Kesan Melakukan Maksiat Pada Diri Kita

Kesan-Maksiat-Kepada-Pelakunya-Malaya-Journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda selepasnya.

Dosa dan maksiat tidak pernah terlepas dari diri kita, kerana kita sering kali digoda oleh syaitan-syaitan yang terkutuk dan nafsu yang tidak pernah puas. Akibatnya, adakalanya iman kita menang dan adakalanya iman kita tewas. Saya sendiri pun sering kali mengalami pekara seperti ini.

Namun, saya sentiasa mencari jalan keluar dengan meningkatkan ketaatan dan menambah amal soleh agar iman saya semakin lama semakin menguat. Tapi kadang-kala tewas juga sehingga saya menjumpai kajian tentang kesan melakukan maksiat atau dosa terhadap diri kita. Kajian ini telah disampaikan oleh Ustaz Khalid Basalamah dan anda boleh mendengarnya di sini. 4 kesan maksiat di bawah pula, adalah hasil rumusan daripada kuliah tersebut. Semoga bermanfaat untuk kita semua.



4 Kesan Maksiat terhadap Pelakunya.

1. Hidup jadi sempit.

Sebagaimana firman Allah SWT:

A124

“Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta”.

(Taha 20:124)

Berdasarkan ayat di atas, Allah SWT telah menjamin kehidupan yang sempit bagi yang  lupa, tinggalkan atau ingkar kepada petunjuk-Nya. Dan salah satu cara untuk manusia berpaling ingkar sudah tentu dengan melakukan dosa atau pun maksiat.

 

2. Penyebab kesesatan dan jauh daripada petunjuk.

Hal ini kerana apabila maksiat yang dilakukan tidak pernah diatasi atau berusaha untuk berubah, semakin lama kita akan semakin jauh daripada melakukan ketaatan kepada-Nya. Sebagai contoh, orang yang suka, terbiasa atau sering melakukan maksiat akan susah untuk bersedekah, solat di masjid dan mendengar kuliah agama walaupun mereka sangat mampu melakukannya. Padahal kereta ada dua, motosikal pun ada, duit pun banyak dan masih sihat walafiat. Tetapi tidak pernah terlintas pun nak buat ketiga-tiga amal soleh di atas.

A036

Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.

(Al-Ahzaab 33:36)

Kalau nak bukti lebih power, anda boleh buat pemerhatian sendiri terhadap kawan-kawan anda atau pun dengan muhasabah diri kita sendiri. Muhasabah diri ini adalah cara yang terbaik untuk berpijak di bumi yang nyata. Tanya diri anda, berapa banyak kita sedekah sebulan? Berapa kali kita solat di masjid dalam sebulan? Dan last sekali, bila  last sekali kita turut dalam majlis-majlis ilmu di masjid? Tepuk dada tanya iman.

Justeru, mari kita sama-sama memperbanyakkan istighfar kepada Allah SWT kerana maksiat yang dilakukan terlampau banyak. Semoga Allah SWT ampunkan dosa kita semua.

A010

“Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.

(Nuh 71:10)

 

3. Allah SWT mendampingkan syaitan kepada pelaku maksiat itu.

Iaitu apabila kerja dia asyik melakukan maksiat je, maka Allah Ta’ala mendampingkan syaitan sebagai penemannya. Hanya dengan insaf daripada melakukan maksiat tersebut barulah Allah akan jauhkannya daripada syaitan tersebut.

Firman Allah:

A036

Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.

(Az-Zukhruf 43:36)

Jadi tidak hairanlah kalau orang yang sering melakukannya maksiat untuk tidak rasa bersalah pun melakukan maksiat kerana dia kawan pun dengan syaitan. Hanya dengan jalan taubat sahaja kawannya yang jahat itu akan hilang.

 

 

4. Terancam masuk neraka.

Point last ni saya rasa anda semua dah tahu. Oleh itu, pastikan kita bertaubat sebelum mati dan disebabkan kita tak tahu bila kita akan mati, bisakanlah diri kita dengan istighfar dan bertaubatlah hari-hari. Sebab kalau tak sempat taubat, maka api nerakalah tempat kembali kita di akhirat nanti. Sebagaimana firman-Nya:

 

A014

Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekallah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina.

(An-Nisaa’ 4:14)



Sebagai penutup, ingatlah sahabat-sahabat saya semua, dosa dan maksiat itu ibarat racun yang diminum masuk ke dalam badan. Tak kisahlah sama ada, anda tahu atau tidak bahawa ia adalah racun, kerana ia tetap akan memberi kesan yang sangat buruk kepada peminumnya. Tetapi jika anda tahu ia adalah racun yang membinasakan badan anda, sudah tentu anda akan mengelakkan diri daripada meminumnya. Di antara kesan racun tersebut adalah seperti empat perkara di atas. Selamat beramal semua dan semoga Allah ampunkan dosa kita semua.

Wallahua`lam.

Comments

comments

Related Post

Dosa Besar – Hukum Judi Dalam Islam ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
5 Pesanan Wali Allah Tentang Maksiat ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
Cara Efektif Meninggalkan Maksiat Menurut Al-Quran... ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
Hadis 27 – Kebajikan atau Dosa? ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.