Masa Itu Ciptaan Allah Yang Sangat Ajaib

Masa-adalah-Makhluk-Allah-Malaya-Journal

Segala Puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,

Pada malam 9 Muharram 1439 Hijrah, Kuliah Maghrib istimewa pada kali ini telah disampaikan oleh Ustaz Abdullah Bukhari Al Hafiz . Saya juga tidak menyangka beliau merupakan seorang yang sangat hebat dan bijak ketika mentafsir dan mengajar al-Quran al-Karim. Di bawah adalah sedikit sebanyak biodata berkenaan Ustaz Bukhari:

  • Nama yangdiberi adalah Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim al-Hafiz dan berasal dari Kota Bharu, Kelantan.
  • Berkelulusan Diploma Tahfiz al-Quran dan Qira’at, Darul Quran JAKIM (1993 hingga 1997).
  • Sarjana Muda Usuluddin pengkhususan al-Quran dan al-Hadith, Universiti Malaya (1997 hingga 2000).
  • Sarjana Muda Usuluddin pengkhususan Tafsir al-Quran, Universiti Malaya  (2000 hingga 2004).
  • Bertugas di Jabatan Tilawah al-Quran, Pusat Bahasa dan Perkembangan Akademik Pra Universiti, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sejak tahun 2000 hingga sekarang.
  • Bidang pengkhususannya adalah Tajwid, Tahfiz, dan Tafsir al-Quran.
  • Dia juga telah menulis banyak buku-buku keagamaan untuk membantu menyelesaikan masalah-masalah orang Islam di Malaysia terutamanya.

Berdasarkan kelulusan Ustaz Bukhari di atas, beliau telah diajak oleh Ahli Jawatankuasa Masjid Jamel Ar-Rahimiah untuk datang mengajar taddabbur surah pilihan kepada ahli Qariah masjid kami. Dan tajuk Ustaz Bukhari pada malam tersebut adalah masa itu makhluk Allah yang ajaib.

Setelah selesai kuliah maghrib tersebut, saya sangat kagum dengan kekuasaan Allah S.W.T. yang begitu mudah sekali mengarahkan makhluk-Nya yang bernama masa untuk tidak mengapa-apakan mahkhluk pilihan-Nya. Sebelum ini, cerita di dalam al-Quran yang saya tahu hanyalah tentang 7 orang pemuda al-Kahfi yang tidur selama 309 tahun tanpa dimakan masa. Bahkan mereka berapa sekejap sahaja padahal sudah 309 tahun berlalu.

Di bawah, saya akan letak antara Dalil-Dalil di dalam al-Quran yang membuktikan masa tidak mampu mengapa-apakan hamba Allah yang terpilih.

 

Dalil-Nya yang Pertama:

أَوْ كَالَّذِي مَرَّ عَلَىٰ قَرْيَةٍ وَهِيَ خَاوِيَةٌ عَلَىٰ عُرُوشِهَا قَالَ أَنَّىٰ يُحْيِي هَٰذِهِ اللَّهُ بَعْدَ مَوْتِهَا ۖ فَأَمَاتَهُ اللَّهُ مِائَةَ عَامٍ ثُمَّ بَعَثَهُ ۖ قَالَ كَمْ لَبِثْتَ ۖ قَالَ لَبِثْتُ يَوْمًا أَوْ بَعْضَ يَوْمٍ ۖ قَالَ بَل لَّبِثْتَ مِائَةَ عَامٍ فَانظُرْ إِلَىٰ طَعَامِكَ وَشَرَابِكَ لَمْ يَتَسَنَّهْ ۖ وَانظُرْ إِلَىٰ حِمَارِكَ وَلِنَجْعَلَكَ آيَةً لِّلنَّاسِ ۖ وَانظُرْ إِلَى الْعِظَامِ كَيْفَ نُنشِزُهَا ثُمَّ نَكْسُوهَا لَحْمًا ۚ فَلَمَّا تَبَيَّنَ لَهُ قَالَ أَعْلَمُ أَنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maksudnya:

Atau (tidakkah engkau pelik memikirkan wahai Muhammad) tentang orang yang melalui sebuah negeri yang telah runtuh segala bangunannya, orang itu berkata: “Bagaimana Allah akan menghidupkan (membina semula) negeri ini sesudah matinya (rosak binasanya)? ” Lalu ia dimatikan oleh Allah (dan dibiarkan tidak berubah) selama seratus tahun, kemudian Allah hidupkan dia semula lalu bertanya kepadanya: “Berapa lama engkau tinggal (di sini)?” Ia menjawab: “Aku telah tinggal (di sini) sehari atau setengah hari”. Allah berfirman:” (Tidak benar), bahkan engkau telah tinggal (berkeadaan demikian) selama seratus tahun. Oleh itu, perhatikanlah kepada makanan dan minumanmu, masih tidak berubah keadaannya, dan perhatikanlah pula kepada keldaimu (hanya tinggal tulang-tulangnya bersepah), dan Kami (lakukan ini ialah untuk) menjadikan engkau sebagai tanda (kekuasaan Kami) bagi umat manusia; dan lihatlah kepada tulang-tulang (keldai) itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali kemudian Kami menyalutnya dengan daging “. Maka apabila telah jelas kepadanya (apa yang berlaku itu), berkatalah dia: Sekarang aku mengetahuinya (dengan yakin), sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”.

