Mengapa kita Ditimpa Musibah Oleh Allah?

Mengapa-kita-Ditimpa-Musibah-Oleh-Allah-Malaya-Journal

Segala Puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,

Alhamdulillah, saya sentiasa diberi keizinan oleh Allah Ta’ala untuk mengahadiri kelas Dr Shafie Mohd Amin. Sedikit-sebanyak tentang Dr Shafie ini adalah beliau merupakan pendorong dan penyebab saya menulis blog ini kerana Allah. Serta, Dr Shafie juga yang telah menyedarkan saya tentang kelebihan dan kepentingan menuntut ilmu al-Quran melalui perbahasan dan perbincangan melalui buku yang ditulis beliau sendiri. Buku tersebut bertajuk You Are The Best. Boleh diibaratkan selepas pergi ke kuliah Dr Shafie pada kali pertama, saya seperti manusia yang baru sahaja bangun dari tidur walaupun umur sudah menjangkau 24 tahun.

Selesai sahaja kuliah subuh, saya memperoleh berbagai-bagai input-input berguna yang dapat saya tulis dan share kepada anda semua. Tetapi saya akan pecahkan kepada “part by part” supaya artikel tidak terlalu panjang dan mudah untuk dibaca serta difahami. Dan “part” pada kali ini adalah tentang mengapa Allah timpakan musibah kepada kita? Jawapannya adalah sebagaimana Firman Allah Ta’ala di bawah:

وَلَنُذِيقَنَّهُمْ مِنَ الْعَذَابِ الْأَدْنَى دُونَ الْعَذَابِ الْأَكْبَرِ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

Maksudnya:

“Dan pasti Kami timpakan ke atas sebahagian seksa yang dekat (di dunia) sebelum azab yang lebih besar (di akhirat kelak), supaya mereka kembali bertaubat (ke jalan yang benar).”

(As-Sajadah 32: 21)

 

Menurut Dr Shafie, ayat di atas menunjukkan kerana apa Allah menurunkan ujian dan musibah  kepada kita. Iaitu kerana tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk:

 

1. Mengajar kita untuk kembali taat kepada-Nya.

Kerana kita sering sekali lalai terhadap dunia yang sementara ini walaupun  kita sudah banyak kali mendengar orang mengatakan bahawa dunia ini hanyalah sementara. Termasuklah saya juga. Dan musibah yang menimpa kita ini merupakan boleh menjadi ubat kesedaran yang sangat mujarab untuk kita sendiri.  Secara tidak langsung, jika anda memahami firman Allah di atas, setiap kali musibah menimpa anda, ia akan menjadi peringatan kepada kita semua supaya kembali taat kepada Allah. Kerana itulah antara tujuan musibah menimpa kita.

Sebaliknya, jika anda tidak memahami firman Allah di atas, anda akan sentiasa mengeluh apabila ditimpa musibah, berasa sangat tertekan dan terasa sempit sekali kehidupan anda. Sebagaimana firman Allah:

Taha-20-124-Malaya-Journal

Maksudnya:

“Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta”.

Disebabkan itulah, betapa pentingnya bersungguh-sungguh menuntut ilmu al-Quran. Bukannya hanya bersungguh-sungguh dalam mencari rezeki. Syeikh Abdul Qadir Jailani juga telah berpesan kepada kita semua:

Hai dunia tanpa akhirat, hai makhluk tanpa Khalik kamu tidak takut kecuali kefakiran dan kamu tidak mengharapkan kecuali kekayaan. Rezeki itu terbagi, tidak tambah, tidak kurang dan tidak mundur. Kamu ragu terhadap jaminan Allah. Rakus untuk mencari apa yang tidak dibahagikan untukmu. Kerakusanmu telah mencegah kamu untuk hadir di kalangan ulama’ dan kesaksian-kesaksian kebaikan.”

Pada hemat saya, kata-kata Syeikh Abdul Qadir Jailani sangatlah memberi kesan yang mendalam pada jiwa saya. Kini barulah saya sedar, betapa ruginya kita dan saya terutamanya yang telah asyik sekali terleka dengan dunia semasa mencari rezeki dengan alasan takut miskin sedangkan hanya Allah S.W.T. sahaja yang berhak ditakuti.

