Kitab Penawar Bagi Hati

Kitab-Penawar-Bagi-Hati-dan-Tenang-Dengan-Ujian-Malaya-Journal

الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وسلم وبارك على عبده ورسوله، نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وبعد

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,

Kali ini saya mahu menceritakan kelebihan dua kitab yang baru saya beli iaitu kitab Penawar Bagi Hati dan Tenang dengan Ujian yang kedua-duanya ditahqiq dan ditulis oleh Dato’ Dr Abdul Basit. Pertama sekali, saya membeli kedua-dua kitab ini kerana ia sangatlah berguna dan sangat membantu menyelesaikan masalah hati dan perasaan yang melanda diri saya sejak sekian lama.

Iaitu masalah hati yang dipenuhi bintik-bintik hitam dosa. Disebabkan itu, sukar sekali  untuk saya meraih ketenangan jiwa dalam kehidupan seharian. Sering sekali saya merasa gelisah dengan dunia ini padahal dunia ini hanya sementara. Dan saya merasakan anda juga tidak mustahil pernah mengalami masalah yang seperti ini. Jika ya, teruskan membaca di bawah.

Untuk mencegah masalah hati yang dialami saya di atas, saya telah bertekad untuk mempelajari ilmu tentang hati itu sendiri. Dan kedua-dua kitab di atas  adalah antara kitab yang terbaik untuk mempelajari ilmu tentang hati ini. Kini, setelah baru saja selesai mempelajari bahagian satu dalam kitab Penawar bagi Hati iaitu ilmu tentang membersihkan 7 anggota daripada segala perbuatan keji, saya berasa hati ini diibaratkan seperti baru sahaja bangun dari tidur. Padahal umur sudah menjangkau 20-an.

Pada pandangan saya, kedua kitab di atas ini Insya Allah akan dapat membantu anda sebagaimana ia membantu saya. Tetapi yang membuatkan saya mahu menulis tentang kedua-dua kitab ini adalah kerana kehebatan penulisan Dr Abdul Basit. Beliau merupakan antara ilmuan Islam di Malaysia yang sangat tinggi ilmu agamanya. Beliau juga merupakan anak kepada Tuan Guru Haji Abdul Rahman (pengasas Pondok Sungai Durian).

kitab-penawar-bagi-hati-Malaya-Journal

Sedikit sebanyak tentang Kitab Penawar bagi Hati ini adalah:

  • Kitab ini dikarang oleh Syeikh Abdul Qadir Bin Abdul Mutallib Al-Indunisi Al-Mandili.
  • Seorang Ulama Melayu yang mendapat kelayakan mengajar di Masjidil Haram dan telah mengajar di sana selama 30 tahun.
  • Di antara Ulama’ Melayu yang paling banyak mengarang kitab-kitab dalam bahasa jawi dan arab.
  • Kitab ini ditulis sekurang-kurangnya pada 61 tahun (1378 Hijrah) yang lalu.
  • Kitab ini juga di antara kitab yang paling banyak dijadikan teks kuliah para ustaz di Malaysia.
  • Syeikh Abdul Kadir menamakan kitab ini penawar bagi hati untuk menerangkan perkara yang wajib dibersihkan dan dihiasi oleh hati.
  • Jadi, jika hati anda dipenuhi perasaan yang tidak tenteram seperti saya, kitab inilah insyaAllah dapat membantu anda. Wallahu’alam.

Latar Belakang Kitab Tenang Dengan Ujian pula:

  • Kitab ini ditulis sendiri oleh Dr Abdul Basit tentang cara-cara meraih ketenangan yang abadi berdasarkan al-Quran dan As-Sunnah.
  • Setiap penerangan akan disertai dengan dalil-dalil yang sahih dan bukannya daripada kajian orang-orang barat.
  • Kitab ini juga mengajar bagaimana untuk sentiasa berakhlak mulia pada setiap makhluk walaupun sedang difitnah agar kita sentiasa tenang dan redha dengan ujian-Nya.
  • Malah, saya juga merasakan, kitab ini perlu dihadam oleh setiap generasi terutamanya golongan generasi muda untuk membantu pembentukan ummah yang serba hebat, pintar dan soleh. Insya Allah.

