Melahirkan Usahawan Muslim Yang Berjaya Dunia dan akhirat

Melahirkan-Usahawan-Yang-Berjaya-Di-Dunia-dan-Akhirat-Malaya-Journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda selepasnya.

Misi kedua Malaya Journal adalah untuk melahirkan Usahawan Muslim Yang Berjaya di Dunia dan akhirat. Dan misi ini baru sahaja Admin fikirkan kerana dua sebab yang akan diceritakan seperti di bawah.

Sebelum ini, Admin sendiri pernah terlibat dalam beberapa kerja dakwah kepada orang bukan Islam terutamanya bangsa Cina. Dan melalui program dakwah ini, Admin mendapati bahawa kebanyakan orang berbangsa Cina mengatakan mereka tidak mahu masuk Islam adalah kerana apabila mereka masuk Islam, mereka akan menjadi:

  • Orang miskin.
  • Orang Melayu.

Walaupun kedua-dua tanggapan ini adalah salah sekali, kita sebagai seorang Islam perlu memperbetulkan keadaan ini supaya memudahkan para pendakwah untuk berdakwah kepada mereka ini. Padahal,  ramai sahaja orang Melayu Islam yang kaya raya cuma mereka tidak suka untuk menonjolkan diri. Tetapi saya tidak pernah salahkan mereka kerana itulah yang kebiasaan orang Melayu Islam menggambarkan kepada mereka.

Tambahan pula,  di dalam 10 orang terkaya di Malaysia hanya seorang sahaja Melayu dan India. Manakala,lagi 8 adalah berbangsa cina. Justeru, untuk memudahkan proses dakwah ini, saya akan membantu anda semua dengan sedaya upaya saya untuk menyediakan bantuan keusahawanan dari sudut ilmu sahaja. Dari sudut modal saya tak dapat tolong. 

Sebagai contoh, saya akan menulis artikel tentang tip-tip bisnes sama ada daripada usahawan terkenal di Malaysia atau pun CEOs. Atau pun saya akan merakamkan perbualan kami semasa sesi temu ramah untuk dimuat naik ke Youtube dan Facebook Page.

Saya juga akan mengorek rahsia di sebalik sejarah lahirnya usahawan-usahawan Melayu Islam di Malaysia untuk dikongsi bersama anda semua. Dan dengan perkongsian ini, semoga saya dan anda semua akan bertambah bersemangat untuk menjadi usahawan Muslim yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Tetapi, perlu diingatkan yang Admin disini tidak mahu anda semua berjaya di dunia sahaja kerana akhirat adalah yang lebih utama. Saya mahu anda semua jadi orang kaya yang soleh iaitu orang kaya yang suka bersedekah dan infak di jalan Allah. Bukannya orang  kaya yang lupa daratan dan merasakan segala apa yang dia dapatkan ini adalah daripada usahanya semata-mata. Aamin.

Wallahua`lam.

Comments

comments




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.