Kitab Bidayatul Hidayah – Jalan Menuju Petunjuk

Kitab-Bidayatul-Hidayah-Malaya-Journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk,Muhammad SAW (Rasul dan hamba-Nya), dan juga ke atas ahli keluarga Baginda SAW serta para sahabat Baginda selepasnya.

Kitab Bidayatul Hidayah adalah merupakan salah satu kitab yang ditulis oleh Imam Al-Ghazali, seorang ulama kurun ke-5 hijrah yang memiliki ilmu yang sangat luas. Antara kitab-kitab beliau yang terkenal adalah Ihya’ Ulum ad-Din, Ayyuhal Walad, Bidayatul Hidayah dan Minhaj Al-‘Abidin.

Sedikit sebanyak tentang Imam AL-Ghazali adalah beliau antara ulama’ yang meninggal muda iaitu ketika berumur 55 tahun sahaja (505 Hijrah). Tetapi ilmu berkenaan kitabnya telah disyarah, dirujuk dan diajar sehingga ke hari ini (1439 Hijrah). Keberkatan ilmu beliau sangatlah dahsyat.

Fokus utama tajuk perbahasan kita adalah berkenaan kitab Bidayatul Hidayah. Hal ini kerana kitab ini merupakan muqaddimah kepada kitab  Ihya’ Ulum ad-Din dan kitab ini tidaklah setebal kitabnya yang lain . Dan saya baru sahaja mempelajari Kitab Bidayatul Hidayah ini melalui program Daurah Kitab Turath yang telah dianjurkan oleh pihak Masjid Jamek Ar-Rahimiah dan Telaga Biru.



Pada pandangan saya, program ini sangatlah memudahkan orang Islam yang ingin berjinak-jinak untuk mempelajari kitab-kitab ulama’ yang terdahulu. Kerana kitab-kitab yang ingin diajar bukanlah calang-calang kitab. Antara contoh kitab-kitab yang akan diajar adalah Hadith-Hadith Hukum, Adab Pembaca Al-Quran dan Dosa-Dosa Besar. Lebih-lebih lagi, kesemua kitab ini akan diajar oleh para ustaz yang berpengalaman seperti Datuk Dr Zahazan Mohamed dan Ustaz Fauwaz Fadzil.

Jadi saya rasa, sebagai seorang penuntut ilmu yang kerdil ini, peluang keemasan ini tidak patut dilepaskan. Jika anda menyertai program daurah ini, anda semua juga akan menerima buku hardcover, majalah Solusi dan al-Ustaz, serta sijil penyertaan dan makan tengahari percuma. Yuran penyertaan pula hanyalah RM50, sangatlah berbaloi dengan program yang bermanfaat ini.

Malah, saya juga telah diberitahu oleh pihak Telaga Biru yang program Daurah ini akan dibuat di seluruh masjid di semenanjung Malaysia. Insya Allah mereka akan datang ke masjid anda untuk berkerjasama dengan pihak lembaga masjid untuk menganjurkan program daurah ini. Untuk mengetahui tentang latar belakang Program Daurah Kitab Turath di Masjid Jamek Ar-Rahimiah ini dengan lebih lanjut, anda semua boleh membaca detail-detail program daurah tersebut di bawah;

program-daurah-kitab-turath-MJAR-Malaya-Journal

 

Seperti yang ditulis pada gambar di atas, program ini akan berlangsung daripada pukul 9 pagi hingga pukul 5 petang untuk menghabiskan daurah satu kitab tersebut. Senang cerita, anda akan menghabiskan siang hari anda dengan menuntut ilmu Allah di rumah Allah yang mulia ini. Semoga dengan itu, segala-segala dosa kita yang telah lalu akan diampunkan. Program daurah ini juga akan berlangsung sekali sebulan sahaja. Jadi hari ahad yang lain anda boleh pergi kenduri. Jangan risau, kita tak amek masa anda semua.

Yang paling penting, betulkan niat kita untuk menuntut ilmu kerana Allah. Itulah di antara point yang paling diingati saya pelajari selepas mempelajari kitab Bidayatul Hidayah ini. Jika niat kita kerana Allah, insya Allah semua akan jadi  ringan dan kita akan semakin dekat kepada Allah. Sebaliknya, jika kita menuntut ilmu kerana mencari kemegahan, supaya dipuji orang ramai atau untuk mencari dunia semata-mata, maka sia-sialah ilmunya itu. Kerana orang seperti ini sudah ditipu oleh syaitan.

Sebagaimana sabda Nabi SAW:

“Sebenarnya aku lebih takutkan orang selain dajjal ke atas kamu berbanding dajjal itu sendiri.” Maka ada orang bertanya, “Siapakah dia wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, “Ulama yang jahat“.

(Riwayat Ahmad)

Di samping itu, di antara kelebihan mempelajari kitab turath para ulama muktabar ini adalah, kitab penulisan Imam Al-Ghazali ini ditulis dengan penuh dengan detail. Ia diibaratkan seperti Imam Al-Ghazali sedang mengajar kita face to face semasa program daurah kitab Bidayatul Hidayah ini dijalankan. Penerangan yang disampaikan oleh Ustaz Zahazan juga sangat baik dan memuaskan.



Kesimpulannya, melalui program daurah kitab Bidayatul Hidayah ini saya akan share tiga point penting . Pertama, kita kena pastikan kita sentiasa menuntut ilmu semata-mata kerana Allah bukan sebaliknya. Kedua, pastikan guru yang mengajar kita itu, mengajar ilmu yang mendekatkan diri kepada Allah S.W.T, bukannya semakin jauh. Dan yang ketiga adalah beramal dengan ilmu yang dipelajarinya itu, kerana ilmu tanpa amal adalah sia-sia.

Wallahua`lam.

Comments

comments

Related Post

Enam Pesanan Penting daripada Imam Al Ghazali ﷽ Segala Puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana, Keenam-enam pesanan Imam Al Ghazali ini adalah soalan yang ditanyakan oleh Imam Al-Ghazali se...
3 Adab Menuntut Ilmu menurut Imam Al-Ghazali ﷽ Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Sekelian Alam. Selawat dan Salam untuk Rasulullah S.A.W. dan tiada nabi lagi selepasnya, pembawa rahmat Keselur...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.