(al-Baqarah ayat 2: 259)

Menurut Ustaz Bukhari, ayat di atas berkisah tentang seorang hamba Allah (Nabi Uzair namun terdapat khilaf) yang ditidurkan oleh Allah selama 100 tahun. Dan yang pelik dan ajaibnya, umur, muka, dan anggota badan hamba Allah tersebut tidak seperti orang yang berumur seratus tahun lebih pun. Malah, apabila ditanya berapa hari dia ditidurkan, dia berasa hanya seperti sehari atau setengah hari sahaja. Juga, makanan yang dibawa oleh hamba Allah tersebut pun masih elok untuk dimakan padahal keldai yang dibawa hamba Allah tersebut sudah mati tinggal tulang sahaja. Kemudian, dengan izin Allah S.W.T. keldai itu dihidupkan semula daripada tulang-belulang tersebut dengan mudah sekali.

Ayat di atas menunjukkan kekuasaan Allah Azza Wajalla itu tiada tolok bandingannya. Hinggakan masa pun tidak mampu untuk mereputkan usia, anggota badan dan makanan yang di bawa hamba Allah di atas tanpa izin-Nya. Jadi, apalagi yang diragu-ragukan lagi wahai saudara dan saudariku?

Jika anda faham dan tiada keraguan lagi, ucapakanlah Alhamdulillah. Kerana tanpa Allah memberi hidayah kepada kita, siapalah kita ini. Dan saya juga masih pelik, kenapa masih ramai lagi yang kerja mencari rezeki ibarat terlupa yang kita akan bertemu dengan Allah S.W.T. di akhirat kelak? Adakah mereka lupa bahawa azab neraka Jahannam Allah sangatlah pedih? Atau mereka fikir, mereka akan sempat bertaubat sebelum mati? Jika begitulah fikiran mereka, mereka itu adalah orang-orang yang bijak dunia dan bodoh akhirat.

 

Dalil-Nya yang kedua:

وَلَبِثُوا فِي كَهْفِهِمْ ثَلَاثَ مِائَةٍ سِنِينَ وَازْدَادُوا تِسْعًا

Maksudnya:

“Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka selama tiga ratus tahun (dengan kiraan ahli Kitab), dan hendaklah kamu tambah sembilan tahun lagi (dengan kiraan kamu) (yakni menjadi 309 tahun).”

(Al-Kahfi 17: 25)

Dan kisah di dalam al-Quran ini pula menceritakan tentang 7 pemuda yang lari daripada raja mereka yang zalim iaitu dengan mengasingkan dan melarikan diri mereka hingga ke dalam gua. Mereka ditidurkan Allah hingga selama 309 tahun.

Dan seperti biasa, segala anggota badan mereka langsung tidak dimamah usia dan masa kerana tidak mendapat keizinan Allah S.W.T. Allahu Akbar! Saya tidak mahu bercerita panjang tentang dalil kali ini kerana kisah pemuda al-Kahfi sangatlah famous dan sudah banyak kali kita dengari. Tetapi jika anda masih ketinggalan, anda boleh membaca tentang pemuda al-kahfi di sini.

 

Dalil Ketiga pula:

Terdapat sedikit kekurangan pada bukti di sini kerana saya tidak sempat bertanya dalil-dalilnya kerana cerita tentang masa ini berkaitan tentang Nabi Isa A.S. Namun, seperti yang anda semua (orang-orang yang beriman) tahu bahawa, Nabi Isa A.S. masih hidup dan baginda telah diangkat ke langit sahaja. Baginda hanya akan turun untuk memerintah akhir zaman dan untuk membunuh dajjal laknatullah.

tambahan pula, Ustaz Bukhari  telah menjelasakan kepada saya bahawa Nabi Isa A.S. akan diturunkan pada umurnya yang sama Baginda diangkat ke langit menurut Nabi Muhammad S.A.W. Dan jiika kita teliti dan kira balik umur Nabi Isa A.S. yang sebenarnya, baginda sepatutnya berumur 2000 tahun lebih.

Hal ini kerana, jarak diantara Nabi Muhammad S.A.W dan Nabi Isa A.S. adalah lebih kurang 600 tahun lebih dan jarak diantara kita dan Nabi Muhammad S.A.W. pula adalah lebih kurang 1500 tahun hijrah. Jadi, sepatutnya, umur Nabi Isa A.S. adalah lebih kurang 2000 tahun lebih jika ditambah kedua-duanya.

Namun, umur Nabi Isa A.S. hanya 30-an sahaja. Kemudian, Ustaz Bukhari menjelaskan hal ini kerana masa tidak mempunyai kuasa untuk menjamah usia makhluk Allah S.W.T. di langit sebagaimana masa diberi kuasa oleh-Nya di bumi ini. Disebabkan itu, akhirat sepatutnya menjadi keutamaan kita bukannya dunia. Kerana akhirat kita akan hidup selama-lamanya disebabkan kita tidak akan tua dan sesungguhnya syurga Allah Ta’ala itu dipenuhi dengan pelbagai nikmat yang tidak dapat digambarkan oleh kita.

Oleh itu, kita sebagai orang-orang yang beriman kepada Allah, haruslah sedar bahawa tujuan kita hanya untuk pulang ke rumah kita yang sebenar dan kita sedang bermusafir. Jadi tidak perlulah kita terlampau bersungguh-sungguh mencari rezeki di dunia ini. Kerana sesetengah ulama’ mengatakan:

“Janganlah rezeki yang ditanggung untukmu melengahkanmu dari perkara yang diwajibkan ke atasmu, sehingga kau lupakan urusan akhiratmu. Kau tidak akan mendapatkan harta melainkan apa yang telah Allah dituliskan untukmu.”

 

Comments

comments

Related Post

Saad Bin Abi Waqqas – Panglima Islam Yang Me... ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.