8 Lorong Syaitan Yang perlu Dijauihi

Kita sebagai seorang mukmin wajiblah memusuhi syaitan dan iblis, sebagaimana Firman Allah:

“Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi penduduk neraka.”

(Surah Al-Fatir 35: 6)

Tetapi bagaimankah caranya?

Caranya sangat simple sekali tetapi tidaklah mudah kerana syaitan dan iblis sentiasa berusaha menghasut dengan pelbagai tipu daya supaya berbuat maksiat. Ditambah lagi dengan hawa nafsu yang membuak-buak, menyukarkan lagiu keadaan kita untuk menjauhi maksiat. Untuk memudahkan kita menjauhi maksiat, hendaklah kita memohon pertolongan daripada Allah sentiasa.

Antara cara untuk mengelakkan diri kita dari tipu daya syaitan dan iblis adalah kita perlu mempertahankan hati kita daripada diduduki syaitan dan iblis. Maka menjaga hati daripada tipu daya syaitan adalah wajib fardhu ain menurut Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya yang bertajuk Mukashafah Al Qulub.

Namun jika tidak mampu menolak tipu daya syaitan kecuali mengetahui lorong-lorongnya, maka mengetahui lorong-lorong itu adalah wajib. Melalui lorong-lorong inilah, orang-orang mukmin akan dimasuki syaitan tanpa kita sedari. Antara lorong-lorongnya adalah:

1. Marah dan syahwat: Kerana marah menyebabkan kita susah untuk berfikir dan ini menjadikan kita mudah di hasut syaitan dan iblis. Jadi hendaklah kita bersabar di dalam setiap perkara. Istighfarlah banyak-banyak ketika marah supaya reda keadaan kita itu. Insyallah. Manakala, syahwat pula apabila keinginan kita melambung tinggi dan pelung ini sudah pasti tidak akan dilepaskan oleh syaitan.

2. Kerakusan: Kerana kerakusan mampu membuatkan seseorang buta dan tuli. Walaupun cara itu tidak diizinkan oleh Allah. Contohnya, apabila kita terlampau rakus dengan perniagaan, kita akan sanggup bermain rasuah untuk menjadi lebih kaya. Lorong ini sangatlah membahayakan seorang mukmin. Ingat, matlamat tidak menghalakan cara.

3. Kenyang meskipun halal: Sebabnya adalah kenyang yang berlebihan akan menguatkan syahwat sebagai pedang syaitan dan kenyang juga akan menyebabkan kita malas beribadah. Buktinya, berapa ramai orang-orang mukmin yang tidak solat tarawih di masjid kerana kenyang berbuka puasa pada bulan Ramadhan? Rasulullah S.A.W. pernah bersabda, “Janganlah engkau membunuh hati denagn banyak makan dan tidur. Sesungguhnya hati akan mati bagaikan tanaman jika tergenang air“.

4. Suka berhias pada pakaian dan rumah oleh perempuan: Kerana syaitan selalu menghasut orang itu hingga dia kerugian umurnya dan takkan sedar samapi mati bahawa dia di jalan syaitan dan mengikut hawa nafsu yang berakibat buruk. Na’uzubillah. Bersolek juga termasuk di dalam kategori ini.

5. Tamak: Kerana syaitan sangat suka akan orang yang tamak. Sangat mudah untuk mereka di hasut syaitan. Hinggakan adik-beradik sanggup memutuskan hubungan kerana berebut harta pusaka.

6. Duit,ternakan,kebun,tanah dan segala rupa harta: Bagi lorong ini, kemungkinan anda semua sudah faham kerana terlalu banyak manusia lalai disebabkan pencarian harta hingga terlupa tujuan hidup kita yang sebenar.

7. Bakhil dan takut fakir: Contohnya, tidak mahu sedekah,infak dan berkorban kerana Allah. Mereka inilah ditipu hidup-hidup oelh syaitan sebagiaman firman Allah:

Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.

(Al-Baqarah 2: 268)

8. Fanatik kepada mazhab, syirik dan bermusuhan kepada pihak yang lain: Di dalam Kitab Mukashafah Al-Qulub karangan Imam Al Ghazali, Hasan r.a berkata, “Sampai kepadaku bahawa iblis berkata, “Telah kujerat umat Muhammad S.A.W., namun pecah punggungku dengan Istighfar. Lalu kujerat mereka dengan dosa yang tidak boleh diampunkan. Iaitu syirik. Mereka tidak sedar bahawa hal itu akan menarik kepada maksiat.” Ingatlah, jangan sesekali kita mempersekutukan Allah kerana hanya itu dosa yang tidak diampunkan.

Sebagai renungan, kelapan-lapan lorong ini perlu kita jauhi sejauh mungkin kerana jika didekati lorong ini pasti binasa. Allah telah berfirman di dalam Al-Quran untuk mengingatkan kita semua:

وَأَنَّ هَٰذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ ۖ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِ ۚ ذَٰلِكُمْ وَصَّاكُم بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa. (Al-An’am 6: 153)

 

Comments

comments

Related Post

Bagaimana Manusia Lalai Ditipu Iblis dan Syaitan ﷽ الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وسلم وبارك على عبده ورسوله، نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وبعد Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,...
Jangan Takut Syaitan dan Hanya Takut Kepada Allah ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
Elakkan Menjadi Hamba Kepada Hawa Nafsu Anda ﷽ Assalamualaikum semua, Tajuk pada kali tentang hawa nafsu pula. Iaitu antara punca utama kita semua terjebak dan banyak kali kecundang melakukan...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.