Lebih-lebih lagi, dengan menggunakan kitab yang ditahqiq oleh Dr Abdul Basit ini. Beliau telah mengekalkan teks jawi lama daripada kitab Penawar Bagi Hati untuk menjaga warisan kitab tersebut dan secara tidak langsung beliau memelihara warisan tulisan jawi di Malaysia. Walaupun kitab itu dibukukan dalam bentuk moden tetapi setiap isi tulisan jawi lama masih ada ditulis di dalam buku tersebut.

Pada saya, ini merupakan satu nikmat yang cukup istimewa yang jarang saya rasai semasa menuntut ilmu. Kerana kebanyakan buku atau kitab yang saya pelajari, kesemuanya dalam tulisan rumi. Malah, sebenarnya sudah lama saya meninggalkan tulisan jawi ini dan apatah lagi jawi lama. Tetapi anda tidak perlu risau, kerana kitab Penawar Bagi Hati yang ditahqiq oleh Dr Abdul Basit telah ditambah koma dan point penting untuk memudahkan para pembaca untuk membacanya.

Di samping itu, beliau juga telah merekod segala rakaman tentang kuliah Penawar Bagi Hati  pada tahun 2011 di Youtube. Dengan tujuan untuk memudahkan para penuntut ilmu yang duduk jauh dari Pondok Sungai Durian mendengar syarahan beliau. Selepas membeli kitab beliau tesebut, saya menggunakan kitab tersebut sambil mendengar kuliah yang disyarah dalam video di YouTube tersebut. Boleh dikatakan perasaan saya diibaratkan seperti sedang belajar di pondok walaupun sedang berada di rumah. Sungguh hebat teknologi moden pada zaman sekarang ini.  Perasaan ini tidak pernah saya alami semasa menuntut ilmu di masjid. Alhamdulillah.

Saya juga sebenarnya sudah lawa mahu menuntut atau belajar kitab-kitab jawi para alim ulama sejak sekian lama lagi. Namun, tidak ada kesempatan untuk berguru. Tetapi, dengan bantuan kitab Penawar bagi Hati yang ditahqiq oleh Dr Abdul Basit dan syarahannya yang diupload di YouTube, semuanya telah menjadi mudah dan tidak mustahil. Yang tinggal cuma, nak menuntut ilmu atau tidak sahaja.

Tambahan pula, segala hadith dhaif atau ayat-ayat al-Quran telah ditambah oleh pentahqiq untuk memudahkan bacaaan para pelajar dan juga para tenaga pengajar. Pada pandangan saya, jasa Dr Abu Anas Madani menggekalkan tulisan jawi sangatlah penting untuk menjaga warisan kitab jawi lama ini. Ditambah pula, dengan penerangan yang jelas lagi, sangatlah mudah untuk memahami kitab ini.

Kitab yang kedua iaitu Tenang dengan Ujian pula, adalah berkenaan tentang cara-cara untuk menghadapi ujian atau musibah hidup. Dan juga cara-cara untuk mendapatkan ketenangan yang abadi berpandukan al-Quran dan al-Hadith. Jadi jika anda sering berasa stress ketika ditimpa musibah, sering gelisah atau tidak tenteram hidupnya, buku ini Insya Allah akan dapat membantu dan memandu anda.

Buku ini juga telah ditulis oleh Dr Abdul Basit sendiri berdasarkan ilmunya yang banyak itu. Segala dalil-dalil sama ada daripada al-Quran atau al-Hadith telah dikumpulkan dan diterangkan dalam bentuk point. Jadi, anda tidak perlu risau. Buku ini sangat mudah untuk dibaca, difahami dan amat pendek sekali. Tidak sampai 100 muka surat pun (hanya 96 mukasurat sahaja). Tetapi jika anda ada masa berkelapangan anda boleh mempelajari kitab ini bersama-sama Dr Abdul Basit sendiri dengan menggunakan kemudahan YouTube sahaja.

Semoga dengan bacaan yang diberi cadangan ini, hidup anda semua akan dipermudahkan oleh Allah Azza Wa Jalla. Insya Allah. Aamin.

Wallahu’alam.

Comments

comments

Related Post

Kita Tidak Ada Pilihan Lain ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.