Maksud Perkataan dan Perkataan Berlawan Menurut al-Quran

Maksud-Perkataan-dan-Perkataan-Berlawanan-Menurut-Al-Quran-Malaya-Journal

Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Sekelian Alam. Selawat dan Salam untuk Rasulullah S.A.W. dan Tiada Nabi lagi selepasnya, Pembawa Rahmat Keseluruh Alam.

Pada kali ini, kita akan membincangkan maksud perkataan dan kata lawan yang sebenar bagi perkataan tertentu berdasarkan al-Quran. Segala point di sini bertujuan untuk menunjukkan bahawa ilmu al-Quran sangatlah luas sehingga maksud perkataan pun ada diajarkan oleh Allah S.W.T.

Padahal jika hendak difikirkan secara logiknya perkataan berlawanan atau maksud perkataan sepatutnya dipelajari melalui pembelajaran bahasa sahaja. Tetapi tidak dengan al-Quran yang merupakan kitab panduan umat Islam. Ilmu al-Quran tidak terbatas seperti kitab-ktab agama yang lain.

Antara maksud perkataan dan kata lawan yang yang dipilih untuk kita bincangkan adalah:

  1. Ketawa lawannya Menangis.
  2. Hidup lawannya Mati.
  3. Kaya lawannya Miskin.
  4. Apa maksud al-Quran?
  5. Apa itu takdir?
  6. Apa itu Qadar?
  7. Apa itu rezeki?
  8. Apa itu ajal?

Untuk menjawab kesemua jawapan kepada persoalan di atas, saya akan mengeluarkan dalil-dalil yang sesuai sebagai bukti yang ianya daripada al-Quran. Dan saya syorkan anda bookmark post ini kerana ianya sangat berguna di dalam hidup seharian kita. Jom kita bongkar satu-persatu soalan di atas.

 

1. Adakah Ketawa lawannya Menangis?

Firman Allah:

وَأَنَّهُ هُوَ أَضْحَكَ وَأَبْكَىٰ

Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang ketawa dan menangis.

(An-Najm 53:43)

Ayat atau dalil di atas menunjukkan bahawa betullah ketawa lawannya menangis.

 

2. Adakah Hidup lawannya Mati?

Firman Allah Ta’ala:

وَأَنَّهُ هُوَ أَمَاتَ وَأَحْيَا

Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang mematikan dan menghidupkan

(An-Najm 53:44)

Jawapan kepada soalan ini pun betul juga berdasarkan ayat al-Quran di atas.

 

3. Adakah Kaya lawannya Miskin?

Lagi Allah Ta’ala berfirman:

وَأَنَّهُ هُوَ أَغْنَىٰ وَأَقْنَىٰ

Dan sesungguhnya Dialah (Allah) yang memberikan kekayaan dan mencukupkan.

(An-Najm 53:48)

Ayat terakhir untuk kata lawan pula salah. Hal ini kerana, dalil di atas menunjukkan kaya lawannya cukup bukannya miskin. Dan perkara ini sangat perlu kita mengambil berat kerana ada orang-orang Islam yang sentiasa rasa yang dia itu miskin padahal yang sebenarnya segala nikmat yang diberikan Allah S.W.T. sudah mencukupi.

Puncanya yang sebenar hanya satu iaitu nafsu mereka sahaja yang tidak pernah rasa cukup. Tetapi jika anda betul-betul miskin, jangan risau Allah S.W.T. akan mencukupkan anda.  Buktiya dapat ditunjukkan dengan orang-orang Islam wajib membayar zakat pada setiap tahun. Tujuannya sudah tentu untuk membantu golongan orang yang kurang berupaya. Kalau masih tidak cukup juga Allah akan mencukupkan dengan jalan infaq dan derma. Begitulah betapa Maha Pemberinya Allah S.W.T. itu.

Justeru, jangan khuatir tentang rezeki kerana ia sudah ditentukan sejak azali lagi dan tidak akan dapat diubah oleh sesiapa pun. Yang penting rezeki anda akan cukup dan anda perlu berusaha serta berikhtihar mencarinya.

 

Apakah Takrif al-Quran?