 

2. Supaya Kita Kembali bertaubat kepada-Nya.

Kerana Allah sentiasa menyukai hamba yang kembali bertaubat kepada-Nya. Bahkan, sekalipun dosa-dosa kita seperti buih-buih dilautan juga akan diampunkan sekiranya kita betul-betul bertaubat. Jadi, musibah daripada Allah ini adalah ubat kesedaran yang sangat diperlukan oleh seorang hamba-Nya. Iaitu mereka yang sering terlupa akan hidup di dunia dan ditipu syaitan hidup-hidup. Seelok-eloknya, janganlah kita menangguhkan taubat kita.

Apa yang anda semua tunggu lagi? Apakah ada syarat-syarat atau waktu tertentu untuk bertaubat kepada Allah? Sudah tentu tidak. Sebaliknya, kita boleh bertaubat pada bila-bila masa sahaja sama seperti mati yang akan meragut nyawa kita semua.

Di samping itu, boleh jadi juga dosa yang anda lakukan itu adalah rahmat daripada Allah Azza Wa Jalla. Tetapi ada syaratnya. Syaratnya akan diterangkan oleh Syeikh Zaini di video pendek di bawah:

 

 

3. Untuk Menghapuskan dosa kita kepada-Nya.

Sudah tentu anda pernah dengar tentang kafarah dosa bukan? Dan ditimpa musibah sama ada ringan atau berat adalah salah satu daripada cara Allah mengapuskan dosa kita. Untuk lebih faham tentang kafarah dosa, anda boleh lihat video pendek di bawah yang diterangkan oleh Ustaz Azhar Idrus sendiri:

 

Tambahan pula, Ustaz Azhar Idrus juga mengatakan bahawa musibah bermaksud sesuatu yang ditimpakan kepada hamba Allah dan secara fitrahnya hamba Allah tersebut tidak akan suka kepada perkara tersebut. Contohnya, jatuh semasa menunggang motosikal , jatuh tangga, tercucuk jarum dan sebagainya. Ini membuktikan bahawa Allah sangat sayang kepada kita kerana setiap dosa yang dikafarahkan akan memudahkan kita semasa timbangan al-Mizan nanti.

 

Doa ditimpa Musibah.

Doa apabila ditimpa musibah ini diajarkan kepada saya oleh Dr Zahazan semasa kuliah maghrib bersama beliau dan saya selalu megamalkannya. Setiap kali saya terasa seperti ditimpa musibah walaupun kecil sekalipun, saya sering membaca doa di bawah ini. Untuk lebih senang, anda semua hafalkan doa di bawah ini.

Doa-Ditimpa-Musibah-Malaya-Journal

 

Oleh itu, kita perlu mengucapkan Alhamdulillah apabila ditimba musibah kerana jika kita ditimpa musibah, itu tandanya Allah sangat sayang kepada kita. Allah Ta’ala mahu kita kembali kepada-Nya. Allah Ta’ala mahu menghapuskan dosa kita.

Sebaliknya, janganlah kita mengeluh dan memaki-hamun apabila ditimpa musibah. Saya tahu ini adalah perkara yang sukar untuk dilakukan tetapi tidak mustahil untuk dilakukan. Bersabarlah kerana sabar itu separuh daripada iman dan faedahnya amatlah besar seperti yang diterangkan di video bawah ini.

 

Comments

comments

Related Post

5 Kelebihan Orang Yang Bersabar ﷽ Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Sekelian Alam. Selawat dan Salam untuk Rasulullah S.A.W. dan tiada nabi lagi selepasnya. Pembawa rahmat Keselur...
Kelebihan Utama Blog Malaya Journal ﷽ Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Sekelian Alam. Selawat dan Salam untuk Rasulullah S.A.W. dan tiada nabi lagi selepasnya, pembawa rahmat Keselur...
Redha Dan Sabar dengan Ujian Allah Barangsiapa yang ingin selamat  daripada Azab Allah, menginginkan rahmat-Nya serta ingin masuk ke Syurga-Nya, hendaklah dia menahan nafsu dari segala ...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.