kitab-al-hikam-Malaya-Journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda selepasnya.

Kitab Al Hikam merupakan kitab yang ditulis oleh Imam Ibnu Athaillah as-Sakandari rhm dan ia adalah sebuah kitab yang sangat banyak diajarkan oleh para ustaz dan syeikh di Malaysia ini. Untuk pengetahuan semua, kitab ini adalah kitab yang merekodkan dua ratus lebih mutiara hikmah yang perlu kita pelajari secara berguru.

Hal ini kerana, kesemua mutiara kata ini sangatlah tinggi bahasanya apatah lagi di dalam bahasa arab dan tidak semua ustaz boleh mensyarahkannya. Tetapi, alhamdulillah dengan menggunakan teknologi sekarang ini iaitu Youtube dan Facebook live, penuntut ilmu akhir zaman dapat menuntut ilmu di mana-mana sahaja selagi mana mereka ada kemudahan internet.

Bahkan, sekarang ustaz-ustaz yang datang ke masjid atau surau untuk mengajarkan secebis ilmu di antara maghrib dan isyak. Kita hanya perlu datang dan belajar tanpa dikenakan sebarang bayaran pun. Jadi tidak ada alasan lagi untuk kita tidak mempelajari ilmu agama di akhir zaman ini.

Sabda Baginda SAW:

H. akhlak 1Artinya: “Orang-orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik mereka adalah yang paling baik terhadap istri mereka“.

(HR. At-Tirmidzi)

Namun demikian, pada hari ini saya mahu berkongsi tentang kelebihan kitab al-Hikam kerana saya rasa ia adalah suatu ilmu yang perlu kita kuasai. Iaitu ilmu tentang tasawwuf atau akhlak seseorang Muslim itu.  Lebih-lebih lagi, di akhir zaman ini, ilmu adab dan akhlak semakin kurang diajarkan di sekolah, namun ia tidak menghalang kita sebagai seorang Muslim untuk mempelajarinya.

Cara terbaik sudah tentu dengan mempelajarinya di kuliah-kuliah agama yang diadakan di masjid. Tetapi kitab al-hikam ini adalah lebih kepada adab terhadap Allah SWT dan pada pandangan saya, ini adalah step pertama untuk kita menjadi seorang yang berakhlak mulia.  Sebagaiman Firman Allah:

 بِحَبْلٍ مِّنَ اللَّهِ وَحَبْلٍ مِّنَ النَّاسِ 

mereka yang berpegang pada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia.

(A-li’Imraan 3:112)

Jadi, berdasarkan ayat di atas pertama sekali yang kita perlu lakukan adalah berpegang pada janji-janji Allah dan yakin dengan seyakin-yakinnya. Tetapi untuk mengeluarkan keyakinan seperti para sahabat yakin dengan janji Allah dan Rasul bukanlah mudah. Caranya hanya dengan menuntut ilmu dan kitab al hikam merupakan salah satu kitab yang terbaik untuk menimbulkan keyakinan kepada Allah.

Hal ini kerana, kitab al Hikam ini berupa nasihat para ulama’ kepada para pelajar yang sedang menuju kepada Allah Azza Wa Jalla. Dan nasihat-nasihat ini bukanlah untuk dibaca dan dipelajari sahaja tetapi untuk beramal di dalam kehidupan seharian.

Jika anda tidak tahu di mana anda boleh beli kitab al-Hikam. Saya syorkan anda semua membeli kitab Al Hikam yang disyarah oleh Dr. Zulkifli Mohammad Al Bakri. Gambar kitab tersebut seperti di bawah:

kitab-Al-Hikam-Jilid-1-Malaya-JournalAnda boleh membuat pesanan untuk membelinya dengan pihak Sumber Hukamak Enteprise iaitu pembekal utama buku karya SS Datuk DR Zulkifli Mohammad Al Bakri.

Antara kelebihan kitab al hikam.

  • Al-Hikam ialah perkataan jamak bagi “hikmah” bermakna “kalimah yang terkandung dalamnya ilmu yang bermanfaat” atau “material ilmu yang bermanfaat” seperti ilmu Fiqah, ilmu Tauhid dan ilmu Tasawuf.
  • Al-Hikam mengandungi inti sari Tasawuf ialah ilmu yang mengupas bagaimana menyucikan diri daripada sifat-sifat tercela (sifat mazmumah) dan menjaga ibadah serta semua amal perbuatan supaya terhindar daripada penyakit-penyakit hati yang berbahaya seperti takabur, riyak dan ujub.
  • Tauhid pula berhubung rapat dengan akidah Islamiah untuk mengenalkan hamba dengan pencipta-Nya pada kadar yang lebih dekat (akrab).
  • Terdapat 259 hikmah yang terkandung dalam kitab al-Hikam yang membicarakan tentang pokok dan hakikat ilmu Tauhid yang menjurus dan membimbing mereka menuju kepada Allah SWT.

 

Kesimpulannya.

Sebagai penutup kata, saya galakkan anda semua membeli dan mentalaqqi kitab al hikam ini bersama pengajar yang mampu untuk mensyarahkannnya seperti Syeikh Zaini Hj Ahmad, Syeikh Zainul Asri, Dato Dr Zulkifli Al Bakri dan lain-lain lagi. Tetapi, fokuskan untuk mengamalkan ilmu yang dipelajari bukannya untuk menghabiskan kitab ini secepat mungkin. Itulah pesanan ikhlas daripada Syeikh Zainul Asri kepada saya. Semoga kita semua dimudahkan Allah untuk menuntuk ilmu dan mendampingi para alim ulamak. Aamin.

Wallahua`lam.

Comments

comments




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.