Husnul Khotimah: Pengalaman Seorang Doktor Pakar

husnul-khotimah-Malaya-Journal

الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وسلم وبارك على عبده ورسوله، نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وبعد

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,

Kitab Penyaksian Seorang Doktor yang ditulis sendiri oleh Dr Khalid Al Jubair merupakan satu kitab yang sangat berguna dalam kehidupan kita. Ini kerana kitab ini merupakan cerita-cerita pelik dan ajaib adalah berdasarkan pengalaman yang dihadapi oleh Dr Khalid sendiri di Riyadh, Arab Saudi. Dengan erti kata lain, kesemua cerita di dalam kitab ini merupakan kisah-kisah benar yang dibukukan oleh Dr Khalid supaya kita dapat mengambil pengajaran daripada pengalaman beliau. Bak kata orang putih, kesemua kisah di dalam kitab ini adalah “based on true story“.

Sebelum bermula, saya akan terangkan sedikit sebanyak tentang Dr Khalid Al-Jubair. Beliau merupakan salah seorang doktor pakar bedah jantung di Hospital Tentera, Riyadh, Arab Saudi. Dan apabila pesakit-pesakit beliau meninggal dunia ini, beliau mendapati terdapat banyak keistimewaan yang pesakit beliau rasai pada akhir saat kematian. Ia juga dipanggil husnul khotimah iaitu suatu kematian yang baik diberikan oleh Allah S.W.T. hanya kepada hamba-Nya yang terpilih sahaja.

Untuk memudahkan cerita, husnul khotimah ini juga dipanggil akhir hidup yang baik. Iaitu suatu kondisi di mana seorang mukmin diberi taufiq oleh Allah sebelum datangnya kematian untuk meninggalkan segala perbuatan yang mendatangkan murka Allah Azza wa Jalla, bersemangat melakukan ketaatan dan mengerjakan berbagai kebaikan kemudian dia menutup usianya dengan kebaikan. Semoga kita semua juga akan mendapat husnul khotimah juga. Aamin.

Dan yang paling penting, kitab penyaksian seorang doktor ini membuktikan kita juga mampu untuk mendapatkan akhir kematian yang baik. Hal ini kerana, kisah-kisah yang berlaku ini adalah pada zaman kita. Bukannya berlaku pada zaman para sahabat, zaman tabi’ dan tabi’in. Disebabkan itu, tujuan utama Dr Khalid membukukan pengalaman husnul khotimah beliau adalah untuk mensucikan hati seseorang mukmin melalui kisah-kisah benar yang penuh ibrah dan hakikat yang dapat memberi kesan mendalam pada jiwa mereka.

Di samping itu, saya sebenarnya sudah lama mencari kitab yang boleh mengingatkan saya akan betapa pentingnya saat kematiaan itu. Kerana saya sering kali terlupa, lalai dan hidup bagaikan tiada arah tujuan. Lebih-lebih lagi, dunia akhir zaman dipenuhi dengan dunia yang sangat mengasyikkan. Ini membuatkan ianya lebih sukar untuk berpijak dibumi yang nyata. Dan saya rasa anda juga pernah mengalami perasaan seperti ini juga. Untuk mencegah, peristiwa tersebut daripada berlaku, perkara yang patut dilakukan oleh kita adalah dengan sentiasa mengingati mati.

Rasulullah S.A.W. pernah melalui sebuah majlis yang penuh dengan gelak ketawa. Rasulullah berhenti dan bersabda, “Penuhilah majlismu dengan mengingatkan sesuatu yang menjadi pengeruh kelazatan.” Mereka bertanyakan apakah yang dimaksudkan dengan pengeruh kelazatan dan Rasulullah S.A.W. menjelaskan, “Pengeruh kelazatan itu ialah maut.”

Justeru, saya meneruskan usaha mencari kitab yang boleh memperingatkan saya akan kematian supaya boleh menakutkan-nakutkan saya dan membuatkan saya sedar akan dunia yang fana ini. Adalah suatu yang sangat merugikan jika dunia dijadikan tujuan utama kita. Namun, kebanyakan kitab dan buku  yang telah saya dijumpai adalah tentang alam roh, alam kubur atau barzakh, neraka dan hari kiamat. Pada saya, buku-buku seperti ini kurang memberi kesan kepada hati saya ini.

Hal ini demikian kerana, kesemua jenis buku bukanlah tidak berguna, cuma saya sering kali mendengar cerita dan kisah-kisah tersebut daripada para ustaz sama ada di masjid atau pun internet. Disebabkan saya sering mendengarnya, ia menyebabkan hati saya yang hitam dan keras ini susah untuk ditakutkan dan dilembutkan dengan azab-azab seksa tersebut. Padahal azab seksa Allah sangatlah dahsyat. Semua ini berpunca dari hati saya yang telah menjadi biasa dengan ancaman tersebut.

Namun begitu, apabila terjumpa kitab penyaksian seorang doktor ini, pencarian saya telah berakhir. Kerana segala pengalaman Dr Khalid Al-Jubair merupakan cerita pada saat-saat husnul khotimah seseorang itu. Dan juga beberapa karamah yang diberikan oleh Allah kepada hamba-Nya yang terpilih. Pada pandangan saya, kitab  ini merupakan satu penceritaan tentang kematian yang sangat terkesan di jiwa saya. Kerana saat-saat akhir kematian ini merupakan saat paling penting bagi seseorang Muslim.

