Hadis 12 – Meninggalkan Perkara Yang Tidak Bermanfaat

Tinggalakan-Perkara-Yang-Tidak-Berfaedah-Malaya-Journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda selepasnya.

Hadis Sahih daripada kitab Hadis 40 ini adalah berkaitan dengan meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat. Pertama sekali, ada tiga sebab mengapa saya memilih tajuk ini. Pertama, kerana saya merasakan hadis ini sangat penting untuk kita fahami dan praktikkan dalam kehidupan seharian. Kerana di akhir zaman ini terlampau banyak cubaan dan halangan untuk kit meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat. Contohnya, kita mudah leka bermain dengan media sosial, menonton Samarinda di televisyen, melepak di kedai makan dan sebagainya. Namun, walaupun kita tahu tidak ada faedahnya semua ini, kita masih juga melakukannya.

Kedua, saya memilih hadis ini unutk disampaikan juga disebabkan saya mahu mengingatkan diri saya supaya perlahan-lahan meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat. Kerana saya lebih cenderung untuk ingat akan ajaran sesuatu hadis itu jika saya ada menulisnya di blog Malaya Journal ini. Jadi, peringatan di hadis ini ditujukan khas untuk saya terutamanya.



Ketiga, saya mahu memaksa diri saya untuk meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat kerana Allah SWT akan murka jika saya mengatakan akan apa yang saya tidak lakukan. Sebagaimana Firman Allah:

A003Maksudnya: Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

(As-Saff 61:3)

Hadis 12 – Meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda,

مِنْ حُسْنِ إِسْلاَمِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيهِ

Di antara kebaikan islam seseorang adalah meninggalkan hal yang tidak bermanfaat

(HR. Tirmidzi no. 2317, Ibnu Majah no. 3976. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih).

Berdasarkan hadis sahih di atas, Ustaz Kamilin Jamilin dan Ustaz Nasaie Hanafie menerangkan kepada saya bahawa:

    •  Maksud “إِسْلاَمِ” adalah apabila seseorang itu telah melaksanakan hukum Islam iaitu dengan melalui kehidupan dengan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian.
    • Perkataan “تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيهِ”  yang membawa makna meninggalkan hal yang tidak bermanfaat bermaksud sesuatu yang tidak memberi manfaat pada kita di dunia dan di akhirat. Senang cerita, Ustaz Nasaie menjelaskan bahawa amalan meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat adalah untuk mencantikkan lagi kehidupan seseorang Islam itu. Fokus utama di sini adalah kepada lidah dan mulut, kerana dua anggota ini sangat sukar untuk dikawal. Oleh itu, kita harus menjaga percakapan kita daripada benda-benda tidak berfaedah seperti borak-borak kosong atau bergossip. Tetapi dunia semakin canggih dan kita tidak perlu bercakap untuk memberitahu apa yang kita fikirkan. Sebagai contoh, wall di Facebook boleh dijadikan mangsa untuk menyampaikan buah fikiran kita ke seluruh dunia. Sangatlah merbahaya sekali amalan tidak bermanfaat ini.



  • Selain itu, menurut Ustaz Kamilin pula, meninggalkan apa yang tak bermanfaat bagi seseorang Islam adalah petunjuk bahawa Islam itu agama yang baik dan bagus. Sebagai contoh, jika anda terdengar akan sesuatu fitnah, gossip, adu domba dan sebagainya. Anda akan meninggalkan terus perkara tersebut. Kerana anda tahu bahawa mengadu domba dan fitnah ini hanya akan mendatangkan kemarahan Allah,  menyebabkan kita berprasangka buruk kepada orang lain dan tidak ada manfaat langsung pada diri kita.

Kesimpulannya, hadis ini pendek sekali tetapi sangat mendalam isi-isi pentingnya. Tidak hairanlah mengapa Imam An-Nawawi memilih hadis ini untuk dimasukkan ke dalam kitab hadis 40 nya.

Pengajaran hadis.

Seseorang mukmin dianggap elok, indah dan berakhlak tinggi apabila dia hanya melakukan perkara
yang berfaedah dan meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat.  Di antara contoh perkara yang tidak bermanfaat ialah bercakap kosong, berhiburan yang melalaikan, duduk-duduk di jalan, menonton cerita korea berjam-jam, suka mengambil tahu perkara yang tiada kaitan dengan dirinya, atau apa yang dikatakan dalam pepatah Melayu, menjaga tepi kain orang.



Akhir kalam, hadis di atas  menyerlahkan suatu ajaran lslam yang amat baik, yang boleh menyumbang ke arah pembangunan umat. Sekiranya semua umat lslam meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat atau tidak berfaedah, nescaya Insya Allah kita akan mampu mencipta kejayaan dan kemajuan serta menghasilkan
produktiviti yang berkualiti dunia dan akhirat. Aamin.

Wallahua`lam.

Comments

comments

Related Post

Hadis-Hadis Hukum- Kitab Hadis Sahih Mazhab Syafi&... ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
Hadis 40 – Niat Kerana Allah ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.