Takrif itu bermakna maksud dan maksud al-Quran ini sebanarnya saya pun sudah terlupa. Tetapi apabila diingatkan kembali oleh Prof Dr Hasnan Kasan semasa kuliah beliau dijalankan, saya rasa ilmu ini perlu dikongsi bersama-sama dan disematkan di blog saya ini.

Takrif al-Quran:

  1. Kalam Allah S.W.T.
  2. Diturunkan di dalam bahasa Arab.
  3. Diturunkan secara beransur-ansur kepada Nabi Muhammad SAW.
  4. Disampaikan oleh Malaikat Jibril.
  5. Mendapat pahala apabila membacanya.
  6. Mengandungi mukjizat.

Pada pandangan saya, mudah sahaja untuk  menghafal maksud al-Quran ini. Jadi lepas ni, kalau ada orang non-Muslim tanya apa itu al-Quran, anda semua bolehlah jawab jawapan mereka dengan tenang.

Seterusnya, maksud bagi perkataan-perkataan di bawah pula telah didapatkan melalui kuliah bersama Ustaz Adi Hidayat.  Maksud beberapa perkataan di bawah ini adalah sebagai rumusan atau ringakasan nota semata-mata. Untuk lebih memahami anda boleh menonton kuliah Ustaz Adi Hidayat di sini!

 

Apa itu Takdir?

Takdir itu adalah ketetapan yang dikukuhkan berdasarkan ikhtihar (usaha) makhluk tersebut. Untuk pemahaman lebih lanjut, sila meluangkan masa untuk mendengar kuliah Ustaz Adi Hidayat di sini.

 

Apa itu Qadar?

Qadar adalah ketetapan Allah S.W.T. pada setiap hamba yang dikukuhkan sejak dalam kandungan dan tidak akan berubah sampai wafat seseorang itu. Contohnya, ajal dan rezeki seseorang itu telah ditetapkan sejak roh mula ditiupkan kedalam kandungan ibunya.

 

Apa itu Rezeki?

Rezeki pula bermaksud nikmat kehidupan yang sesuai dengan keperluan hidup kita bukannya keinginan kita. Contohnya, keturunan, harta atau pun ketenangan hidup.

Untuk memudahkan anda semua, Allah memngajar kita cara untuk mendapatkan rezeki yang melimpah ruah dari jalan yang tidak pernah terlintas pun dalam hati kita. Caranya adalah pastikan anda mencari rezeki sambil meningkatkan ketakwaan kepada Allah. Nescaya pencarian rezeki anda di dunia ini akan menjadi mudah dan segala keberkatan di langit dan di bumi di bukakan untuk anda.

Firman Allah:

dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

(At-Talaaq 65: 2-3)

Apa itu Ajal?

Ajal pula bermaksud batas usia atau tempoh waktu makhluk tersebut yang tidak boleh diubah sama ada ditambah atau ditolak. Sebagaimana Firman Allah:

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ ۖ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ

Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh waktu (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.

(Al-A’raaf 7:34)

Ajal juga sifatnya ghaib dan tidak perlu kita mencari jawapan bilakah kita akan mati. Jadi seharusnya kita fokuskan amal ibadah kita yang sekarang ini untuk bersiap sedia kerana kita boleh mati pada bila-bila masa sahaja. Kerana itulah ajal itu dirahsiakan, agar kita lebih bersemangat untuk melakukan ibadah dan takut untuk melakukan dosa. Pilihan ditangan anda sama ada hendak bersedia atau tidak. Ingat, orang yang bijak adalah orang yang sentiasa ingat kematian.

Akhir kalam, semoga anda dapat memahami sedikit sebanyak maksud perkataan atau kata lawan yang sebenar menurut al-Quran. Sesungguhnya al-Quran merupakan kitab panduan bagi kita dan tidak ada keraguan lagi padanya. Hanya orang yang tidak beriman sahaja yang masih ragu-ragu.

Namun, jika tidak tidak mempelajari al-Quran, kita punya ilmu akan lebih kurang sahaja dengan diorang semua. Jadi, marilah kita sama-sama membaca dan mempelajari al-Quran sepanjang hidup agar dapat meningkatkan ilmu agama dan seterusnya menambah ketakwaan kita. Insya Allah.

Wallahua`lam.

Comments

comments




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.