Kerana pada saat husnul khotimah inilah, seseorang itu akan disambut oleh malaikat maut dalam keadaan yang sangat menakutkan jika dia meninggalkan dunia dalam keadaaan lupa pada Allah. Sebaliknya, jika, seseorang itu mati dalam keadaan husnul khotimah maka Insya Allah kita akan didatangi malaikat maut dalam keadaan yang menenangkan serta di sambut malaikat rahmat.

Dan yang paling utama untuk kita pelajari dalam kitab ini adalah, setiap kali para pesakit yang mendapat husnul khotimah ini, Dr Khalid sendiri akan bertanya kepada ahli keluarga yang masih hidup untuk bertanya apakah amalan rahsia atau istimewa yang telah dilakukan oleh arwah tersebut. Dan segala amalan ini tidaklah mustahil untuk kita lakukan!

Oleh itu,dengan membaca pengalaman doktor Khalid ini, kita boleh melakukan segala amalan istimewa yang mereka lakukan supaya Insya Allah kita juga akan menikmati saat husnul khotimah. Walau bagaimanapun, kitab ini saya tidak tahu dimanakah ia dijual dan kitab ini juga ditulis dalam bahasa arab. Tetapi ia telah diterjemahkan dan sebahagian kisah ini telah didokumentasi oleh Abu Anas melalui kuliah tujuh minitnya (kultum). Nama buku yang telah diterjemah itu adalah Travelog Iman Seorang Doktor: Dr Khalid Al-Jubair.

Sebenarnya saya tidak pernah pun membaca kitab ini. Tetapi saya tahu tentang kesemua cerita atau pengalaman Dr Khalid Al Jubair Hafizahullah kerana telah diceritakan oleh Dr Abu Anas Madani sendiri melalui yang telah diupload dan disebarkan melalui YouTube. Jika anda berminat untuk mendengarnya juga, anda boleh menontonnya sendiri di sini. Kesemua cerita atau part telah dibahagikan kepada 20 video yang berasingan. Malah, video-video tersebut telah disyarah dengan baik sekali dan sangat mudah untuk difahami orang ramai. Saya sangat berterima kasih di atas jasa Dr Abu Anas Madani.

Kesemua video tersebut paling panjang pun, saya rasa dalam linkungan 13 minit lebih sahaja dan paling pendek pula 7 min lebih. Jadi, tidak ada alasan untuk anda mengatakan video kuliah terlampau panjang. Saya syorkan anda supaya menonton video tersebut sebelum tidur atau selapas bangun dari tidur. Luangkanlah masa anda dengan benda-benda berfaedah. Jangan kata tiada masa pula sedangkan anda sentiasa sahaja ada masa untuk bermain apps Instagram, Twitter dan Facebook walau sesibuk mana pun seseorang itu.

Pada playlist video YouTube tersebut, terdapat 20 lebih cerita atau pengalaman menarik yang anda boleh dengar melalui pengalaman Dr Khalid Al-Jubair. Antara kisah yang paling menarik adalah:

  1. Kisah Pemuda Menjaga Solat & Akhlak.

  2. Isteri Solehah Yang Menjaga Qiyamullail Selama 35 Tahun.

  3. Jantung Seorang Muazzin Melaungkan Azan Selepas Tuannya Mati

  4. Ibu Mandul 15 Tahun Bersabar Anak Sakit Dengan Zikir & Quran.

  5. Askar Berjanji Dgn Allah Tak Mahu Makan Ubat Penahan Sakit

  6. Kehebatan Jampi Ruqyah Dari Nabi SAW Kepada Pesakit.

  7. Jantung Seorang Muazain Melaungkan Azan Selepas Tuannya Mati.

Sesungguhnya pengalaman Dr Khalid Al-Jubair ini sangatlah berguna dan perlu dibaca oleh orang ramai terutamanya yang beriman kepada Allah. Anda akan dapat melihat berbagai-bagai bentuk kekuasaan Allah S.W.T. yang tidak ada manusia pun yang mampu untuk melakukannya. Ada yang sembuh dari lumpuh hanya dengan bermunajat kepada Allah sahaja dan ada pula memasuki pembedahan tanpa ubat tahan sakit tetapi langsung tidak berasa sakit. Begitulah Maha Perkasanya Allah S.W.T. itu.

Wallahu’alam.

Comments

comments

Related Post

Keburukan Medical Card Anda? Bukanlah saya mengatakan bahawa anda semua tidak ingat akan kematian, cuma kebanyakan orang sekarang hanya mengingati mati tetapi bukanlah seperti zam...
Misi Mencari Redha Allah SWT ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
4 Sebab Mengapa Cinta Dunia Sangat Merbahaya ﷽ Telah banyak ayat al-Quran menceritakan akan keburukan cinta dunia, memperingatkan manusia supaya menjauhinya dan sekaligus menyeru manusia memburu...
Orang-orang Yang Paling Rugi Di Dunia ﷽ Segala Puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana, Hari ini kita akan bincangkan siapakah dia orang-orang yang paling rugi itu? Iaitu orang-oran...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.