Menangislah Kerana Takut Kepada ALLAH

Pernahkah anda selama hidup di atas muka bumi ALLAH ini, menangis kerana takut kepada ALLAH? Jika tidak pernah atau beberapa kali sahaja (seperti saya) marilah kita bersama-sama cuba sedaya mungkin untuk belajar menangis kerana takut kepada ALLAH. Kerana manfaatnya sanagatlah besar.

Antara kelebihan menangis kerana takut kepada ALLAH adalah:

1. Dosa kita akan diampunkan.

Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Ketika tubuh seseorang bergetar kerana takut kepada ALLAH, bergugurlah dosanya bagaikan de-daunan jatuh dari pohonnya”

2. Terselamat dari azab api yang amat dahsyat pada Hari Kiamat.

Hal ini telah disebutkan di dalam kitab “Bidayatul Hidayah”:

“Manakala hari Kiamat, didatangkanlah api yang bergemuruh. Hingga menggetarkan hati setiap umat. Ketika mereka mendekatinya, gemuruh semakin keras. Hingga terdengar dari jarak perjalanan 500 tahun. Setiap orang sampai para nabi berkata: “Nafsi-nafsi” (sendiri-sendiri). Kecuali Nabi Muhammad S.A.W. Beliau berkata, “Umatku-Umatku.” Kemudian keluarlah api bagaikan gunung. Umat Muhammad berusaha menolaknya sambil berkata: ” Demi orang-orang yang bersolat. Demi orang-orang yang shiddiq. Demi orang-orang yang khusyuk. Dan demi orang-orang yang berpuasa. Kembalilah engkau wahai api!”. Tetapi api itu tidak jugak kembali. jibril a.s berkata: “Sesungguhnya api hendak membakar umat Muhammad”. Lalu dia datang menghampiri Nabi Muhammad S.A.W.  dengan membawa segelas air sambil berkata: “Ambillah air ini. Percikkan ia ke api itu!” Kemudian Nabi Muhammad S.A.W. percikkan kepada api tersebut dan seketika itu api menjadi padam. Lalu Nabi Muhammad S.A.W. bertanya: “Air apakah ini?” Jibril a.s. berkata: “Itulah air mata umatmu yang menangis kerana takut kepada ALLAH dan sekarang aku diperintahkan untuk memberikan air itu kepadamu supaya engkau memercikkannya ke api sehingga padam dengan izin Allah.

3. Allah akan amankan kita di Akhirat nanti.

Dirawikan daripada Nabi Muhammad S.A.W., baginda bersabda:

Sesungguhnya Allah telah berkata: ” Aku tidak mengumpulkan pada hamba-Ku dua ketakutan dan dua keamanan. Barangsiapa yang takut kepada-Ku di dunia, Aku amankan di Akhirat. Dan barangsiapa (merasa) aman dari-Ku di dunia, Aku takutkan dia di Akhirat”.

Jadi renungkanlah sabda Nabi Muhammad S.A.W. dia atas, yang mana satu yang anda mahukan? Aman di dunia atau aman di Akhirat? Sesungguhnya dunia itu hanyalah sementara. Sedangkan Akhirat itu selama-lamanya. Marilah kita berdoa agar Allah amankan kita di Akhirat nanti.

 

4. Api neraka tidak akan menjilat orang yang pernah menangis kerana takut kepada Allah.

Telah diceritakan daripada Muhammad bin Munzir r.a. Manakala menangis, beliau mengusapkan air mata dan janggutnya sambil berkata: “Telah aku dengar bahawa api tidak akan menjilat muka yang basah oleh air mata”. Inilah sepatutnya sifat seorang hamba yang sebenar. Takut dengan sangat-sangat takut kepada Allah.

Namun sekadar peringatan, takut kepada Allah bukanlah takut seperti takut kepada binatang buas dan lain-lain. Takut kepada Allah akan mendekatkan diri kita kepada Allah. Bukannya semakin jauh.

Kesemua peristiwa di atas ini merakamkan betapa pentingnya kita untuk menangis kerana takut kepada ALLAH. Jadi marilah kita sama-sama sedar dan berusaha untuk belajar menangis kerana takutkan ALLAH. Sesungguhnya, apabila kita dapat menangis kerana takut kepada ALLAH, itu adalah suatu nikmat yang dikurniakan oleh Allah.

Rasulullah Sering Berdoa:

Menangislah-Kerana-Takut-Kepada-ALLAH-Malaya-Journal

“Ya Allah berilah aku rezeki dua mata yang menagis kerana takut kepada Engkau sebelum air mata ini habis.”

 

Saya akhiri artikel ini dengan video daripada Syeikh Zaini Ahmad untuk menjelaskan mengapa kita perlu sentiasa berusaha mendekatkan diri kita kepada Allah.

 

Assalamualaikum.

Comments

comments

Related Post

My New Books – You Are The Best The last time I told about a book was probably in the last post. And it is about the 4 discipline of execution. A great book indeed and I just return ...
Agama Islam – Islam Is The Way Of life. ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
I Am A Muslim and I Need to Confess Something   Yes, for those who did not about me. I am proud to be a Muslim. But, based on the last part of the surah A-li'Imraan 3:112 above, Allah ...
Apa Yang Terjadi Pada Amalan Kebaikan Non Muslim? Seperti yang kita sedia maklum ada sesetengah orang-orang non Muslim di Malaysia ini, mendapat nikmat yang berbagai-bagai jenis daripada ALLAH sedangk...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.