Kita Tidak Ada Pilihan Lain

Kita-Tidak-Ada-Pilihan-malaya-journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda selepasnya.

Pada suatu malam saya terdengar kuliah pendek daripada Syeikh Muhammad Zainul Asri tentang redha Allah SWT. Dan saya begitu tersentap sekali, sebab takut adakah saya masih berada dalam keredhaan Allah SWT atau tidak. Sangat takut sebenarnya sebab takut-takut kita pernah tak redha dengan ujian-ujian yang pernah Allah SWT berikan kepada kita.  Boleh tercabut iman dibuatnya kalau tak redha dengan Allah SWT ini. Nak senang faham ingat balik rukun iman yang enam itu. Salah satunya adalah percaya pada qada’ dan qadar. Video tersebut seperti di bawah:

 

Selepas tengok video ini, keesokan harinya(hari jumaat) saya dapat berita daripada boss di syarikat saya bahawa mungkin saya lebih baik bekerja di syarikat-syarikat yang lebih besar daripada syarikat ini. Dengan erti kata lain saya akan diberhentikan kerja pada isnin depan. Pada saat ini saya terus tersenyum lebar sebab saya teringat terus video di atas tadi. Walaupun apa pun yang terjadi, kita kena redha dengan ketentuan Allah SWT.

Mungkin saya bercadang untuk bekerja hingga hujung tahun dan kemudian buat bisnes sendiri tapi nampaknya Allah SWT ada perancangan lain. Sebagai seorang hamba-Nya, saya patuh dan taat.  Lepas tu, malam hari tu pulak saya terpasang lagi satu video di Youtube tentang orang-orang arif tentang Allah SWT daripada Syeikh Zainul Asri juga. Video tersebut seperti di bawah:

 

Bila dengar kuliah pendek ni pula, masya Allah hebat betul perancangan Allah SWT. Bagaikan Allah SWT nak pandu saya. Satu-satu petunjuk diberikan untuk bersabar dan redha kepada ujian Allah SWT. Jatuh di dunia tidak mengapa, yang penting jangan menyesal di akhirat.

 

Kemudian, dua hari selepas itu pula, saya pergi ke kuliah subuh di Masjid seperti biasa dan Ustaz Zahazan tiba-tiba menyampaikan kuliah subuh bertajuk kejayaan yang sebenar. Iaitu kejayaan kita melepas titian as-sirat untuk masuk ke syurga Allah SWT. Itu kejayaan yang sebenar bukannya kejayaan seperti dapat masuk universiti terkemuka di dunia, dapat kerja gaji berpuluh-puluh ribu, dapat naik pangkat besar dan sebagainya.

Kesimpulannya, kita sebagai seorang hamba wajib menyakini bahawa setiap apa yang berlaku pada diri kita ini adalah dalam perancangan Allah SWT dan keadaan itulah yang terbaik untuk kita. Kita tidak ada pilihan lain dan ingatlah,  segala yang berlaku ada hikmahnya.

P.S. Buat masa ini saya akan buat bisnes servis marketing saya sendiri untuk mencari rezeki di atas muka bumi Allah SWT ini. Jika, anda seorang penguasaha bisnes dan ingin naikkan sales kedai anda. Sila hubungi saya di sini.

Comments

comments

Related Post

Mengapa kita Ditimpa Musibah Oleh Allah? ﷽ Segala Puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana, Alhamdulillah, saya sentiasa diberi keizinan oleh Allah Ta'ala untuk mengahadiri kelas Dr Sha...
Redha Dan Sabar dengan Ujian Allah Barangsiapa yang ingin selamat  daripada Azab Allah, menginginkan rahmat-Nya serta ingin masuk ke Syurga-Nya, hendaklah dia menahan nafsu dari segala ...
Apa itu Quranic Mindset dan Quranic Culture? ﷽ Menurut Dr Mohd Shafie Md Amin Al- Muqri di dalam bukunya yang bertajuk You Are The Best, umat Islam sangatlah memerlukan kebijaksaan yang berasask...
Kitab Penawar Bagi Hati ﷽ الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وسلم وبارك على عبده ورسوله، نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وبعد Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.