Beriman, Bersabar Dan Solatlah ﷽ الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وسلم وبارك على عبده ورسوله، نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وبعد Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.