Masalah dan Khilaf Dobi Muslim Selesai Dijawab

Kes-Dobi-Muslim-Selesai-Di-jawab-Malaya-Journal

Segala Puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,

Setelah meneliti kes dobi Muslim di Muar ni, saya telah mengumpul beberapa video dari Youtube yang telah diulas oleh pakar-pakar agama Islam di Malaysia. Jadi saya rasa, benda ini tidak perlulah dipanjangkan dan diviralkan lagi kerana segalanya akan terjawab.

Di bawah ini, saya kongsikan beberapa video untuk menjawab segala kemusykilan yang timbul disebabkan hal dobi muslim yang kecil ini.

 

Adakah Dobi Layan Diri yang Dicampur muslim dan non-Muslim haram?

Jawapannya tidak, kerana jika kita dapat memastikan pakaian non muslim itu betul-betul terkena najis mughallazoh maka ia adalah suci. Juga disebabkan di dalam agama Islam, anda tidak boleh mengagak-agak atau was was untuk menjatuhkan hukum sesuatu.

Di dalam agama Islam, bukti yang kukuh mesti dikemukakan sebelum menjatuh hukuman ke atas sesuatu. Sebagai contoh, untuk menjatuhkan hukum perzina di dalam agama Islam jika hukum hudud dijalankan. Adalah wajib bagi si penuduh untuk mengemukakan 4 orang saksi. Dan sekiranya si penuduh nampak mereka melakukan perbuatan keji itu dengan mata kepala sendiri tetapi tidak dapat mengemukakan 4 orang saksi maka hukuman hudud tidak akan dapat dilaksanakan. Mereka akan terlepas daripada hukuman juga kerana tidak cukup 4 orang saksi.

Penerangan lebih lanjut akan soalan ini akan diterangkan oleh Dr  Syauqi Othman di bawah:

 

Sahkah Solat Kalau Cuci Dikedai Dobi Bukan Islam?

Persoalan ini pula akan dijawab direct oleh Ustaz Azhar Idrus di bawah ini:

 

Jawapannya juga sah, cuma hukumnya makruh jika ada kedai dobi muslim tetapi kita menghantar ke kedai non muslim. Kerana orang muslim lebih mengetahui cara-cara membersihkan pakaian dari segi syariat Islam. Jadi, utamakan kedai dobi  Muslim berbanding dobi orang bukan muslim.

 

Apakah punca non-Muslim berasa tidak senang dengan Dobi Muslim ini?

Puncanya adalah kerana ada sesetengah pihak yang mengatakan pakaian mereka tidak suci dan bersih disebabkan mereka makan babi dan kencing berdiri. Padahal mereka tidak ada bukti yang kukuh dan ramai juga orang Islam yang masih kencing berdiri walaupum sudah besar panjang. Perkara “assumption” seperti inilah yang akan menyebabkan banyak pihak berasa tidak senang hati. Dan tidak sepatutnya dikatakan oleh orang muslim. Tetapi, mungkin juga mereka hanya terlepas cakap.

Untuk lebih memahami jawapan ini, lihatlah video yang diterangkan oleh Dr Rozaimi di bawah:

 

Adakah salah membuat kedai untuk orang muslim sahaja?

Dari sudut fekah, ia tidak menjadi satu kesalahan kerana itu adalah hak masing-masing. Sedangkan, terdapat banyak juga kedai-kedai di Malaysia ini yang hanya menerima pelanggan India dan Cina sahaja. Malah, ia tidak menjadi suatu isu pun.

Bahkan, jika anda hendak menerima pelanggan lelaki atau perempuan sahaja pun tidak menjadi suatu kesalahan. Tetapi kemaslahatan perlu dijaga supaya Islam tidak menimbulkan provokasi atau di “spin” dari pihak yang tidak bertanggungjawab sebagai suatu perkauman.

Penerangan lebih lanjut akan diterangkan oleh Dr Abdul Basit atau Abu Anas Al-Madani di video di bawah:

 

Oleh itu, janganlah kita menghukum, mengherdik dan menghina mereka yang mungkin tersilap dan tidak mengetahui hukum-hukum Islam dengan tepat. Kita hanya perlu memperbetulkan mereka dengan baik tanpa menghina dan mencaci-maki kerana itu bukanlah adab yang terpuji.

Ingat, memberi teguran sangatlah mudah tetapi bab menerima teguran sangatlah sukar. Lebih-lebih kepada orang yang mempunyai ilmu dan berpangkat besar. Ditambah lagi dengan egonya, maka bergaduhlah dan hura-hara sana-sini dibuatnya.

Sebagai peringatan kepada anda dan saya, murka Allah S.W.T. adalah yang sepatutnya diutamakan bukannya murka seorang hamba. Tidak kiralah sama ada hamba tersebut seorang raja, mufti, ustaz, tauke kedai dan sebagainya. Mereka tetap hamba! Jadi, marilah kita sama-sama melupakan hal yang dobi muslim kecil ini dan fokuskan kepada masalah-masalah agama yang lebih besar kesannya. Seperti kes judi, pesta arak dan sebagainya.

Comments

comments




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.